TAHUKAH ANDA MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA?

breast-feeding

***Artikel ini di olah untuk tujuan perkongsian.

Dalam sebuah “journal Clinical Endocrinology” ada memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair. Cecair apa? 

 

Ia adalah cecair didalam tubuh (osmoregulation).Kebiasaannya ia berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) dan menyebabkan kepekatan hormon Oxytocin meningkat dalam darah. Ini akan mengakibatkan kebanyakannya rasa haus pada ibu dan menggalakan mereka untuk minum dengan lebih banyak air. Perasan tak?

 

APA ITU HORMONE OXYTOCIN?

Hormon ini sebenarnya meransangkan pengeluaran garam sodium dikeluarkan dari dalam ginjal (dibahagian distal tubule dan collecting duct)

Garam Sodium ini kemudiannya akan menarik lebih banyak air dari tubuh kita.Ia akan meluru keluar melalui ginjal bersama-samnya. Oleh sebab itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan itu menyebabkan wanita atau ibu yang “breast feeding” bayi akan mudah mengumpul air kencing dan jadikan pundi kencing penuh lantas cepat sangat mahu membuang air.

 

Oleh kerana air kencing banyak yang dah dikeluarkan dengan proses “osmoregulation”, dalam keadaan dimana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus! Ini juga akan menyebabkan keadaan kulit dan bibir boleh menjadi kering. 

 

Jangan bimbang! 

Peningkatan hormone Oxytocin didalam tubuh ini memberikan kesan yang berbeza-beza kepada setiap wanita. (So tak akan sama pada lain individu). Selain itu, hormone ini juga akan menyebabkan wanita terasa PANAS (hyperthermia) dalam tubuh kerana kesan pengembangan salur darah. Jika terlalu banyak salur darah yang kembang, ia akan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula.

 

Jadi kesimpulannya, proses menyusukan anak ini, bukanlah suatu proses yang MUDAH. Berbanggalah wahai anda diluar sana kerana boleh menyusukan anak dengan jayanya. Proses menyusukan bayi adalah proses yang kompleks! Ia juga melibatkan penjagaan, rohani, emosi dan mental untuk berpontensi menghasilkan lebih banyak susu setiap hari.Tidak hairanlah, jika secara tiba-tiba susu badan seorang ibu itu tiba-tiba kering atas faktor-faktor yang telah dinyatakan ini. 

So you know it? 

Ia adalah JIHAD wanita dalam membesarkan anaknya. 

 

Artikel source: Clinical Endocrinology.

 

Baca sini rahsia meriahkan susu badan dalam 24 jam

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge