4 Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin. Biar Susu Ibu Tambah Banyak!

petua tambah susu badan selepas bersalin

petua tambah susu badan ibu

Orang kata, petua-petua orang lama ini jangan pandang sebelah mata. Iya, selagi belum cuba, resultnya belum kita tahu kan. Macam tu jugalah Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin bagi ibu-ibu yang baru melahirkan zuriat.

Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin.

Sebenarnya Anim tertarik dengan beberapa amalan orang dulu-dulu ni. Sangat ‘rare’ dan jarang juga orang kita amalkan tau. Ini mungkin disebabkan dah wujudnya penawar serta ubat-ubatan moden yang bantu para ibu yang alami masalah penyusuan berjaya menambah susu badan dengan lebih cepat seperti milk booster dan sebagainya.

lactamum milk booster penambah susu badan

Milk Booster Penambah Susu Badan

Namun, PETUA TAMBAH SUSU BADAN yang sejak turun termurun nenek moyang kita dulu amalkan boleh juga sebenarnya dipakai sehingga kini kerana tidak ada salahnya jika mencuba sekiranya itu mendatangkan kebaikan.

Sekiranya anda tengah mencari cara untuk banyakkan susu badan, apa kata cuba petua ini. hehe

Salah satu sebab adalah ia adalah berdasarkan pengalaman orang terdahulu. Jangan main-main dengan pengalaman, ia mungkin lebih baik dan sudah terbukti.

Tak cuba tak tahu. Kalau menjadi, awak juga yang rugi sebab tak nak try

Apabila seorang bayi itu lahir, makanan pertama yang wajib disalurkan kepadanya ialah air susu ibu tu sendiri. Bayangkan sekiranya bayi yang dilahirkan sempurna tetapi tidak dapat zat dan khasiat sepenuhnya daripada ibu. Ya anda lah!

Akibatnya, bayi mudah meragam bila perut cepat kembung. Malah ada yang mudah sangat terdedah dengan pelbagai penyakit lebih-lebh lagi zaman sekarang ni.

Sudah tentu ibu yang baru sahaja bersalin akan sedaya upaya untuk berikan penyusuan susu ibu kepada bayinya supaya terhindar daripada perkara-perkara musibah yang berkaitan kesihatan anak.

Sebenarnya banyak manfaat dan khasiat kepada si anak yang minum susu badan ibunya.

Bahkan si ibu juga peroleh kebaikan dan kelebihan apabila menjayakan proses penyusuan susu ibu (PSI), contohnya tubuh lebih sihat, metabolisme meningkat, tidak mudah jadi gemuk dan emosi lebih stabil.

Jadi tak salah sekiranya Anim simpulkan disini yang setiap ibu pasti risau sekiranya bayinya tidak dapat menyusu dengan sempurna kan!

Namun Anim tak salahkan mereka yang tak berpeluang untuk lakukan semua tu. Ya mungkin sebab ada yang alami susu badan kering, tak keluar dengan baik atau ilmu penyusuan yang masih cetek.

Apa pun sebabnya, jangan jadikan alasan untuk para ibu yang baru bersalin skip berikan susu badan sebaliknya hanya bekalkan susu formula kepada anak. Usah patah semangat, masih ada usaha yang boleh dilakukan. Gagahkan diri ya!

Cuba Petua Tambah Susu badan Selepas Bersalin Ini

Petua #1

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan atas api sampai layu. Apabila sudah rasa agak suam, tekapkan pada payudara selama beberapa minit. Amalkan setiap hari dan lihat hasil inshaallah.

Petua #2

Daun betik juga punya khasiat untuk menambah susu ibu. Rebus beberapa helai daun betik, ambil yang sederhana muda sahaja. Rebuskan kedalam air kemudian minum 2 hingga 3 kali sehari.

Petua #3

Banyakkan makan lobak putih. Lobak putih antara makanan yang sangat membantu para ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu badan.

Anim sendiri kerap mengamalkan pengambilan lobak putih supaya dapat tambah susu badan dan memekatkan lagi susu. Sehingga sekarang, Alhamdulillah susu badan masih ada untuk Sofia.

Lobak putih boleh dikisar halus dan campurkan dalam air suam untuk diminum. Tapi, kalau rasa terlalu extreme sangat kaedah ini, anda boleh renehkan ia jadi Sup Lobak Putih. Inshaallah selain berika tenaga, ia mampu menambah susu badan.

Petua #4

Mungkin ramai yang tak tahu petua tambah susu badan ke 4 ini.  Tapi Alhamdulillah berkesan selepas Anim cuba tau!

Jantung Pisang. Ya! Sekiranya anda nak cari macam mana nak tambah susu badan secara semula jadi, cubalah makan jantung pisang.

Syaratnya, kenalah beli atau petik dari kebun.

Rebuskan dahulu, jangan dimakan terus. Rakus namanya tu hehe.

Rebuskan Jantung Pisang, dan makan macam Ulam. Tak kisah lah anda nak colek dengan sambal apa sekalipun. Jantung Pisang banyak berikan khasiat kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.

Ingat, menyusukan anak ini, bukan saja perlu tahu ilmu seperti cara mengepam, teknik mermet, supply & demand dan sebagainya. Tetapi makanan juga mempengaruhi hasil supaya ia dapat banyakkan susu badan.

 

Kalau tak makan, perut tak kenyang.

Kalau tak makan ubat, nanti penyakit tak sembuh.

Makanan adalah keperluan hidup dan nutrisi tubuh.

 

Jangan pandang rendah pada petua tok nenek kita dulu.  Dan jangan perlekeh makanan penambah susu badan.

Sebab ramai yang dah dapat manfaat dan rasa lega apabila proses penyusuan lancar dan masalah susu badan kurang berjaya diselesaikan.

Nak tambah susu badan? —> Cara Tambah Susu Badan 24 jam

 

Kesimpulan

Perkara mustahak untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu kepada anak ialah anda memahami konsep awal dan asasnya terlebih dahulu.

Suply & Demand

Jika anda clear tentang ini, inshaallah akan lebih mudah menempuh proses seterusnya.

Selain itu, ibu menyusukan bayi perlulah mempunyai kondisi tubuh yang baik. Tidak biarkan diri dalam keadaan stress dan terganggu emosinya. Salah satu cara untuk mengelakkannya ialah dengan pemakanan yang baik, gaya hidup serta persekitaran yang bersih/kemas.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel petua tambah susu badan selepas bersalin ini. Semoga manfaat, inshaAllah.

 

PS: Jangan lupa cuba ya, inshaallah tak rugi pun.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge