Cara Dapatkan Rebat Wang Tunai Setiap Kali Anda Shopping Online Dengan ShopBack

Cara Dapatkan Rebat Wang Tunai Setiap Kali Anda Shopping Online Dengan ShopBack – Fuh, lama tak update blog dah nak berhabuk jadinya. Kali ini Anim tuliskan satu entri edisi Ogos khas buat rakan-rakan yang suka shopping online. 

Jap jap, anda kaki shopping online? Kalau ya kita geng!  😉 

Tahu tak ada Cara Dapatkan Rebat Wang Tunai Setiap Kali Anda Shopping Online? 

Get-Reward-With-Shopback

Baru-baru ada kenalan yang Anim jumpa di Facebook berkongsi peluang yang membolehkan kita dapat pulangan wang tunai kembali setiap kali kita shoping melalui Kedai Online ShopBack. 

buat duit kerja dari rumah

Selalunya memang Anim akan window shopping secara online saja atas faktor kekangan masa. Maklumlah, siang hari mengajar, balik rumah kena melayani kerenah anak-anak pula.

Nak tempuh trafik jam dan beratur panjang di kaunter memang bukan pilihan Anim. Itu belum lagi kerja-kerja tertangguh macam sidai kain, lipat baju dan menyusukan anak. 

Time Is Precious… ewah! 

Apa Itu ShopBack?

Shopback merupakan sebuah laman shopping online yang menjadi wakil menguruskan lebih 300 jenama dari merchant terkenal  berkonsepkan kedai atas talian (e-commerce).

Sekarang, Shopback sedikit-sedikit mula diminati oleh kaki shopping online yang inginkan lebih penjimatan dan keuntungan.

Walaupun terdapat macam-macam cara untuk berjimat, namun dalam zaman GST kini secara tak langsung merencatkan ekonomi keluarga untuk berbelanja macam dulu-dulu. 

Kebanyakan syarikat kerap menawarkan promosi secara terus kepada pelanggan. Seringkali kalau nak berjimat pasti kita tertunggu-tunggu akan promosi dari mereka bujkan.  Ada juga yang kerap memberi kupon diskaun dan sebagainya. 

Berbeza pula dengan Shopback. 

Pengalaman Shopping Online dengan Shopback lebih memberikan keistimewaan kepada setiap pembeli. Mereka bukan sahaja dapat tawaran dan promosi, malah mendapat pulangan yang berbaloi. 

Pulangan yang ditawarkan dari Shopback adalah dalam bentuk wang tunai. Ia juga boleh terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda. 

Okay yang ini memang Anim suka! 

Di website Shopback sendiri terdapat ratusan kedai atas talian (e-commerce) yang menyediakan promosi pulangan wang tunai. 

Cara penggunaan shopback Malaysia

Cara penggunaan shopback Malaysia

Sebenarnya, Anim tergerak mahu buat entri ini kerana rasa ingin berkongsi kebaikannya. Dalam masa 24 jam setelah Anim signup shopback, Anim sendiri telah terima Rebat wang tunai. Belian pertama Anim di laman Shopback ialah pampers anak perempuan anim yang kecil tu. 

Sedikit info tentang Shopback

ShopBack  berasal dari Singapura, dan telah ditubuhkan pada 2014. Ia mula bertapak di Malaysia bermula tahun lepas.

Antara partner atau syarikat yang berkerjasama dengan Shopback ialah Lazada, zalora, Groupon, Agoda, Aliexpress, Tesco, AirAsia dan banyak lagi.

shopback-merchants

Ha nampak tak kat sini ada pelbagai jenama dan kedai online yang terlibat. Pengguna boleh membuat pilihan berdasarkan mana-mana produk yang ditawarkan dan mendapat pulangan wang tunai bagi setiap unit belian yang dibuat. 

Ha jimat kan! 

Kebanyakan jenama memberikan pulangan wang tunai dalam bentuk peratus. Contohnya seperti lazada dan zalora.

Katakan Lazada tawarkan peratus pulangan wang tunai sebanyak 12% bagi setiap belian.

Harga produk RM120.00

Pulangan Wang kembali ialah sebanyak RM14.40

Wang ini akan dimasukkan kedalam akaun bank anda selepas pengesahan dibuat.

Pulangan wang tersebut akan diberikan semula dalam tempoh yang ditetapkan mengikut merchant. Ada yang cepat sepantas 24 jam dan ada yang perlu menunggu dalam tempoh 15 hari dan ke atas. 

Sesetengah jenama, mereka juga berikan rebat dalam nilai yang tetap tanpa mengikut peratus.

Selain itu, sebagai pengguna Shopback, anda akan  diberi akses (members) untuk track  segala aktiviti belian dan promosi yang dibuat oleh jenama-jenama besar ini. 

Jadi senanglah nak monitor berapa transaksi yang dah disahkan dan jumlah dikreditkan ke akaun bank kita. 

Bagi Anim kaedah macam ini lebih seronok dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Shopping Online Dengan Shopback

Shopping Online Dengan Shopback

Selain memupuk pengguna untuk berbelanja dengan berhemah, pembeli juga dapat rasai kelainan dan keseronokan setiap kali membuat belian online. 

Teknik memberi kupon promosi seperti yang di amalkan oleh kebanyakan syarikat sekarang sudah hampir tidak relevan.

Kenapa Anim cakap macam ni?

Cuba anda bayangkan.

Hari ini anda diberikan kupon promosi berinilai RM50. Namun ianya hanya boleh digunakan jika membuat belian Rm500 dan ke atas.

Fuh, baik tak payah! Konsepnya sama sahaja macam promosi potongan harga cuma diterbalik dan putar sana sini sikit buat orang keliru.

Okay rasanya dah panjang Anim membebel kat blog ini, tak tahu lah korang faham atau tidak.

Harap ada yang faham tentang konsep Shopback ini ya. 

Sebenarnya Anim baru sekali cuba-cuba Shopping Online Dengan Shopback. Biasanya memang akan terus buka website Lazada dan cari barang disana. Tapi lepas tahu yang kita boleh dapat lebih banyak diskaun, rebat dan tawaran kalau gunakan laluan Shopback, terus jatuh cinta! Hehe. 

CARA DAFTAR SHOPBACK DAN DAPAT BONUS RM10

Wah apa pula ni? 

Daftar shopback dapat RM10? Biar betul ni..

Ya betul! 

Jika hari ini anda lakukan pendaftaran di Shopback, automatik bonus RM10 akan diberikan kepada anda oleh Shopback sendiri. 

Wah belum beli barang lagi tapi dah dapat untung?

Haha menarik bukan. Sebab itu lah Anim tak mahu anda lepaskan peluang ini. 

Anim percaya, akan datang semua orang akan mula tukar selera dan berjinak-jinak beli barang dari kedai online. Sekarang pun dah ramai yang suka belanja di Facebook. Tapi percayalah, kemudahan yang diberikan melalui kedai atas talian (e-commerce) adalah jauh lebih mudah dan selamat.

Kalau nak dikira, memang dah berpuluh kali Anim belanja di Lazada, Gemfive dan banyak lagi laman e-commerce.

Jaga-jaga boleh ketagih nanti tau!

DAFTAR SHOPBACK SEKARANG -PERCUMA! 

Untuk pendaftaran shopping online dengan Shopback, ikut arahan dibawah

  1. Pastikan anda dah ada email untuk mendaftar dengan shopback. Sebab semua report, notifikasi pembelian adalah melalui email. Email ini tidak akan hilang macam akaun media social. Anda boleh gunakan gmail, yahoo dan lain-lain
  2. Kemudian masuk sini –> Pendaftaran Shopback

Selepas pendaftaran berjaya, anda akan terima satu email daripada shopback. 

Email pertama adalah untuk tujuan pengesahan. Anda akan terima email bertajuk

“Verify your account!”

Selepas pengesahan dibuat, anda akan terima email kedua pula yang bertajuk

“Your Account is Ready!’

 

Jadi lepas ini, boleh lah anda mula cuci-cuci mata tengok produk-produk hot dari ratusan kedai Online dalam Shopback.

 

P/S: Daftar dengan smartphone lebih mudah, cubalah! 

Picit sini untuk daftar sekarang 

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge