Ternyata biji ini sangat berguna untuk ibu yang menyusukan anak
Kepada ibu yang menyusukan anak, dah tentu tidak mahu alamai masalah kekurangan susu badan atau pun masalah berkaitan ketika dalam proses penyusuan susu ibu.
Kekurangan nutrisi pada seorang bayi bukan saja boleh merencatkan tumbesaran, malah juga beri kesan buruk pada tahap kesihatan anak kelak.
Supaya bayi anda sentiasa dilindungi dan membesar tanpa sebarang penyakit, sumber nutrisi semula jadi daripada air susu badan ibu amat penting sebagai ‘makanan ajaib’ anak anda.
Namun Anim percaya, tidak semua ibu dapat sempurnakan proses penyusuan kerana ada sesetengah mereka ini alami masalah susu badan kurang dan kerap ‘drop’ pada waktu-waktu tertentu.
Bagaimana Cara Supaya Susu Badan Sentiasa Melimpah & Bertambah?
Selain amalkan makan sayuran hijau serta minum susu bagi menambah air susu badan seorang ibu, ada beberapa kajian dijalankan dalam dan luar negara terhadap beberapa penemuan biji ajaib yang terbukti dapat bantu tambah susu badan ibu supaya tidak mudah susut dan kering.
Ia adalah penemuan secara praktikal yang terdapat daripada sumber alam semula jadi yang dipercayai dapat meningkatkan kadar produksi susu ibu atau mengembalikan susu ibu yang seakan sudah berhenti.
Halba (Fenugreek)
Halba atau nama sintifiknya Fenugreek telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi di Timur Tengah dan India. Ia ibarat milk booster purba bagi menyelesaikan masalah susu badan ibu yang berkurangan.
Halba juga terbukti berkesan menstimulasi produksi susu badan ibu dan meransang hormon penyusuan seorang wanita.
US FDA (Food & Drug Administration) telah mengkelaskan bijian Fenugreek ini sebagai GRAS (Generally Regarded As Safe) iaitu galian yang selamat untuk dikonsum.
Baca sini juga khasiat halbaHalba Mampu Tambah Susu Badan Ibu
Lanjutan daripada penyelidikan yang dijalankan, mana-mana produk yang menjadikan Halba sebagai unsur utama adalah selamat dan membantu untuk menyelesaikan ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan.
Kandungan minyak yang terdapat dalam biji Fenugreek ini sebenarnya sangat ajaib dan bermanfaat untuk meningkatkan dan mampu banyakkan susu ibu.
Biji Fenugreek Meningkatkan Pengeluaran Susu Dalam 24-72 Jam
Kepada pencari makanan tambahan bagi meningkatkan kadar penghasilan susu badan atau mereka yang alami masalah susu badan kurang, menjadikan halba sebagai menu makanan tambah adalah langkah yang tepat!
Cara termudah yang sering diamalkan adalah minum air teh halba. Selain menyegarkan tubuh dengan bauan aroma halba, tubuh seseorang juga menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Hasil penelitian menemukan biji Halba (Fenugreek) merupakan Stimulator Potent untuk mengaktifkan pengeluaran susu badan ibu menyusu.
Ia mampu menambah gandaan hasil susu, serta mengembalikan susu badan yang hampir kering sehingga 99%.
Pengunaan Fenugreek pada wanita dan ibu menyusu dapat meningkatkan susu badan dalam tempoh 24-72 jam.
Tapi bukan semua orang boleh telan rasa halba macam tu saja kan.
Nak yang sedap, beraroma bau ala-ala chocolate cuba –> Lactamum, produk berasaskan kurma, halba & habbatus sauda
Nasihat Anim buat semua ibu menyusukan anak, ringankan tulang untuk cari dan cuba andai kaedah murah ini mampu tambah susu badan anda kelak.
Sekiranya info di artikel ini bermanfaat, kongsikan pada rakan.
good info utk ibu dan juga bakal ibu..
Ya, Semoga bakal ibu dan ibu yang sedang berjuang menyusukan anak dapat lebih info yang bermanfaat 🙂
halba tu macam mana rasanya..
sedap ka..
atau pahit
tapi saya rasa ia memang sesuai untuk kaum wanita
Hero Borneo recently posted…Nak Beli iPad Mini 4 Apple
Halba ni kalau kunyah camtu je akan rasa pahit-pahit hehe.
Sesuai untuk lekaki dan wanita 🙂
benda yang pahit-pahit agak susah juga masuk tekak saya nie
Hero Borneo recently posted…Kahwin Satu Lagi Keperluan Atau Kehendak
Yup Anim pun macam tu. Tapi biasanya kepahitan itu sukar untuk diterima walaupun ia sebenarnya penawar ahakss 😉