Anak Kencing Atas Tilam? Guna 5 Cara Ini Cuci Air Kencing Atas Tilam. Yang Penting Bau Hancing Terus Hilang!

Cara Bersihkan Air Kencing Atas Tilam Berat

“Anak kencing atas tilam tak pelik, tapi kalau mak atau ayah… tu memang pelik” haha. Ini quotes yang Anim ambil dari Ustaz Azhar Idrus. Korang boleh tengok dalam video dibawah post blog ini nanti.

Memang bab anak kencing atas tilam ni, semua ibu bapa pasti akan alami.

Termasuklah Anim sendiri yang dah banyak kali berulang. Geram, marah? Ya semua ada, tapi chill la, ini kan asam jawa kehidupan berkeluarga lagi-lagi kalau ada anak kecil.

Baru-baru ni anak sulong yang umur 7 tahun tiba-tiba basah bila bangun dari tidur.

buat duit kerja dari rumah

Sah! Bila cek memang dia terkencing masa tidur. Selalunya kes macam ni berlaku disebabkan kanak-kanak itu tidur terlampau lena (deep sleep) akibat keletihan. Tapi yang ni, mungkin asbab terlampau sejuk, maklumlah malam tu aircond baru lepas servis 🙂

Air kencing ni jangan buat main-main!

Hancing, bukan kencing baby tau…

Terang-terang ia kategori najis. Jadi bila bab ini, sebagai orang islam wajib kita tahu dan bertindak segera untuk selesaikan kawasan yang terkena najis.

Bab ni kita panggi Toharah. Kalau kurang pasti, boleh semak buku teks sekolah agama darjah satu. Ada diterangkan apa yang dimaksudkan dengan Toharah.

So, apa nak buat bila anak terkencing atas tilam?

Sebenarnya senang jer setlekan kalau nak dibandingkan kes kena kencing dengan kawan, ahaks! Gurau,  jangan marah.

Dalam artikel ini Anim kongsikan pengalaman bila anak terkencing atas tilam yang berat.

Yang jenis tilam besar berspring 5-6 inci tu.

Ya, bukan tilam nipis atau tilam kartun yang anda ibu bapa boleh angkat atau usung dan pergi jemur dilaman rumah tu.

Kebanyakan masalah yang dialami ibu bapa apabila ada dikalangan anak kecil kita yang kerap terkencing di atas tilam tempat kita beradu. Jadi agak susah untuk kita angkat jika ia jenis tilam KING, lebih-lebih lagi zaman sekarang ramai warga bandar yang tinggal di apartment.

5 Cara Hilangkan Bau Air Kencing Atas Tilam.

Tujuan : supaya bersih dan suci dari najis & hadas.

Langkah #1

Cuci Segera, Jangan Tangguh!

Bila dapat tahu anak terkencing atas tilam, bertindaklah segera. Tanggalkan cadar dan asingkan bantal atau selimut yang tidak terkena air kencing. Jangan masukkan cadar yang terkena air kencing tadi kedalam mesin basuh yang bercampur dengan pakaian. Asingkan jika boleh.

Langkah #2

Gunakan Sabun Atau Pencuci

Ambil secebuk air, lalukan ia di permukaan tilam yang terkena air kencing tersebut. Gunakan kain atau tisu setiap kali air dilalukan untuk tujuan mengelap bahagian najis air kencing. Gosokan sedikit jika perlu.

Anda boleh lakukan sehingga maksimum 7 kali dengan air yang bersih. Pastikan warna air kencing di atas tilang dihilangkan terlebih dahulu.

Jangan biarkan bertangguh dikuatiri ia meresap jauh dalam liang-liang tilam.

Langkah #3

Taburkan Serbuk Soda Bikarbonat

Serbuk penaik atau soda bikarbonat sebenar sangat bagus untuk tujuan menyahkan bau dan menyerap kelembapan. Anda boleh gunakan serbuk soda ini dengan menaburkan ia di kawasan tilam yang terkena air kencing selepas proses mencuci tadi.

cara bersihkan air kencing atas tilam

Biarkan ia selama beberapa jam, atau maksimum semalaman supaya ia serap segala bau dan meneutralkannya semula.

Langkah #4

Keringkan

Keringkan tilam dengan memasang kipas angin, Buka langsir jika perlu supaya membolehkan cahaya matahari masuk.

Boleh menggunakan penghawa dingin (aircond) untuk tujuan mengeringkan kawasan tilam yang masih lebab.

Bila permukaan tilam sudah kering, gunakan vacum untuk membersihkan serbuk soda bikarbonat yang ditaburkan sebelum ini.

Langkah #5

Gunakan Febreze

Jika masih terdapat sedikit bau yang kurang menyenangkan, gunakan semburan febreze anti bateria. Dengan cara ini, bau hancing atas tilam dapat dinyahkan 99% dan bebas kuman.

Senang kan!

Sebenarnya ada banyak persoalan dan soal jawab berkaitan ini. Adakah ia suci dari segi syarak?

Jika anda rasa khuatir tentang kesucian dari segi ibadah, boleh tonton video dibawah.

 

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge