“Anak Kecil Ini Berjaya Elakkan Diri Daripada Di Pukul kerana 16 Perkara Yang Baru Mak Bapaknya Belajar”

“Merotan atau memukul anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplinkan anak adalah diharuskan dalam Islam”

Merotan bagi kesalahan pertama seharusnya tidak keras dan tidak memedihkan. Pukulan itu pula hendaklah pada tangan dan kaki menggunakan rotan yang lembut.

Pukulan mendidik cukup sekali atau tidak melebihi tiga kali kepada anak-anak.

Selain itu, hukuman rotan yang melampau akan menimbulkan perasaan takut anak terhadap ibu bapa. Hubungan anak dengan ibu bapa akan menjadi semakin renggang akibat ketakutan yang dialami. Anak-anak juga mengalami kurang kasih sayang dan kurang kepercayaan terhadap ibu bapa.

Dalam islam, model didikan yang diterapkan oleh Nabi Muhammad boleh kita contohi. Ia bukan saja berkesan dalam proses membesarkan anak semata-mata, malah memupuk keharmornian jati diri dan survival anak itu sendiri tak kira dari segi luaran atau dalaman.

 

*photo hiasan anak admin sedang bleeding sebab demam*

*photo hiasan anak admin sedang bleeding sebab demam*

Rasulullah memupuk kasih sayang dan tidak merotan anak.

Terdapat satu perbincangan dimana seorang pembaca yang juga bapa bertanya mengenai penggunaan rotan dalam mendidik anak. Beliau bertantanya “pada usia berapakah beliau boleh berbuat demikian?”

Apabila membicarakan soal merotan anak, kita tidak harus melupakan hak mereka dalam Islam. Ramai yang tidak tahu hal ini.

Dalam Islam, kanak-kanak mempunyai lima (5) hak asasi yang dipanggil (dharuriyatu khamsin). Ia mesti dipelihara seperti hak asasi semua manusia.

Hak itu ialah pemeliharaan hak beragama (hifdzud dien), jiwa (nafs), akal (aql), harta (mal) dan pemeliharaan keturunan atau nasab (nasl) serta kehormatan (‘ird).

Keluarga Islam mempunyai tugas berat dalam membangunkan, memelihara dan mempertahankan hak anak sebagai generasi masa depan.

Jika lalai dan leka, kita akan mengalami kenyataan pahit generasi yang hilang. Ia bermakna bukan hilang bilangan atau kuantiti, tetapi generasi Muslim yang hilang identiti dan keimanan.

AWAS saudara! Generasi ini ibarat menjadi kerbau yang dicucuk hidung oleh kuasa yang memusuhi Islam.

Mungkin secara lahiriah mereka kelihatan cerdas, bersih, tegap dan kuat, tetapi jiwa mereka kosong iman dan Izzah Islam.

Berbalik kepada isu merotan, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur.

Ulama berpendapat daripada hadis itu, Islam menyuruh ibu bapa mengajar anak membiasakan diri dengan ibadat sama ada sembahyang, berpuasa dan bersedekah sejak kecil.

Hikmahnya supaya anak dapat mengenali hukum hakam dalam beribadat sejak kecil, menanamkan rasa kecintaan kepada Allah, mensyukuri segala nikmat Allah, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal, akhlak dan perbuatan serta perkataannya.

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Logik kan?

 

16 Perkara Penting Yang Ibu Bapa Patut Tahu Sebelum Memukul Anak

Disini penulis ingin kongsikan khas pada anda (ibu bapa) 16 perkara penting yang patut anda ambil berat dan pelajari sebelum memukul atau merotan anak.

 

1) Jangan Pukul Anak Dari Lutut Keatas

Islam sangat menjaga penganutnya, Dimana ia sebolehnya ia tidak akan menimbukkan aib atau memberikan kesan pada emosi dan jiwa anak jika diketahui oleh khalayak

 

2) Jangan Guna Anggota TUBUH

Ibu bapa jangan menggunakan tangan/anggota tubuh lain demi semata-mata untuk memukul anak. Kebanyakannya yang dilhat adalah terlalu ringan tangan ketika mendidik anak sehingga ada yang bertindak melampau. Jangan sesekali menampar anak pakai tangan. Nanti anak menjadi bertambah degil dan nakal malah sukar untuk dikawal

 

3) Rotan Anak Di Tapak Kakinya

Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan meransang ke bahagian otak.

Rasulullah berpesan…

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka. Bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar. Kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

 

4) Panggil Yang Baik-baik

Mulakan hidup anak anda dengan memanggil nama anak anda dengan nama yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan rasa rendah diri. Dalam islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan) . Bayangkan kalau anda panggil anak anda dengan panggilan ‘tempe’ atau “si kulop” . Bukankah itu memalukan mereka tambahan lagi di depan rakan atau saudara. Fikir-fikirkan lah

 

5) Peluk Setiap Hari

Bukan pasangan anda saja yang perlu anda peluk. Malah anak-anak juga dambakan kasih dari anda. Berikan mereka pelukan akrab setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang di peluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding sebaliknya.

 

Baca Juga 10 Tips Penting Ketika Bawa Anak Keluar

 

 

6) Betulkan Pandangan Anda

pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. pandangan ini akan buatkan anak lebih yakin pada diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Malah mereka percaya sedang mendapat sokongan dan kekuatan daripada anda. Cubalah!

 

7) Beri Reward

Sesekali berikan sedikit ‘reward’ pada anak jika berbuat kebaikan. Kasi pujian ataupun ciuman. Paling bagus, berilah hadiah sekali sekala supaya hubungan anda lebih rapat. Kan harmoni tu

 

8) Dont Put High Expactation

Ok ini orang putih kata. Sebaiknya, kita sebbagaiibu bapa jangan mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatann baik secara berterusan.Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan merkea buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

Kita dulu pun selalu juga buat silap sampai lah dah jadi tua sekarang kan. Ini kan pula budak yang masih belum penuh akalnya.

9) Jangan Lupakan Keluarga

Apabila ibu atau bapa sedang berhadapan dengan masalah samada di tempat kerja ataupun persekitaran yang melibatkan emosi, sebaikkanya jangan tidak mempedulikan keluarga terutamanya anak-anak. Ini kerana mereka sangat memerlukan anda.

Ketahuilah, anak-anak akan terus membesar seiring dengan peredaran masa. Masa itu terus berjalan dan berlalu malah tak akan kembali.

Bayangkan jika waktu itu baru anda mahu menoleh dan ingin bermanja dengan anak, tapi kini anak sudah ada haluan sendiri? Tambahan lagi apabila anak itu sudah besar, berkumis atau sudah remaja. Tak kan sekarang anak nak jadi kuda suruh anak duduk atas belakang anda dan bermanja bergolek atas katil sama-sama?

 

10) Jangan Mengeluh

Ketika proses menjaga dan membesar anak, sebagai ibu bapa seharusnya anda tidak elok untuk mengeluh. Setiap keluhan itu akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Jangan tunjukkan kelemahan anda dan simpanlah ia sebaiknya dihadapan anak-anak.

Anak kecil selalunya akan menganggap yang ibu bapanya dalah wira dan hero untuk mereka rasa selamat dan hidup dengan kegembiraan. Lihatlah riak wajah dan alur mata anak anda yang sedang melihat dan mengharapkan sesuatu daripada anda. Pasti sebenarnya mereka ada fikirkan sesuatu tentang anda. Siapa kata buadak-budak tak boleh berfikir?

 

11) Tunggu Giliran.

Ketika anak anda ingin menceritakan sesuatu perkara samada perihal di sekolah mereka, dengarlah cerita anak anda dengan tenang. Cerita itu tidak akan dapat anda dengar lagi pada masa akan datang. Tuggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak-anak secara tidak langsung tentang adab dan giliran untuk bercakap.

 

12) Tenangkan Anak

Jika mereka kerap kali menagis ketika bangun dari tidur, jangan terus melenting dan paksa mereka berhenti ‘teriak’ dengan jeritan dan kata-kata yang berbisa.

Sebaiknya dekatkan diri dengan mereka dan lihat kalau-kalau ada perkara yang menyakitkan seperti tidur tertindih kaki atau tangan, atau mimpi ngeri yang menakutkan. Pujuklah mereka dengan sabar dan tenang. Mereka perlukan anda.

Bukankah tangisan anak itu sebahagian doa dan taktik memanggil anda disaat mereka perlukan ibu bapa?

 

13) Hargailah Permainan Mereka

Apabila si ibu atau bapa belikan anak dengan mainan, tolong hargai mainan kesayangan mereka. Benarkan mereka bermain. Apabila anda tunjukkan perghargaan, mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesanyangan anda seperti ‘handphone’ , komputer dll.

 

14) Terimalah Hakikat

kadangkala, sebagai ibu bapa anda harus terima yang anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini juga akan megurangkan stress dalam menjadi ibu bapa dan “parenting skills”

 

15) Beban Kerja

Jangan selalu bawa beban kerja di pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga

 

16) Jangan Biarkan Gadget Take Over

Kasihan…

Teknologi dan kemodenan tidak  dilarang dalam islam. Malah islam mengharuskan. Sayangnya kini apabila melihat teknologi kian berleluasa dan membaham rutin kehidupan kehidupan dan juga anak-anak.

Ibu bapa cenderung berkepit dangan telefon, melawati laman sesawang dan berkunjung ke laman sosial untuk luangkan masa. Masa yang sepatutnya diberikan terhadap anak turut terabai.

Bukan sahaja di rumah malah di kedai-kedai makan juga insiden seperti ini turut merobek kehidupan anak yang kadang-kadang terpaksa tahan dan jadi sangat bosan dengan perilaku anda. Hargailah anak depan anda, itu lebih baik!

 

 

Akhir kata..

Wahai ibu dan bapa, hidup ini indah jika kita fikir ia indah. Menjadi ibu bapa bukanlah suatu perkara yang super sukar! Ia mudah jika kita mendapat keredhaan Ilahi.

 

“Ya Allah, pemilik Alam Semesta..Bantulah kami menjadi ibubapa yang bertanggungjawab keatas agama, akhlak dan didikan yang sempurna pada zuriat kami ya Allah. Satukanlah hati-hati kami suami/isteri dan anak-anak kami. Jagalah pandangan mata dan ikhlaskanlah kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Amin ya Rabbal’alamin”

 

Semoga bermanfaat!

Comments

comments

2 Comments

  1. Khairul Zamri Aug 27, 2015
    • Anim Aug 29, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge