4 Cara Tangani Masalah Anak Lambat Bercakap

Masalah anak lambat bercakap

Masalah anak lambat bercakap

Adakah Faktor Genetik Punca Masalah Anak Lambat Bercakap?

Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita sangat risaukan tentang peningkatan dan perkembangan anak. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan kebolehan bertutur mereka. Tidak hairan jika hari ini ada yang risau tentang Masalah Anak Lambat Bercakap.

“Anak saya dah 3 tahun tapi masih pelat cakap bahasa dia. Memang susah nak faham.”

“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap.”

Kajian dari pakar kanak-kanak, gejala speech delay ini berpunca dari beberapa faktor. Dan antara yang paling banyak berlaku adalah asbab penggunaan bahan eletronik atau gadget yang berlebih-lebihan.

Haa seram tak?

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama. Mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya pandai membuat ayat.

Contohnya seperti sebutan “betul-betul betul” dalam Animasi Upin ipin. Pada peringkat awal, biasanya kanak-kanak tidak dapat mengikuti dengan lancar apa yang didengarnya. Tetapi ia akan beransur-ansur lancar setelah mendengarnya dengan kerap! 

Kebiasaannya ibubapa tak susah hati sangat masalah anak lambat bercakap ini, kerana  masih percaya dengan persepsi ‘nanti dah masuk darjah 1 ok lah tu.’

Cepat atau lambat bergantung pada anak

Selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seorang anak itu untuk mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri.

Yes its true! 

Begini…

Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Itu memang kita tak boleh nafikan.

Tetapi, tak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap, tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula bertutur awal, tetapi susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat, tapi setelah bermula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancar berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang salah. Sebaiknya, berikan mereka masa. Lebih elok jika biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Mengapa anak lambat bercakap?

Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal. Jadi tidak hairanlah perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.

Kebiasaanya, masalah anak lambat bercakap ini tidaklah terlalu berat untuk di tangani. Berbeza dengan anak yang selalu diransang dengan percakapan dan  selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga, tindakan ini secara tak langsung meningkatkan daya perkembangan dalam membolehkan mereka cekap untuk bertutur dan respon.

Selalunya golongan kanak-kanak begini jenis yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya. Kalau di kampung, mengejar ayam atau memanjat pokok pasti nombor satu.

TAPI AWAS!  Anak yang terlalu ditekan untuk  bercakap juga boleh jadi akan lambat bertutur. Mereka cenderung rasa tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.


Apapun sebabnya, seorang anak yang bermasalah lambat bercakap biasanya apabila mereka sudah pun mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Cara meransang anak bercakap

Kemahiran bercakap bukanlah dari bibir dan lidah semata-mata. Bibir dan lidah cuma anggota untuk bercakap. Proses bercakap bermula dari deria pendengaran. Mula-mula anak akan mendengar percakapan ibubapa mereka. Kemudian otak memproses makna-makna perkataan tu.

Jadi, berdasarkan daya tumpuan serta ingatan yang cukup, anak-anak ini mula cuba untuk bercakap sebagaimana apa yang dia biasa dengar. Dengan keinginan untuk berinteraksi, anak-anak menggunakan percakapan untuk mendapatkan perhatian ibubapa.

Sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ibu bapa boleh ulang semula apa yang mereka sebut dalam ayat yang lebih sempurna. Contohnya apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Sayang, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila anak sebut “bola”, ulang kembali “nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan dalam hari-hari mereka. Tak susah bukan?

Cara atasi anak lambat bercakap dirumah.

1) Cari Rakan Responsif

Rakan responsif ini adalah peranan yang dikehendaki dari semua ibubapa. Terutama mereka yang memiliki anak yang mengalami masalah ‘speech and language delay’.

2) Follow the child lead

Ikut minat anak anda dalam topik perbualan. Matlamat kita adalah untuk mereka boleh bercakap bukan pandai belajar. Dengan mengikuti minat mereka, anda mampu memperkenalkan bahasa dan pengalaman baru kepada anak.

3) Berkongsi

Seorang rakan mesti boleh berkongsi segalanya. Kongsi minat, topik perbualan dan kongsi ruang. Dengan sifat berkongsi ini, mereka akan merasakan kita adalah sebahagian dari rakan yang sangat memahami mereka. Maka keselesaan berinteraksi wujud di sini.

4) Tunggu dan Respon

Sentiasa sabar menunggu dan memberi respon setiap kali mereka ingin berintraksi dengan anda. Guna peluang yang ada untuk menambah bahasa dan pemahamannya. Perlu juga diingatkan bukan sahaja boleh bercakap menjadi matlamat kita, tetapi mesti boleh memahami maksud apa yang diperkatakan.

Kalau mahu anak lebih petah bercakap, cepat membaca dan minda (IQ) lebih bijak boleh cuba berikan anak makan Tablet Minda A Plus dari DRMZ Formula.

Ada yang kes dimana anaknya lambat bercakap, tapi lepas amalkan tablet minda tu dah banyak perubahan. 

Sebenarnya jika anda mempunyai anak yang sedang bersekolah, mereka nak hadapi ujian ke, tablet minda ni sangat membantu. Kandungan dalamnya pun selamat dan terbukti dapat menguatkan MEMORI seseorang.

Nak anak pandai dan skor A —> Dapatkan Tablet Minda A Plus

 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menjadi panduan berguna.

 

P/S: Ingat, zaman kita dan zaman mereka tak sama. Dari masa ke semasa kita sebagai ibubapa perlu menambah ilmu dan pengetahuan. 

 

P/S/S: Seperti kata Saidina Umar Al-Khatab;

Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibubapanya

Comments

comments

5 Comments

  1. Shakil May 27, 2016
  2. Wan melati Jan 10, 2018
  3. Amir Mazlan Mar 4, 2018
    • Anim Mar 14, 2018
  4. broken heart Sep 17, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge