Sedih, Isteri Ketika Mandikan Jenazah Suami Tercinta

kisah-mengayat-hati

Sebenarnya kisah ini sudah banyak dicoretkan di media-media social sebelum ini. Cuma kisah ini sedikit sebanyak banyak memberi isnpirasi dan rasa bangga terhadap golongan wanita yang di naikkan darjat sebagai seorang ISTERI.
Ketika membaca kisah ini suatu ketika dahulu sempat Saya bermonolog pada diri sendiri, “bolehkah aku menjadi sepertinya?”  Indahnya berkasih kerana Allah.

 

Sesungguhnya dariNya kita datang, dan bersamaNya kita kembali.

 

buat duit kerja dari rumah

kisah sedih ini sungguh mengayat hati seorang isteri ketika memandikan jenazah suaminya. Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suaminya, satu perkara yang jarang berlaku. Bapa mertua dan polis forensik tak benarkan. Isteri berkata sambil suaranya tenggelam dek kerana tangisannya sendiri.

 

“Ini janji kami berdua.Jika abang meninggal dulu, kamu (isteri) akan mandikan jenazah abang. Kalau kamu meninggal dulu,abang akan mandikan jenazah kamu.”
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang berlaku. Ustaz jawab tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suaminya. Ustaz tadi dan beberapa orang temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.
Si isteri dengan tenang membasuh muka suaminya sambil berdoa:

“Inilah wajah suami ku yang aku sayang tapi Allah lebih menyayangi abang. Moga Allah ampunkan dosa-dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.”

 

Isteri membasuh tangan jenazah suami sambil berkata,
“Tangan inilah yang mencari rezeki halal untuk kami. Masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untukmu suami ku.”
Isteri membasuh badan jenazah suami sambil berkata,
“Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku.”
Seterusnya isteri membasuh kaki jenazah suami sambil berkata:
“Dengan kaki ini,abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, Moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala berlipat gandanya.”
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata,
“Terima kasih abang kerana aku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia. Terima kasih kerana meninggalkan aku permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai isterimu redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah.”

 

Subhanallah
Indahnya saling mencintai karena Allah Semoga Allah merahmati pasangan suami-
isteri,dan seluruh keluarga yang saling menyayangi dan mencintai kerana Allah..
Al-fatihah.

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge