Ubah Anak Pemalu Jadi Berani. Ini Caranya!

Mempunyai anak yang bersifat sopan, bijak berkata-kata serta menghormati orang tua adalah impian semua ibu bapa. Namun jika ada sesetengah perilaku si kecil itu membataskan tindakan seperti melakukan aktiviti seperi kanak-kanak lain, anda perlu ambil perhatian. Ada anak pemalu? Ubah Anak Pemalu Jadi Berani.

640xauto-mengubah-anak-pemalu-jadi-berani-ini-caranya-1302045-2

Kebanyakan orang menganggap remeh sifat malu yang dimiliki oleh anaknya dan beranggapan apabila sudah dewasa nanti, rasa malu ini sedikit demi sedikit akan hilang. Padahal, menurut kajian yang dilakukan oleh Vanderbilt University, perasaan malu yang dirasakan seorang anak merupakan sebuah keperibadian yang diatur oleh otak atau fikiran mereka.

Ini bermakna, anak menggunakan stimulus pada otaknya untuk membuatnya berfikir yang dirinya bukanlah seorang pemalu. Bagaimana caranya? Berikut kami berikan lima cara mudah mengubah si pemalu jadi berani.

Sebelum itu…

buat duit kerja dari rumah

Sejauh mana sifat pemalunya itu? Adakah perilaku tersebut hingga mengganggu emosi dan interaksi anak kita dengan orang lain dan rakan sebaya?

Jika ya, teruskan membaca.

Ubah Anak Pemalu Jadi Berani

#1 Jangan Menggelarkan Si Kecil Pemalu

“Dia memang macam tu kalau jumpa orang kak, maklumlah pemalu sangat”. Selalu tak dengar ibu bapa cakap macam ini tentang anaknya pada orang lain? Adakah anda juga sebenarnya seorang yang sangat pemalu? Mulai hari ini, tolong berhenti menggelarkan anak anda pemalu kerana secara tidak langsung, di dalam fikiran dan minda si kecil akan terpatri yang dirinya adalah seorang yang pemalu.

Jika dia sudah mempunyai fikiran seperti ini, bagaimana untuk anda mengubah anak menjadi berani? Lebih-lebih lagi jika anak itu adalah lelaki. Jika si kecil gemar bersendirian, bermain sendiri tanpa menyertai kelompok kanak-kanak lain di taman, berikan penjelasan dengan mudah supaya dia mudah faham.

Anda juga harus menghormati ruang anak-anak, mungkin ia memang sukar diwaktu usia begini. Sentiasa beritahu pada si kecil dan galakkan dia bermain dengan kawan-kawan. Katakan “Jangan gaduh-gaduh main tau, tengok cara mereka kemudian ikut budak-budak tu main sekali, mesti seronok macam papa/mama kecil-kecil dulu”. Tambahkan sedikit senyuman kepadanya, lama-lama si kecil akan berasa selesa dan yakin untuk bergaul. Semangat budak-budak ini dipengaruhi persekitaran, oleh itu sentiasa berikan kata-kata penggalak yang boleh menaikkan semangat mereka dan jadi lebih berani.

#2 Terima Seadanya

Jangan nafikan yang anak anda sememangnya seorang pemalu atau susah untuk bergaul atau bermain dengan orang lain. Jika ada kawan yang mengatakan anak anda pemalu, akuilah dan berbanggalah kerana anak anda secara tak langsung tidak akan mendatangkan masalah pada orang lain kelak. Terima dengan berlapang dada. Sebagai ibu bapa, jangan berpura-pura tidak mengetahui yang si kecil adalah seorang anak yang pemalu dengan memaksanya melakukan aktiviti yang mengganggu emosinya.

Bisikkan pada si kecil yang anda tak kisah jika si anak itu memiliki sifat pemalu yang tinggi. Disamping itu, ibu bapa juga disarankan sering membawa anak-anak tersrbut ke tempat terbuka seperti tempat beriadah dengan kerap. Dengan cara ini lama-kelamaan sifat pemalu si kecil mampu dikikis setelah biasa terdedah dengan orang ramai.

#3 Mula Dari Awal

Bagi anak yang sangat pemalu, ada sesetengah yang sehinggakan tak berani berdepan mata dengan rakan ketika berbual. Untuk kes begini anda perlu hadapi dengan sedikit kesabaran dan perlahan-lahan memujukkanya.

Mungkin cara pertama adalah memujuknya dengan cuba berani menatap mata orang yang mengajaknya berbual. Beritahu si kecil supaya kuatkan sedikit suara supaya lebih lantang untuk di dengar. Cuba jawab satu soalan dengan satu jawapan terlebih dahulu. Walaupun cara ini nampak mudah, tapi dalam situasi in ibu bapa perlu mendorong anak. Ia mungkin agak sukar untuk di atasi jika tidak dilatih dari awal. Jadi ajarlah dengan perlahan dan sabar.

#4 Tingkatkan Kepercayaan Dalam Dirinya

Anak yang pemalu selalunya mempunyai keyakinan diri yang rendah berbanding kanak-kanak lain. Ini terbukti dimana si kecil lebih gemar menjadi follower sahaja ketika bergaul dengan rakan sebaya. Fokus utama ibu bapa selain menjadikan anak lebih berani ialah menanam sikap yakin diri yang tinggi supaya mereka tidak mudah rasa down dan cepat mengalah. Injek elemen kepercayaan dan keyakinan supaya apabila anak itu sudah besar merka tidak terlalu merendah diri ketika bersama kawan-kawan.

gerobokanim

Bagaimana caranya?

Mulakan dari sekecil-kecil perkara. Contoh menyuruhnya memesan makanan sendiri ketika berada direstoran atau ketika drive thru. Galakan mereka membayar sendiri makanan atau alat yang ingin dibeli di kaunter. Jangan lupa sertakan duit secukupnya dan perhatikan mereka!

Jangan lupa berikan pujian setelah si kecil selesai melakukannya. Katakan yang anda bangga dengan sikapnya dan sudah pasti anak-anak lebih bersemangat apabila menerima pujian daripada anda. Ingat, walaupun kata-kata itu seakan simple tapi ia cukup untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri si kecil pada peringkat awal dan tak mudah dipengaruhi orang lain kelak.

#5 Jangan Patah Semangat

Ada dua perkara yang ibu bapa perlu elakkan.

1) Jangan terus mendukung si kecil kerana tidak membenarkan mereka melakukan sesuatu perkara

Perbuatan ini akan membuatkan si kecil lebih menutup dirinya dan berselindung pada anda.

2) Jangan terus menolak permintaannya contohnya ingin bermain ditaman

Ibu bapa seharusnya menggalakan dengan menemani anak-anak bermain di luar dan biarkan mereka beriadah bersama kanak-kanak yang lain.

Jika perlu, kenalkan si kecil dengan aktiviti baru supaya mereka lebih excited untuk melakukannya. Namun apabila sudah puas anda mencuba tapi masih tidak berhasil, jangan patah semangat untuk terus merubah si kecil. Sudah tentu di masa hadapan, ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu.

Ramai diluar sana menjadi orang berjaya, menjadi pemimpin dan sebagainya walaupun sewaktu usia kecilnya mereka ini adalah seorang budak yang pemalu.

 

BACA JUGA:

  1. Cara anak kecil ini elakkan dirinya dipukul
  2. Selamatkan anak anda dengan 10 cara ini

 

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge