“Tolonglah jangan pandang remeh lagi! Anda boleh selamatkan dia dengan 10 cara ini”

holding-hand-752x501

Pesanan ini Anim dedikasi kan untuk diri sendiri sebagai ibu kepada anak-anak anim,dan juga buat rakan-rakan, saudara serta pembaca budiman semua.

 

10 Cara Patut Anda Patuhi Jika Bersama Anak Diluar

1. Pimpin tangan anak jika berjalan di shopping mall. Jangan sesekali lepaskan mereka (Anak umur berapa? Pandai-pandai lah  fikir)

 

2. Jangan leka, dan lepas pandang jika anak tak membontoti kita. Segera panggil atau jerit jika anak tak kelihatan dalam jarak radius yang selamat.

 

3. Awas! Jangan sesekali benarkan orang tak dikenali cuba-cuba mendukung anak anda. Kes cilok bayi banyak berlaku dengan taktik ini sekarang.

 

4. Simpan gadget canggih anda  ketika membawa anak ke pasaraya, waima ke kedai runcit ‘Ah Seng’ sekali pun untuk beli bawang. Awas!! Malang tak berbau, pelbagai kejadian buruk boleh berlaku.

 

5. Sentiasa berpesan pada anak sebelum keluar bersama supaya, tidak lepas atau berlari ketika berada di (tempat nak tuju). Pesan dan ingatkan mereka banyak kali berserta SEBAB yang akan buat mereka  patuh. Biasanya kanak-kanak ini  gemar berimaginasi..jadi gunakan taktik ini sekarang untuk gerunkan mereka.

 

Jaydon's first time on an escalator

6. Alert! Jangan biarkan anak bermain di escalator atau elevator. Macam-macam kes dah pun terjadi sekarang bahkan bukan pada anak kecil sahaja malah orang dewasa turut tak terlepas.Prihatin tak kira bangsa atau agama, jika ternampak segera tarik dan jauhkan mereka dari kawasan bahaya. Anda mampu selamatkan dan merubah masa depan mereka.

 

7. Ketika keluar dari kereta, jangan tinggalkan anak dengan harapan mereka akan buka pintu sendiri. Bangkit dan segera buka pintu untuk mereka (umur berapa? Pandai-pandai lah fikir). Jangan sampai bila anak-anak buka pintu nanti, anda menangis tak keruan. Harian Metro suka berita gempar-gempar, jadi ingatlah sekali lagi, malang tak berbau.

 

8. Didik anak pada usia 2-5 tahun untuk ingat nama ANDA. Sangat penting! Andai kata insiden tak di ingini berlaku seperti kanak-kanak hilang di shopping mall, sekurang-kurangnya memudahkan untuk pekerja atau security officer menjalankan tugas. Soalan yang biasa mereka tanya adalah :

 

“Nama adik siapa?”
“Mak pakai baju apa?”
“Mak nama siapa?”

 

Paling penting, ajar anak untuk ingat nama sendiri. Jangan ashik paggil “adik”.

 

9. Jangan bermain sms,whatsapp,wechat,pm & facebook sahaja ketika keluar bersama anak kecil terutama di shopping mall. Utamakan mesej dari anak anda, kadang-kadang perkara depan mata pun boleh berlaku walaupun mata anda sedang celik.

 

10. Sentiasa berdoa untuk keselamatan ketika berada di luar rumah. Bagi yang muslim, amalkan ayat kursi sebelum keluar dari rumah supaya malaikat mendoakan kesejahteraan anda sepanjang berada diluar.

 

Akhir kata…

 

Sesungguhnya, usaha yang dilakukan sekurang-kurangnya dilihat dan di nilai oleh Allah swt. Andai kata perkara buruk tetap terjadi, ingatlah kembali rukun iman kita, iaitu percaya pada qada’ dan qadar.Sesungguhnya yang jauh itu adalah masa lalu, dan perkara yang paling dekat dengan kita ibarat jarak dua jari adalah mati.

 

Semoga pesanan ini bermanfaat bukan saja buat diri Anim, tetapi juga buat semua pembaca.

 

Boleh tolong tekan butang share dibawah?

One Response

  1. su Jul 30, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge