Susu Badan Kurang Lepas Bersalin? Cuba Petua Ini.

petua tambah susu badan selepas bersalin

petua tambah susu badan ibu

Orang kata, petua-petua orang lama ini jangan pandang sebelah mata. Iya, usah diambil mudah. Selagi belum cuba, resultnya belum kita tahu kan. Macam tu jugalah Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin bagi ibu-ibu yang baru melahirkan zuriat.

Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin.

Anim tertarik dengan satu petua ni, sangat ‘rare’ dan jarang juga orang kita amalkan. Ini mungkin disebabkan dah wujudnya penawar serta ubat-ubatan moden yang bantu para ibu yang alami masalah penyusuan berjaya menambah susu badan dengan lebih cepat seperti milk booster dan sebagainya.

lactamum milk booster penambah susu badan

Milk Booster Penambah Susu Badan

Namun, petua tambah susu badan yang sejak turun termurun nenek moyang kita dulu amalkan, boleh juga sebenarnya diaplikasikan sehingga kini kerana tidak ada salahnya jika mencuba sekiranya itu mendatangkan kebaikan.

Tak cuba tak tahu. Kalau menjadi, awak juga yang rugi sebab tak cuba

Apabila seorang bayi itu lahir, makanan pertama yang wajib disalurkan kepadanya ialah air susu ibu tu sendiri. Bayangkan sekiranya bayi yang dilahirnya sempurna namun tidak dapat zat dan khasiat sepenuhnya daripada ibu. Ya anda lah.

Akibatnya, bayi mudah meragam, perut cepat kembung dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit lebih-lebh lagi zaman sekarang ni.

Sudah tentunya ibu yang baru sahaja bersalin akan sedaya upaya untuk berikan penyusuan susu ibu kepada bayinya supaya dapat terhindar daripada perkara-perkara musibah yang berkaitan kesihatan anak.

Sebenarnya banyak manfaat dan khasiat kepada bagi bayi yang minum susu badan ibunya.

Bahkan si ibu juga peroleh kebaikan dan kelebihan apabila menjayakan proses penyusuan, contohnya tubuh lebih sihat, tidak mudah jadi gemuk dan emosi lebih stabil.

Jadi tak salah sekiranya Anim simpulkan disini yang setiap ibu pasti risau sekiranya bayinya tidak dapat menyusu dengan sempurna kan!

Namun Anim tak salahkan mereka yang tak berpeluang untuk lakukan semua tu. Ya mungkin sebab ada yang alami air susu kering, tak keluar atau ilmu penyusuan yang masih cetek.

Apa pun sebabnya, jangan jadikan alasan untuk para ibu yang baru bersalin untuk berikan susu formula kepada anak. Jangan patah semangat, masih ada usaha yang boleh dilakukan. Kebalkan diri ya!

Cuba Petua Tambah Susu badan Selepas Bersalin Ini

Petua #1

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan atas api sampai layu. Apabila sudah rasa agak suam, tekapkan pada payudara selama beberapa minit. Amalkan setiap hari dan lihat hasil inshaallah.

Petua #2

Daun betik juga punya khasiat untuk menambah susu ibu. Rebus beberapa helai daun betik, ambil yang sederhana muda sahaja. Rebuskan kedalam air kemudian minum 2 hingga 3 kali sehari.

Petua #3

Banyakkan makan lobak putih. Lobak putih antara makanan yang sangat membantu para ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu badan.

Anim sendiri kerap mengamalkan pengambilan lobak putih supaya dapat tambah susu badan dan memekatkan lagi susu. Sehingga sekarang, Alhamdulillah susu badan masih ada untuk Sofia.

Lobak putih boleh dikisar halus dan campurkan dalam air suam untuk diminum. Tapi, kalau rasa terlalu extreme sangat kaedah ini, anda boleh renehkan ia jadi Sup Lobak Putih. Inshaallah selain berika tenaga, ia mampu menambah susu badan.

Petua #4

Mungkin tak ramai tahu. Tapi Alhamdulillah berkesan selepas amalkan.

Jantung Pisang. Ya! Sekiranya anda nak cari macam mana nak tambah susu badan secara semula jadi, cubalah makan jantung pisang.

Syaratnya, kenalah beli atau petik dari kebun.

Rebuskan dahulu, jangan dimakan terus. Rakus namanya tu hehe.

Rebuskan Jantung Pisang, dan makan macam Ulam. Tak kisah lah anda nak colek dengan sambal apa sekalipun. Jantung Pisang banyak berikan khasiat kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.

Ingat, menyusuakan anak ini, bukan saja perlu tahu ilmu seperti cara mengepam, ilmu menguru dan sebagainya. Tetapi makanan juga mempengaruhi hasil memperbanyakkan susu badan.

 

Kalau tak makan, perut tak kenyang.

Kalau tak makan ubat, nanti sakit tak baik kan.

Makanan juga adalah keperluan hidup dan tubuh.

 

Jangan pandang rendah pada petua tok nenek kita dulu.  Dan jangan perlekeh makanan penambah susu badan.

Sebab ramai yang dapat manfaat dan rasa lega apabila proses penyusuan dan masalah susu badan kurang selesai.

Contoh disini —> Cara Tambah Susu Badan 24 jam

 

Semoga artikel ini dapat berikan manfaat, inshaAllah.

 

PS: Cuba saja salah satu petua diatas, inshaallah tak rugi pun.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge