Set Soalan Ujian Bulan March Bagi Subjek Bahasa Arab & Pendidikan Islam
Dah masuk bulan March. Dalam bulan ini sebenarnya anak anim akan duduki ujian sekolah buat kali pertama.
Oh ya sebelum ini ketika proses penentuan kelas bagi tahun 1, murid-murid dah pun jalani satu ujian khas.
Yang itu bertujuan untuk pemilihan dan penetapan kelas bagi sesi tahun yang baru.
Alhamdulillah anak bujang anim berjaya lepas saringan pertama dan dapat duduk di kelas nombor satu!
Set Soalan Ujian Bulan March
Memandangkan dalam masa yang suntuk Anim baru dapat berita yang anak bakal duduki ujian sekolah tak lama lagi, jadi anim mula buat preparation untuk anak menghadapi ujian nanti.
Bila anak nak periksa, mak pulak yang terover kan. Nervous tau! Ala korang pun sama kan…kan!
Okay.
Anim ada dapatkan beberapa contoh set soalan ujian.
Terkini, ada beberapa lagi dalam pegangan dan dah siap print nak jadikan rujukan.
Jadi boleh la setiap malam Anim akan berusaha untuk beri kelas tambahan pada Harith (anak anim).
Masa dah tak banyak. Nasib baik Harith jenis yang mudah dengar cakap, dan cepat tangkap bila di ajar.
Setakat ini, untuk soalan bentuk jawi, sekali tengok jer dah pandai baca dan tulis. Bravooo! Tu yang mama sayang ketat-ketat hihi.
Kat sini Anim nak kongsikan pada anda SET SOALAN UJIAN sebagai latih tubi anak untuk persiapan menghadapi ujian nanti.
Walaupun bukan semua tempat yang selaras tarikh ujian, namun soalan-soalan ujian ini jika sentiasa kita berikan anak sebagai latihan menjawab, ia akan buat anak mudah dan biasa dengan kertas soalan peperiksaan kelak.
Disini Anim sempat selitkan dua subjek yang mungkin boleh anda berikan anak untuk praktis.
- Bahasa Arab
- Pendidikan Islam
Download Set Soalan Ujian Bulan March Bagi Subjek Bahasa Arab & Pendidikan Islam Tahun 1- 6 Format KSSR
Bahasa Arab – DOWNLOAD
Pendidikan Islam – DOWNLOAD
Jangan lupa print kertas soalan dan temani anak anda buat latihan.
Harap boleh dapat banyak lagi contoh kertas soalan. Teruskan usaha untuk luaskan kebaikan kepada semua.
azimah mohd zainuddin recently posted…Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat
Hi terima kasih sudi singgah. Inshaallah akan di usahakan ๐
anak saya dua-dua dah masuk menengah…
mungkin ia bermanfaat kepada orang lain pula
Hero Borneo recently posted…Kahwin Satu Lagi Keperluan Atau Kehendak
Owh dah besar anak2 rupanya. Ye lah anak-anak kecil ni esok, pejam celik pejam celik cepat je dewasa…
Belum ada anak tang boleh manfaatkan contoh soalan ini. Mungkin boleh difowardkan kepada anak-anak buah nanti. Terima kasih kerana sudi kongsi.
Azwan recently posted…Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.
Ya, boleh kongsi pada anak buah, anak kawan dan anak jiran hihi. Moga bermanfaat ๐
subjek lain ade tak?anak saya tahun 1.tq
Puan boleh lihat disni https://info.gerobokanim.com/set-kertas-soalan-exam-pertengahan-tahun-mei-2017/