SEDAP SANGAT BISKUT FAMOUS AMOS NI…TAK BOLEH KE KONGSI RESEPI?

Biskut-raya-anim

 

“Kalau iya pun sedap, tak kan nak habiskan semuanya”

 

Kali ni bukan nak tulis artikel sangat cuma anim nak kongsi cerita dan sedikit resepi khas sempena Edisi Raya. Maklumlah, tak lama lagi dah nak sambut 1 Syawal kan. So apa lagi,  ini lah masanya sebelum bersesak-sesak traffik jem, asalkan biskut raya siap semuanya  😆

 

Kemarin anim balik kampong. Saja jenguk mak ayah untuk buka puasa sebelum sambut 1 Syawal dirumah mertua tahun ini hehe. Kali ni, chef (mak) anim buat keputusan untuk buat cookies katanya. Wah! Anim dah terbayang-bayang bentuk dan bau wangi cookies macam dekat shopping mall tu.

 

Hello, mak anim punya air tangan memang tak terkalah untuk hasilkan 300 biji Famous Amos dalam masa singkat saja. Jadi, malam itu selepas jam 10, bergelumanglah kami dengan tepung, gula, dulang dan lain-lain bahan keperluan. Seronok dan tak sabar nak rasa hasil air tangan sendiri walaupun 20% je tolong gaul-gaul tepung  😎

 

Ok anim pasti ada yang tahu buat biskut famous amos ni kan. Tapi pada hakak-hakak yang masih belum tahu, resepi ini mungkin membantu untuk buat biskut drop ala Famous Amos. Manalah tahu lepas ni boleh tunjuk handal depan mak mertua. (Eh suami pun suka tau , biasanya lah)

 

Disebabkan rasa Biskut Famous Amos ni sedap, rangup dan bau yang menarik perhatian, jadi anda juga dipersilakan untuk mencuba sendiri sengan mudahnya untuk hasilkannya sendiri.

 

Check it out!

 

Bahan-bahan yang diperlukan anim bahagikan pada dua bahagian ye.

 

Bahan 1

 

1/2 cawan gula yang dikisar halus

1/2 cawan gula (brown sugar). pakai yang serbuk

150 gram mentega

1 cawan minyak masak

1 biji telor

Garam halus sikit

1 sudu besar susu segar (pakai DHL Low fat)

1 sudu kecil teh esen vannila

 

Bahan 2

4 cawan tepung gamdung (kena ayak)

2 sudu besar serbuk koko yang di ayak

2 sudu besar tepung jagung yang di ayak

1 sudu kecil cuka

1 sudu kecil soda berkarbonat

1 cawan kacang walnut (potong kecik2 halus2)

2 cawan coklat chips (pilih yang kurang manis ya)

 

Ok now bahan-bahan pun dah ready, so sekarang kita ke next step iaitu cara penyediaannya.

 

Pertama sekali, gunakan hand mixer pada kelajuan yang sederhana saja. Adun semua bahan 1 ke dalam satu bekas besar sampailah bahan-bahan itu tadi sebati. Ketepikan seketika. Pastikan bahan yang perlu di ayak telah pun di ayak . Kemudian, gunakan spatula (sudu) kayu untuk masukkan satu persatu dan sedikit demi sedikit bahan 2 seperti tepung gandum dahulu, dan barulah serbuk koko dan sebagainya.

 

Tips- Tepung jagung dimasukkan sehingga adunan menjadi sesuai. Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung

Lihat Panduan lengkap video Famous Amos

 

Kedua – Apabila semua bahan telah pun dimasukkan, sekaran kacau adunan tersebut sehingga sebati dan pstikan semuanya bercampur dengan baik.

 

Ketiga – panaskan oven pada suhu 160 C selama 15 minit. Kemudian susun adunan dengan cantik dan terator di atas dulang pembakar.

 

Keempat– Bakar adunan dengan menggunakan suhu yang sama 160 C dalam tempoh lebih kurang 20 minit mengikut kesesuaian oven anda. Tunggu sekejap hingga berbau wangi dan taraaa, biskut Famous Amos raya anda dah pun siap!

 

Mudah bukan?

 

Masukkan biskut yang dah siap tadi ke dalam bekas yang kedap udara. Jangan terus tutup! Biarkan ia sejuk terlebih dahulu untuk elakkan ia jadi lembik dan tak rangup.

 

Tak sabar nak buat? Anda mungkin boleh cuba dengan panduan video yang jelas ini.

Panduan buat biskut drop @ cookises ala famous Amos. Anda pasti teruja!

 

Dipersilakan kongsi pada rakan-rakan  😆

Leave a Reply

CommentLuv badge