Suka Makan Ikan Patin? Cuba Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Ini

Entry kali ini agak berbeza sikit. Kali ini anim nak kongsikan dengan anda bagaimana nak hasilkan hidangan gulai tempoyak yang cukup rasa kasih sayang hinggakan suami anda terngiang-ngiang akan aroma bau periuk tiap kali singgah di dapur. Anim juga akan bogelkan rahsia bagaimana untuk remix ikan patin dalam masakan berasaskan tempoyak. wow  macam seronok saja kan!

 

Oh ya, pada yang mungkin tak tahu, anim tidak berkongsi resepi gulai tempoyak yang biasa anda lihat dan baca di majalah atau singgah dekat mana-mana restoran terutama di pahang atau perak. Ini lebih istimewa!

 

Teruskan membaca…

 

Asalnya anim bukanlah minat sangat makan makanan yang ada tempoyak ni, bukan mainan ku cewah. Memang jarang sangat dan tak terfikir pun nak masak atau makan kalau singgah dekat mana-mana restoran waktu sebelum kahwin dulu. Tapi semenjak kahwin dan dah beranak pinak sekarang ini, suami biasanya akan singgah di temerloh untuk beli 1-2 ekor ikan patin segar untuk dibawa pulang. Oh ya, memang suami anim orang pahang, jadi tak pernah miss untuk singgah membeli jika pulang ke kampung mertua anim.

Ikan Patin

Ikan Patin

Jarang juga tengok suami bertukar-tukar kedai waktu nak beli ikan patin. Maklumlah mungkin dah sebati rasa dan suka dengan layanan tokey penjual ikan dekat situ. Pemilihan ikan pula selalunya sangat teliti. Maklumlah, selain masak dirumah mertua, kami kebiasannya akan tapau untuk balik ke rumah di Klang. Hahaa kelakar pula rasa. Tapi disebabkan mahu kepuasan rasa yang segar, tak hanyir dan berbau, suami biasanya akan pilih ikan yang disangkarkan dalam sungai pahang saja mungkin sebab itu gerai tepi jalan menghala ke bandar temerloh itu menjadi pilihan hatinya. Ok, satu rahsia dah pun bocor!

Suami anim memang suka sangat masakan tempoyak. Jadi waktu itu anim rasa itu lah masa terbaik untuk belajar sampai master dan akhirnya tak sangka lepas 3-4 kali masak Alhamdulillah memang tak mengecewakan! Tak sangka bila dapat pujian dari ibu mertua dan suami sendiri “Luar biasa betul rasa gulai tempoyak ni”. Bermula disitu, kerap jugalah anim hidangkan juadah ikan patin tempoyak pada suami. Kadang-kadang, suami juga sering menjemput kawan-kawannya singgah kerumah dan berkongsi rasa resepi air tangan anim. Wah kerja keras juga dekat dapur nak hidangkan yang istimewa untuk mereka 🙂

 

BETUL KE NI?

Orang kata rasa sedap Gulai Tempoyak tu terletak pada tempoyaknya. Lagi masam lagi sedap, melekat!  Betul ke? Okay anim sendiri tak pasti betul atau tidak, yang penting suami dan anak-anak memang sukakannya itu sudah memadai.

 

Sila salin atau bookmark website ini jika perlu.

 

 

RESEPI GULAI LEMAK TEMPOYAK IKAN PATIN

Sudah pasti jika anda atau suami pernah rasa gulai tempoyak ikan patin sebelum ni dimana-mana, resepi yang anim berikan ini pula adalah keghairahan rasa yang umpph dan buatkan suami pasti ulang tambah sekurang-kurangnya dua pinggan. Awas! Kalau anda ada kerja perlu lakukan selepas makan masakan ini, jangan cuba-cuba resepi ini…

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1) Seekor ikan patin (dipotong optional)

2) Daun Kesum

3) Santan (1 biji kelapa)

4) Serai (1batang)

5) Bunga kantan (1 batang)

6) Cili padi (ikut pedas mana anda tahan. Anim isi 10 biji huhu)

7) Kunyit hidup (1 inci)

8) Bawang merah

9) Bawang putih

10) Garam (sesudu atau secukup rasa)

11) Gula (sikit)

 

Baiklah… sekarang bahan-bahan pun semua dah sedia, jom kite ketuk-ketuk dekat dapur. Mula-mula sekali, anim biasanya akan basuh ikan patin tu macam biasa. Tak perlu perah limau masa basuh sebab ia memang tak berbau dan segar. Ikan patin itu kemudiannya akan anim belah untuk beberapa bahagian. Lumurkan sedikit kunyit dengan garam ratakan pada ikan tersebut. Kemudian semua bahagian itu akan dibakar atas api. Ya! panggangkan ia sekeja jangan terlalu masak. Biarkan aromanya terbang naik menusuk ke hidung anda. (boleh gunakan kuali leper)

12170599_756646491129557_137922380_n

 

Sementara tunggu ikan patin siap dipanggang, sekarang tumbuk cili,bawang merah, bawang putih, kunyit dan serai sehingga hancur. Untuk serai pula, ketuk sikit sahaja tak perlu sampai lumat.

804576_756646497796223_1074982902_n

 

Kemudian, tenggekkan periuk yang berisi sedikit air atas dapur. Secawan air sudah memadai. Masukkan pula tempoyak secukup rasa. Jika  nak rasa lebih pekat, boleh masukkan lebih banyak secukup rasa. Anim biasanya akan masukkan 1-2 sudu tempoyak. Kacaukan rata tempoyak yang dimasukkan tadi.

12166835_756646474462892_1557168063_n

 

Kacau rata tempoyak

Kacau rata tempoyak

 

Sekarang, masukkan pula bahan-bahan hasil tumbuk dan ketuk tadi. Potong separuh bunga kantan dan masukkan sekali. Tumis sekajap sehingga naik bau. Kemudian masukkan sekali daun kesum. tunggu sehingga naik bau. Rujuk gambar dibawah

12165873_756646447796228_508278056_n

 

Untuk dapatkan rasa pekat dan lemak berkrim, anim akan masukkan santan yang dah siap diperah. Biasanya memang sebiji kelapa  😀  kacau rata sehingga sebati dan naik bau.

12167087_756646467796226_480179393_n

Gulai Lemak Ikan patin

Gulai Lemak Ikan patin

Amacam? Setakat ni senang je kan..

Ok sebelum semuanya selesai, jangan lupa isikan sedikit garam secukup rasa. Masukkan juga sedikit gula secukup rasa. Jangan lebih nanti manis pula sangat tak best. Biar rasa masam-masam sikit dan lemak-lemak yang umph mabeles..

Masa masak ni, memang kecur air liur sebab baunya memang menyengat habis. Suami dengan anak-anak memang ashuk tanya dah siap ke belom.

Sekarang part terakhir sekali cuma masukkan ikan patin yang dah siap dibakar tadi ke dalam periuk gulai lemak. Kacau rata sehingga sebati kuah dan ikan patin. Biarkan bahan-bahan tadi dan ikan patin bergaul mesra sehingga meresap masuk dalam ikan.

 

Taraa… SIAP! Mudah kan

IMG-20151020-WA0007

 

Isi ikan patin yang baik sebenarnya sangat lembut malah ianya tak berbau hanyir. Jika anda buat sendiri anim yakin pasti lagi hebat dari Five Star hotel!

 

Nota: Kalau ikutkan ada banyak versi untuk hidangan ikan patin tempoyak ini. Tapi selepas anim cuba beberapa versi ori dan lain-lain, akhirnya resepi yang ini paling gagah dan tak terkalah! cubalah mana tahu lebih bahahia ahaks..

 

Share entri ini jika anda suka 

 

 

Comments

comments

2 Comments

  1. anuar Nov 2, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge