[Ramai Isteri tak tahu] – 7 Cara Buat Hati Suami Berbunga!

suami isteri

Dalam hidup berpasangan, suami isteri bukan saja perlu ‘standby’ untuk tempuh bermacam-macam dugaan hidup. Tapi juga kena bijak merancang pakej kehidupan dengan seni rumahtangga yang bijak!

Sebagai isteri, seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan suami untuk tempat bergantung. Walaupun anda Majistret dan suami cuma pion hantar surat, seharusnya anda gembira dan bersyukur kerana setiap pasangan itu juga adalah rezeki daripada Tuhan

pion

Ramai orang berkata tidak akan dekat dengan orang yang penuh dengan kejahatan. Tapi seharusnya sebagai manusia kerdil, kita perlulah sentisa melihat dan ambillah kebaikan walaupun cuma SATU dalam kejahatan seseorang. Ini membuktikan tiada manusia yang sempurna.

Wajib alert, dosa isteri bukan mak bapak yang tanggung, tapi dia tu…suami la sape lagi

Jom semak 7 Tips menarik ni~

1. Senyum bila bercakap dengan suami. Kalau boleh, bercakaplah dengan suara yang rendah, dan sedikit manja. Bukan orang lain pun..suami sendiri. Kalau muda-muda dulu selalu buat, jadi teruskan sampai anak 5,6 atau 7

2. Sediakan masakan atau makanan kegemaran suami. Kalau tak reti masak, jangan bimbang beli saja di restoran mak mah. Atau cara malas, sediakan secawan kopi dan surat khabar sebagai ‘combo’. Pasti suami senyum riang.

kopi

3. Teman suami tonton cerita kegemaran mereka. Jangan duk sibuk layan fesbuk atau ‘whatsapp’ ketika menonton ‘movie’ bersama. Suami pantang bila ditanya “eh kenapa jadi camtu bang?” – selalunya suami mahukan anda sama-sama fokus menonton dengan dia.

4. Sambut suami dengan wajah yang bersih, ceria dan wangi bila suami balik dari kerja. Jangan mengeluh depan suami atau membebel bila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaiknya, tenangkan hati si suami yang letih setelah bersesak-sesak tempuh traffik jem atau baru kena marah dengan bos di tempat kerja tadi. Tanya dia, “nak makan dulu atau tidur terus.. ?” pasti senyum dia dengan layanan anda.

5. Sekali sekala tu, offer diri untuk picit-picit badan atau kepala suami. Suami ni biasanya nak sedap dan di manjakan oleh isteri. Fakta yang perlu tahu, suami sebenarnya lebih manja daripada anak dan perlukan perhatian.

6. Jangan biarkan rumah berselerak. Walaupun orang lelaki ni jenis yang sepah-sepah, tapi mereka sebenarnya suka suasana yang bersih dan tersusun. Cara ini akan bantu hidupkan suasana ringkas dan tenang dalam diri suami lagi-lagi jika sedang dilanda masalah.

cium isteri

7.  Update diri supaya tidak selekeh depan mata suami. Anda boleh semak majalah fesyen terkini untuk pikat semula hati suami.  Isteri harus ingat, berhias untuk suami itu wajib. Kalau dulu boleh pakai bedak 3 inci lipstik warna pink, sekarang jangan gatai2 repek bedak sejuk 24 jam dekat muka. Orang lelaki ni jenis yang suka kepada perkara yang cantik-cantik.

Suka dengan cara ini? Kongsi pada kengkawan.

Paling HEBAT tapi jangan buat yg ni!!
**Suami paling seronok dalam dunia, bila isteri pinangkan seorang lagi untuk dia kekekeke..ahaks

Leave a Reply

CommentLuv badge