Petua Tambah Susu Badan Semasa Berpantang Dengan 7 Jenis Makanan Unik

Petua Tambah Susu Badan Semasa Berpantang Dengan 7 Jenis Makanan Unik

Saban hari ada saja keluhan dan kerisauan seorang ibu selepas melahirkan bayi mereka. Tentu sahaja ia melibatkan soal breast feeding kepada bayi. Kebiasaanya, ibu yang baru saja melahirkan seakan buntu jika berlaku masalah susu badan tidak keluar. Maka ini menjadi kesulitan buat para ibu dan mula mencari pelbagai macam Petua Tambah Susu Badan yang mujarab bagi membantu masalah yang dihadapi.

petua tambah susu badan

Hai nama saya Anim. Kepada ibu-ibu yang menysukan anak seperti saya kadang-kadang tentu risau jika bayi yang masih kecil tidak mendapat kuantiti susu yang mencukupi ketika peroses penyusuan lebih-lebih lagi semasa tempoh berpantang.

Sejujurnya saya juga sama macam anda. Diberikan kelebihan sehingga sekarang, saya masih berusaha menyusukan anak dan telah menjangkau tempoh lebih daripada satu tahun.

Alhamdulillah, walaupun bukanlah setiap hari saya mencari Petua Tambah Susu Badan, namun dengan semangat dan galakan daripada keluarga khususnya, hari ini masih mampu konsisten membesarkan anak dengan berikan penyusuan secara esklusif.

 

Awak free tak apalah, kami ni berkerja hari-hari

 

Saya tersenyum apabila terima komen serta mesej dari rakan-rakan yang bertanya. Wahai para ibu, tidak kira yang baru jadi ibu atau yang sudah lama, saya dan anda tiada bezanya. Kita semua telah dikurniakan waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan tidak ada kurang walaupun sesaat waktu.

Saya juga seperti anda. Seorang isteri yang dituntut melayani suami serta anak. Malah saya juga dibayar gaji setiap satu bulan sepanjang tahun sebagai guru yang mendidik anak-anak di salah sebuah Kolej bermula dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

Sebagai ibu, ia tidak pernah dijadikan alasan kepada saya untuk berhenti dan tewas untuk menyusukan anak yang masih kecil.

Setiap hari adalah hari untuk kita berusaha untuk berikan yang terbaik kepada anak sama seperti anda. Jika saya mampu, saya juga yakin yang anda juga mampu malah buat lebih baik inshaAllah.

Baiklah, itu serba sedikit yang dapat saya kongsikan yang mungkin boleh naikkan semula semangat anda. Alah, kalau tak banyak, sikit pun jadi lah kan? Itu lebih baik  😉

Teruskan Membaca Jika Anda Bersungguh-sungguh Mahu Tambah Susu Badan

Sebenarnya banyak juga cara yang saya lakukan sebagai cara untuk Tambah Susu Badan. Alhamdulillah sekarang sekali pump boleh dapat sekitar 10oz – 16oz.

Memang perlu jadikan aktiviti memerah ini sebagai rutin yang berjadual. Lagi kerap lagi bagus! Jika dalam tempoh waktu berpantang, 1-2 kali sehari pun sudah memadai selebihnya boleh terus menyusukan bayi.

Perkara paling penting ialah kita perlu tahu yang bukan mempunyai susu badan yang banyak itu 100% suatu kelebihan.

Tidak!

Anda haruslah fahami apa yang bayi anda perlukan. Jika dengan kuantiti yang sedikit sudah cukup mengenyangkan bayi, itu sudah memadai.

Kebanyakan ibu terlalu ghairah untuk memiliki jumlah susu badan yang banyak. Namun tidak seharusnya kita lupa yang kadang-kadang Allah swt tidak akan berikan apa yang kita mahu, sebaliknya Dia akan berikan apa yang kita perlukan.

 

7 Jenis Makanan Yang Boleh Tambah Susu Badan

  1. Kurma
tamar

Kurma- baik untuk menambah susu badan

Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu milk booster yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam respi boleh dibuat, makan begitu sahaja adalah paling mudah!

Jika mahu buat jus pun boleh. Anda juga boleh buat resepi kurma bersama susu. Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!

 

2) Habbatusauda/Jintan hitam

jintan hitam habbatus sauda

Habbatus sauda juga makanan sebagai penggalak susu. Ia digunakan sejak berkurun lama. Ianya boleh direbus dan diminum airnya.

Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Selain dijadikan petua tambah susu badan, habbatussauda juga sering diguna pakai untuk membantu masalah kesihatan yang lain seperti menjadi antibbodi dan mencegah penyakit ringan yang lain.

 

3) Halba

halba-01

Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ia juga bagus sebagai petua menambahkan susu badan.

Zaman Rasulullah juga telah gunakan halba dalam proses merawat pelbagai penyakit. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum.

Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.

 

4) Longan

longan

Longan ini agak popular juga. Sebelum ini saya memang tidak kenal langsung “milkbooster” apa yang boleh diambil.

Biasanya longan ini boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh kata orang. Ianya dalam bentuk kering dan bolehlah direbus dengan gula batu sedikit untuk memberikan rasa manis.

Tidak semua orang serasi. Ada orang makan ni boleh dapat demam yang tinggi. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, ada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.

 

5) Jantung pisang

11706967983_71b58b3c5c

Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah

 

6) Lobak putih

lobak putih

Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan.

Saya dulu semasa dalam tempoh berpantang, ada amalkan sup lobak putih, ringkas dan berkhasiat. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.

 

7) Alfalfa

product_alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.

 

Selain daripada 7 yang disenaraikan di atas, terdapat juga beberapa jenis makanan semula jadi yang sangat membantu untuk tambah susu badan. Antaranya ialah:

  • Sengkuang cina
  • Kobis
  • laici
  • Sawi
  • Kailan
  • Tenggiri
  • Bayam
  • Peria
  • Jantung Pisang
  • Soya
  • Carrot
  • Pucuk manis
  • Kucai dan tauhu
  • Kentang rebus
  • Ikan Tuna
  • Ikan Salmon
  • kacang buncis
  • Cheese
  • Roti

 

sayuran

Makanan berkhasiat bagus untuk tambah susu badan

 

cheeseplatter

Cheese and bread

 

Jenis Minuman

  • Air masak (sangat baik)
  • Susu
  • Soya
  • Nestum
  • Horlick
  • oat
  • Milk goat
  • Jus buah betik
  • Air kelapa
  • Spirulina
  • Rebusan buah pala
  • Honeydew
  • Rebusan air halba
Top-3-Detox-Juices-with-Triple-Effect

Petua tambah susu badan

 

Selain itu, ibu juga digalakkan rajin-rajinkanlah diri untuk ambil supliment tambahan contohnya seperti omega 3, kalsium, Obimin dan Vitamin C.

Sebenarnya anda boleh dapatkan semua ini dari serat makanan yang tersenarai di atas, namun oleh sebab desakan masa mungkin agak sukar untuk anda mahu terjah semua ini bukan.

Ibu juga boleh cuba dengan amalkan minuman penambah susu badan yang bagus.

 

Diharap petua tambah susu badan ini dapat berikan manfaat kepada anda. Sila share jika anda sukakannya.

 

Baca juga sini Cara Tambah Susu Badan Untuk Ibu Berkerja

Comments

comments

4 Comments

  1. jamaliah Nov 3, 2017
    • Anim Nov 9, 2017
  2. Cikgu hasanah Mar 14, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge