Pengajaran Besar Ibu Bapa “Jangan Rampas Hak Murid”, Kasihan Anak Yatim Ini

 

Cuti sekolah selalunya berakhir seiring dengan sambutan tahun baru.

Maka bermulalah semula episod sesi persekolahan. Bermakna akan ada kemasukan murid yang baru ke tahun 1 dan sesi orientasi.

Sumber gambar, facebook

buat duit kerja dari rumah

Tak dinafikan keterujaan ibu bapa jelas terpancar di wajah apabila anak kecil dulunya, sekarang dah melangkah ke alam persekolahan sebenar.  Ditambah lagi dengan update status di media social facebook.

Ya Saya dulu pun begitu.

Situasi hari pertama sekolah selalunya memang sibuk.

Ramai ibu bapa bukan saja menghantar anak-anak, malah ada yang menunggu dan menemani mereka sepanjang hari pertama. Mngkin ada yang berlarutan sehingga tempoh seminggu.

Ada yang masuk ke kelas, meninjau dari luar tingkap dan mengambil photo untuk rakaman kenangan.

Ya macam-macam ragam. Semestinya kita ibu bapa tak terlepas dari rasa excited, berdebar, risau dan bimbang memikirkan bagaimana keadaan anak sepanjang hari di sekolah berdikari tanpa pengawasan kita bukan?

Namun dalam keadaan seronok dan teruja, ada tindakan kita yang kurang tepat telah menimbulkan rasa kurang senang terhadap murid, dan boleh dikatakan melebihi batasan, misalnya merampas hak murid.

Mungkin sebelum ini kita tak pernah diberitahu, namun secara rasional tindakan segelintir ibu bapa yang menggunakan kemudahan kerusi di kantin sekolah sebenarnya telah mengambil hak orang lain.

Menggunakan kemudahan sekolah yang disediakan untuk murid semata-mata mahu temankan anak. Pernah terfikir?

Kisah ini dikongsikan oleh seorang guru Mohd Fadli Salleh, dan kami oleh mengikut kesesuaian pemaba blog gerobokanim.

Memang nampak macam biasa, tapi besar maknanya untuk orang lain. Semoga kisah ini memberi pengajaran buat kita.

..



Terlihat gambar pertama yang seorang sahabat share. Terus menyirap darah ke muka. Aku marah sangat!

Banyak kali aku tulis hal ini sejak bertahun-tahun dulu lagi.

JANGAN AMBIL HAK MURID, BERTIMBANG RASALAH

Kerusi kantin itu hak murid. Tempat murid duduk untuk makan waktu rehat.

Jangan ambil kesempatan dengan alasan anak baru masuk darjah 1. Kerusi itu bukan untuk ibu bapa duduk dan melayan anak-anak sendiri hingga murid lain termangu-mangu tiada tempat hendak tuju.

Kes begini banyak kali aku hadapi dai dulu lagi. Aku tidak pernah segan silu nak sound ibu bapa yang ambil tempat duduk. Dengan nada marah, dengan nada keras aku akan bersuara.

Siapa sahaja yang ambil hak anak-anak aku, aku akan sound direct. Nak terasa? Silakan. Memang aku harap sangat mereka terasa.

Apa punya manusia tak fikirkan hak orang lain? Tak fikirkan murid lain yang datang tanpa ditemani ibu bapa.

Aku sangat marah kerana hal ini pernah berlaku pada aku 7 tahun yang lalu.

Satu kisah benar yang menimpa aku sebagai guru tahun satu. Aku pernah tulis dulu, hari ni aku tulis lagi.

Seorang anak yatim, ayahnya dah lama meninggal. Ibunya pula sakit cancer kalau tak silap dan terpaksa ditahan di wad. Mak saudaranya yang jaga budak tu.

Dihari pertama persekolahan hari tu, tanpa sesiapa teman. Dia terkebil-kebil sendirian. Berdiri diam ditepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk ditempat dia sambil menyuap anak mereka makan.

Masa rehat tamat.

Murid itu kelaparan, namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh baru aku perasan.

Aku duduk dan tunggu dia makan. Temankan dia walau dia dah kalut nak masuk kelas kerana semua kawan-kawannya sudah bergegas masuk kelas. Dia takut kena marah dengan cikgu.

Dia rela berlapar kerana risau lambat masuk kelas. Namun dengan jaminan aku, dia akhirnya akur untuk makan. Aku tunggu sampai dia siap dan hantar dia ke kelas.

Itu anak yatim yang kau orang dewasa kejap ambil hak dia. Kau paparkan gambar bahagia menyuap anak tercinta di kantin padahal sebenarnya kebahagiaan kau itu meragut hak anak yatim!

Sejak itu aku memang cukup pantang kalau ibu bapa duduk di kantin waktu murid ramai. Waktu lapang, silakanlah. Waktu sesak, tak payah.

Kau lihat gambar terakhir. Itu gambar ibu bapa murid sekolah aku. tidak berani mereka duduk mengambil hak murid-murid aku kerana aku berpesan dengan tegas,

Jangan sesekali duduk dikerusi kantin selagi ada murid masih berdiri mencari tempat duduk. Jika ada ibu bapa duduk sedangkan murid tercari-cari tempat, aku akan marah”

Itu yang aku ungkap di Hari Orientasi beberapa hari lepas. Aku ulang berkali-kali menandakan aku memang serius tentang hal ini.

Semalam, hari pertama nampaknya semua ibu bapa murid aku faham. Mereka ajar anak meraka membeli, mereka ajar terima baki, mereka suap anak mereka dengan penuh kasing sayang, namun mereka tidak duduk selagi ada murid berdiri mencari tempat.

Tahniah bbuat ibu bapa murid SK (1) Gombak atas kerjasama erat ini.

Guru-guru Tahun Satu seluruh negara, sila bertegas dengan hal ini. Jangan biarakan ibu bapa yang tidak berperasaan terus menerus ambil hak anak-anak murid kita.

Sumber dari :Mohd Fadli Salleh

Anak cepat lupa?
Susah nak fokus belajar? 
Selalu lesu dan mengantuk?

DRMZ A Plus akan mambantu anak anda meningkatkan IQ dan jadi lebih bijak semasa belajar. Ini cara dan ikhtiar untuk anak skor A semua subjek dalam ujian.

Baca apa kata ibu bapa ini setelah mendapati perubahan anak mereka <– klik

Comments

comments

3 Comments

  1. encikhafiz.com Jan 4, 2018
    • Anim Jan 5, 2018
  2. anuar Jan 5, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge