Sebagai seorang ibu atau bapa pasti tak terlepas dari menyaksikan kepelbagaian telatah dan ragam bayi anda sewaktu membesar bukan. ‘Throw back’ beberapa peristiwa bulan-bulan yang lepas, Anim sendiri rasa lucu melihat kerenah puteri bongsu yang bermacam-macam ragam dan gaya sampailah hari ini.
Kenapa bayi mudah sangat melentur-lenturkan badan, dan gemar menghisap ibu jari kaki? Sudah pasti kebanyakan ibu bapa perasan gerak dan gaya anak ini kan. Apa petandanya? Jeng..jeng..jeng!
Selalu kan anda terdengar bisik-bisik orang tua yang bersembang berkata “itu bakal nak dapat adik la tu” :). Pernah dengar kan, jangan tipu kata tak tahu! Anim juga seperti itu waktu melihat puteri bongsu anim mula buat gaya menghisap ibu jari sendiri yang kecik nonet tu.
Tapi, sejauh manakah kebenaran kata orang dulu-dulu ini? Ini kata orang tua-tua, bukan kata orang muda-muda tau 🙂
Orang tua-tua kata, bayi yang menghisap ibu jari kaki itu petanda bakal mendapat kawan iaitu adik
Bayi Hisap Ibu Jari Kaki? Itu Normal…
Tindakan bayi menghisap jari tak kira tangan atau kaki bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari jemari kita (ibu bapa). Itu adalah permulaan kepada pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti.
Kenali Tahap Tumbesaran 0 – 365 Hari Bayi Anda
Ini part yang kebanyakannya ibu bapa paling gemar, iaitu merakam aksi-aksi si comel ketika dalam tempoh pembesaran. Selalunya aktiviti SELFIE bersama anak kerap dilakukan tak kira dimana, waktu dan dengan siapa ia sudah pun menjadi rutin si ibu atau si bapa untuk merakam ‘moment-moment’ cute dan indah bersama anaknya. “Eh anim pun tak terlepas hokay”
Sekarang mari kita lihat secara terperinci bagaimanakah sebenarnya perubahan fizikal dan mental anak-anak syurga ini sebenarnya berkembang dari satu tahap ke tahap-tahap tinggi yang lain.
Oops, sebelum itu..
Tumbesaran fizikal ini sebenarnya merujuk kepada perubahan dan kebolehan bayi melakukan pergerakan yang melibatkan anggota badan. Ia merujuk kepada beberapa aspek terhadap pengawalan anggota badan pada setiap fasa dan bulan. Tahap perkembangan ini sangat PENTING bagi memastikan bayi membesar dalam keadaan yang normal dan sihat. Jika sebaliknya, anda boleh mendapatkan nasihat dari pegawai perubatan atau pakar kanak-kanak untuk permeriksaan lanjut.
Jom Momies Kita Selongkar!
Apakah perubahan dan perkembangan bayi anda? Teruskan membaca..
SATU BULAN
- Tangan dan kaki bergerak aktif
- Cuba nak naikkan kepalanya jika sedang meniarap
- Dapat menggerakkan tangan dan kaki pada satu masa
- Bergerak tiba-tiba pada bunyi yang kuat
- Badan dan Kepala perlu disokong jika didukung waktu ini
- Tingkah laku menghisap.Selain minum susu ibu, bayi akan isap apa saja objek diletakkan dimulutnya.
DUA BULAN
- Mungkin memusingkan kepala dari arah sisi
- Melihat pergerakan mak ayah disekeliling
- Memberi tindak balas terhadap anda
- Menunjukkan keseronokan apabila anda hampir dengannya
- Membuka dan menutup mulut ketika anda sedang bercakap dengan anak lain
- Gerakan semakin baik
TIGA BULAN
- Akan mengangkat kepalanya tanpa sokongan untuk beberapa saat
- Boleh angkat kepala dan dadanya bila sedang meniarap
- Boleh menutup dan membuka tangan dan bermain dengan jarinya sendiri
- Semakin menyedari persekitaran dan orang sekeliling
- Boleh melihat tangan
- Boleh mengambil permainan atau objek yang berdekatan dengannya
EMPAT BULAN
- Dah boleh bergerap ketika meniarap
- Matanya mula melihat pergerakan orang di persekitaran
- boleh mengawal objek
- Kawalan kepala semakin stabil
- Gunakan tangan untuk meneroka muka sendiri
- Mengenali orang yang paling rapat dengannya dan bertindak balas secara berbeza terhadap orang lain.
LIMA BULAN
- Boleh mencapai Ibu Jari kaki dan memasukkan ke dalam mulut
- Menangis untuk menarik perhatian
- Mencapai permainan yang disukai
- Mengangkat tangan untuk ambil sesuatu objek
- Memalingkan kepala ke arah lain jika tak mahu lagi menyusu
- Akan meletakkan sebarang objek yang dijumpai ke dalam mulut
ENAM BULAN
- Boleh mengangkat tangan lebih stabil
- Duduk dengan sokongan yang betul
- Boleh mula makan
- Boleh mula ketawa dan “babbles”
- Boleh berguling-guling
- Boleh memegang botol susu sendiri
TUJUH BULAN
- Bermain dengan objek dan boleh gunakan satu tangan ke tangan yang lain
- Boleh mengenali diri dan tersenyum melihat diri didalam cermin
- Mengenali Ibu Bapanya sendiri
- Menjadi bimbang terhadap orang yang tidak dikenali
LAPAN BULAN
- Sudah boleh duduk tegak tanpa sokongan
- Mampu berdiri dalam masa yang singkat
- Mengenal namanya dan mula menyebut kata-kata yang mudah seperti ‘mama, papa’
- Boleh mencapai objek sebelah tangan
- Memegang objek kecil dengan jari dan ibu jari
- Suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula dan dibaling semula
SEMBILAN BULAN
- Boleh menyusur dan merangkak.
- Suka mengambil dan menarik objek di atas meja
- Memberi tindak balas ketika namanya dipanggil
- Mula memaut untuk sokongan berdiri (tanda mahu berjalan)
SEPULUH BULAN
- Mula memahami ‘tidak’ dan ‘bye-bye’.
- Mempunyai sifat-sifat lucu yang buatkan ibu bapa ketawa seperti meniup mulut sendiri
- Mula memahami banyak perkataan dan suka meniru bunyi
- Suka memukul objek dengan tangannya
- Suka mencari barang tersembunyi atas katil
- Berjalan dengan sokongan ibu-bapa
SEBELAS BULAN
- Melambaikan tangan untuk isyarat ‘bye-bye’.
- Mungkin dapat berdiri sendiri untuk tempoh singkat dan cuba bergerak beberapa langkah
- Meniru kata-kata yang mudah contohnya “no, no, no..no”
- Boleh mencari objek diruang tamu dengan mudah
DUA BELAS BULAN
- Boleh berdiri sendiri
- Mula boleh berjalan dengan sokongan atau dengan sendirinya
- Boleh mula makan sendiri dengan sudu
- Mula memahami arahan dan permintaan
- Mempunyai kebolehan untuk mengisi dan mengeluarkan permainan dari kotak.
- Boleh bermain permainan tolak dan tarik
Secara keseluruhannya, tahap perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut walaupun mealalui peringkat pertumbuhan yang sama. Pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak itu dipengaruhi oleh peranan ibu-bapa atau orang yang rapat dengan anak tersebut. Oleh itu amat penting untuk memastikan persekitaran untuk anak adalah selamat dan sentisa positif untuk anak anda membesar secara sihat dan sempurna.
JOM TEKA! Situasi Dibawah Ini Merujuk Tahap Perkembangan Bayi Pada Bulan Ke Berapa?
- Mula boleh menikmati permainan mudah seperti bermain air dibilik mandi
- Suka melihat dirinya di dalam cermin
- Boleh memegang botol susu sendiri
- Kebolehan berinteraksi dengan ibu bapa meningkat setiap hari
- Bayi anda sekarang dah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi yang baru.
- Bayi anda juga mungkin akan memeluk dan mencium anda
- Mengikuti dengan gerakan mata terhadap orang yang lalu lalang
Berikan komen jawapan mengikut jadual bulan tumbesaran bayi di atas.
Contoh Jawapan : Dua bulan
*** Kadang-kadang ibu atau bapa terlepas pandang peristiwa-peristiwa dan perihal tumbesaran anak-anak kerana kesibukan terhadap kerja. Lalu, ‘moment’ indah seperti gelagat anak comel itu tidak dapat dinikmati ketika mereka masih kecil.
***Pesanan buat diri sendiri, Semoga ku dipanjangkan usia untuk melihat anak-anak dan zuriatku membesar sihat didepan mata kami suami-isteri.
Seronok dengan artikel ini dan rasa ingin berkongsi pada pasangan dan rakan? Tekan butang share dibawah 🙂
** Ini photo sofia dengan gelagatnya. Love you bebeh!
*** Bersungguh-sungguh masukkan jari dalam mulut. Love this moment!
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA ARTIKEL INI
- Rahsia Tambah Susu Badan Dalam 24 jam
- Takutnya Sawan Tarik!
- 10 Tips Berguna Membawa Anak Keluar
- Wanita paling mudah berjihad