“Mama beruntung terpilih ‘pergi’ di Tanah Suci”

Insiden kren tumbang yang manjadi episod sedih menimpa jemaah haji baru-baru ini cukup beri impak pada seluruh umat islam dunia. Sayu rasa hati bila membayangkan suasana dan musibah yang melanda umat islam kita disana. Semoga roh mereka yang telah pergi, diberkati dan ditempatkan dikolongan mereka yang beriman dan matinya mereka itu dalam syahid. Al-Fatihah untuk mereka yang syahid.

al-fatihah

 

KUALA LUMPUR: “Kami reda. Mama beruntung kerana pergi (meninggal dunia) di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadat haji.

Bukan semua dapat merasainya,” kata anak mangsa, Rohana Ismail, 54, yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu.

Siti Hamimi Mohd Noor, 27, ketika dihubungi BH Online sebentar tadi berkata, dia mendapat tahu berita sedih itu selepas dihubungi bapanya, Muhammad Noor, 56, yang turut berada di Makkah kira-kira jam 11.30 malam tadi (waktu Malaysia).

 

Abah reda dan suaranya seperti biasa (tenang), abah pesan supaya kami adik beradik reda dengan pemergian mama.

Dia bagi tahu kami sepatutnya gembira kerana mama meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan haji.

Dalam hati saya sekarang hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diri ini, tidak sangka mama pergi begitu cepat,” katanya.

 

Allahyarhamah adalah antara empat jemaah haji Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu.

Jemaah lain ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37; Munah Jusoh, 73, dan Rusiah Suar, 56.Sementara itu, seorang jemaah, Abdul Muluk Ishak, 71, yang dilaporkan hilang sudah ditemui semula.

Selain itu, tiga lagi jemaah haji Malaysia yang masih belum dapat dikesan iaitu Shahidan Saat, 52, dari Kodiang, Kedah; Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Dalam kejadian jam 5 petang waktu tempatan itu, seramai 107 terkorban manakala 238 jemaah cedera termasuk 10 rakyat Malaysia.

Menurut pengurusan Masjidil Haram, Makkah, kejadian bermula dengan ribut pasir dan hujan lebat, menyebabkan kren tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie, menyebabkan sebahagian rangkanya jatuh di bangunan Sa’ie berdekatan mataf.

Sumber-BH

 



Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge