Kenapa Perlu Sambut Hari Ibu? 10 Mei Sambutan hari Ibu dan Hukum.

mother

Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu

Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya hari ibu akan disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei dan untuk tahun ini adalah pada 10 Mei 2015

KENAPA PERLU SAMBUT HARI IBU?

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa

Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut, sebaiknya lakukan perkara seperti berikut

  • Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
  • Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
  • Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya

Ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam

Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang bermaksud hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian

Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka

Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars

Selebihnya, saya memang tidak layak untuk menghuraikan mengenai hukum sambutan Hari Ibu

Terpulang kepada anda hendak sambut atau tidak. Jika mahu meraikannya hendaklah berlandaskan dengan Ilmu jangan main ikut sahaja apa orang lain buat

 Dipetik dari mysumber

…Namun bagi Anim, hari-hari adalah hari untuk memperingati ibu kita. Kerana tanpa ibu siapalah kita hari ini. Tanpa air susu daripada tubuh ibu kita, tidaklah kita hidup dan berada pada hari ini. 

Pada yang trlah tiada, marilah kita sedekahkan ayat suci Al-Fatihah buat mereka disana. 

 

Anda mungkin juga artikel dibawah

1. Rahsia tambah susu ibu 

2, Jihad wanita

3. Awasi anak anda ketika bawa keluar

Leave a Reply

CommentLuv badge