Kenapa Anak Sanggup Berlapar Dan Menagis Tanpa Ibu Di Siang Hari?

crying-baby-700x400

Tahukah anda, ada sesetengah bayi yang sanggup menangis dan berlapar, tak hisap susu disiang hari gara-gara ibu berkerja? “Eh ada ke?”

 

KENAPA ANAK SANGGUP BERLAPAR & MENANGIS SIANG HARI TANPA IBU?

 

Assalammualaikum. Artikel ini Anim tulis khas mengenang anak tersayang yang berada di rumah pengasuh.

 

Anda seorang ibu yang berkerja? Tentu hantar anak kerumah pengasuh atau taska kan? Anim pun setiap hari akan hantar puteri bongsu ke rumah pengasuh seawal jam 7 pagi. Maklumlah, ibu berkerja macam kita ni, terpaksa dipisahkan oleh waktu beberapa jam untuk melayani kerenah anak tersayang.

 

Baca pengakuan benar dibawah (nama dirahsiakan):-

Anak kedua saya sekarang sudah berusia tiga bulan. Yang menjadi masalahnya, dia tak mahu menyusu bila ditinggalkan di taska. Saya risau dia lapar dan selalu menangis hingga boleh mengundang kemarahan pengasuh. Saya pernah terbaca sebuah artikel dimana bayi akan berlapar semasa ketiadaan ibu pada siang hari dan menyusu sampailah kenyang pada sebelah waktu malam. Kenapa Jadi macam ni ya? Adakah ini perubahan normal pada bayi saya?

 

Pernah tak anda hadapi situasi seperti ini? Sejujurnya Anim pernah alaminya waktu anak pertama dulu. Manakala untuk anak kedua sekarang, hanya berlaku pada masa mula-mula nak hantar pengasuh saja. Alhamdulillah sekarang tak ada masalah lagi.

 

Adakah Ini Masalah Serius?

 

Bagi Anim, jika ia melibatkan soal anak, everything is serious mater , ni kata orang kampung saya. Mestilah kita perlu ambil tahu dan selidik punca dan sebab terjadinya situasi seperti ini bukan.

 

Tahukah anda, jika bayi anda Tak Menyusu pada siang hari dan lebih kerap pada waktu malam, tabiat macam ini kita panggil Reverse Cycling. Selalunya keadaan seperti ini akan berlaku apabila corak penyusuan normal bayi terganggu atas beberapa sebab.

 

Antara sebabnya ialah:-

 

  1. Bayi itu susah untuk beri tumpuan penuh waktu sedang menyusu. Biasanya akan berlaku apabila bayi itu sudah menjangkau usia empat bulan ke atas.
  2. Bayi yang terlalu aktif
  3. Si ibu terlalu sibuk pada waktu siang hingga kurang menyusukan bayi
  4. Ibu yang berkerja disiang hari

 

Bagi jenis ibu yang berkerja dan tidak ada banyak masa untuk mengepam apabila berada di pejabat , Reverse cycling  mungkin menjadi pilihan kerana mereka tidak perlu kerap mengepam. Perhatian! Reverse Cycling  sebenarnya tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan terhadap bayi dari segi Zat pemakanan dan tumbesarannya.

 

Tapi, dengan syarat bayi itu haruslah menyusu dengan kerap dan tanpa had apabila bersama ibunya pada waktu malam.

 

Jadi, berbalik semula pada soalan diatas, seorang ibu itu wajib memastikan pembuangan air kecil dan besar bayi adalah normal! Selain itu, pantau peningkatan berat badannya dalam keadaan yang baik. Ia penting kerana boleh dijadikan sebagai petanda bahawa bayi itu adalah berkeadaan normal.

 

penyusuan susu ibu menenangkan bayi

 

Antara tips yang boleh diamalkan ialah seperti berikut:-

  • Kena dapatkan tidur atau rehat yang cukup. Tidurlah lebih awal. Pastikan juga anda tidur bila bayi tidur masa anda berada dirumah. Selain itu, pastikan bayi tidur bersama anda atau letak di tempat berhampiran
  • Apabila bayi menangis, ia tak semestinya lapar. Mungkin bayi tak selesa, mengantuk hingga meragam atas sebab-sebab tertentu atau mungkin mengigau. Jadi praktikkanlah teknik menenangkan bayi. Kaedah menggendong bayi merupakan satu cara terbaik.
  • Pastikan stok susu ibu perahan yang disimpan (dibekukan atau sejuk) adalah dalam kuantiti yang mencukupi dan taklah terlalu banyak supaya tak membazir kelak atas sebab-sebab tak diduga, seperti ketiadaan letrik lebihh dari 24 Jam.
  • Banyakkan bersabar dan jangan terlalu stress. Anggaplah hal seperti ini sebagai suatu perkara yang positif di mana bayi lebih suka Menyusu Susu Badan ibu secara lansung berbanding menyusu menggunakan kaedah lain

 

Semoga info ini memberi kebaikan kepada anda  😉

 

Anda mungkin suka artikel dibawah

 



Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge