Ini Petua Banyakkan Susu Badan Ibu 99% Mudah, Halal & Berkesan

petua banyakkan susu badan ibu

Petua banyakkan susu badan

Petua Banyakkan Susu Badan Ibu

Petua ni kebanyakannya kita dapat dari orang dulu-dulu. Orang tua-tua..jadi sebab tu kita panggil petua kan! Dalam entri kali ni sekali lagi, ingin Anim kongsikan beberapa Petua Banyakkan Susu Badan Ibu yang boleh diamalkan supaya dapat mengatasi masalah susu badan kurang dan sebagainya.

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN? Iya, mesti anda selalu dengan cakap-cakap ramai orang fasal perkara ini kan.

Memandangkan kes ni bersangkut paut antara isu ibu dan kelahiran bayi yang baru, jadi tak salah Anim katakan isu ni sangat mustahak dan sensetif dikalangan para ibu yang menyusukan bayi mereka.

5 Petua Banyakkan Susu Badan Ibu

  1. Kerap Menyusu.

    Dengar sini… semakin kerap ibu susukan bayinya, semakin banyak air susu akan terhasil.Kenapa?

    Ini kerana ransangan sentuhan dari mulut bayi itu sendiri sebenarnya menggalakkan susu ibu dihasilkan. Jadi ajar bayi untuk lebih kerap menyusu.

    Susukan bayi anda antara 10-12 kali atau lebih dalam sehari. Ya dalam 24 jam!Bila buat macam ni, kita dapat meransang hormon prolaktif jadi aktif. Kesannya, susu badan ibu mudah terhasil.

  2. Makan 2 Jenis Herba Ini

    Ada 2 jenis herba ini sangat membantu kalau anda nak maintain susu ibu sentiasa ada dan bertambah.

    Walaupun ada beberapa lagi jenis herba dalam kategori rempah yang biasa orang gunakan dalam masakan, tapi memang tak boleh lawan dua jenis herba unik ini, Halba & Jintan Hitam (Habbatus Sauda).

    Selain buat masak kat dapur tu, jintan hitam dan halba ni memang sungguh berkesan menambah susu badan ibu jadi lebih banyak. Sekaligus pengeluaran susu juga akan berjalan lancar.Anda boleh dapatkan ia di kedai-kedai biasa.

    Misal kata anda membeli halba. Cucikan  halba tersebut dengan sempurna, kemudian keringkan ia. Simpan halba yang telah dikeringkan kedalam bekas yang bertutup.

    Lepas tu, nak makan sekali sehari pun boleh. Ambi lah sesudu jika perlu.

    Baca juga disini cara menyediakan Teh Halba.

  3. Minum Banyak Air Kosong

    Ya, minum air kosong dengan banyak jika anda dalam proses menyusukan bayi.

    Paling kurang harus minum 3 liter setiap hari selain amalkan pemakanan yang berkhasiat.Ada juga pendapat dan cakap-cakap orang mengatakan ibu menyusu perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih dalam sehari.

    Tapi, bagi pendapat Anim sendiri, perkara paling penting ialah minum mengikut keperluan tubuh.Proses menyusukan anak ini juga sebenarnya consume tenaga kita.

    Jadi air juga sangat mustahak.Sebab tu ada orang yang tekaknya cepat sangat rasa haus apabila breastfeeding bayi.

    Amalan minum air kosong ni memang paling popular. Selain untuk membersihkan organ dalam badan, ia juga salah satu petua banyakkan susu badan ibu yang selalu diamalkan.

    Anda juga boleh minum minuman lain seperti jus buah-buahan seperti oren yang kaya dengan vitamin C,  air kacang soya, susu kambing atau milk booster semula jadi ini yang boleh menambah susu badan.

  4. Makan Makanan Penggalak Susu

    Sebenarnya kalau ikutkan petua banyakkan susu badan orang zaman dulu, Selalu yang diamalkan ialah pemakanan tertentu supaya susu badan ibu bertambah banyak.

    Dalam masyarakat majmuk kita kat Malaysia ni pun, beberapa kaum terbesar dari kalangan kita ada amalan tradisi yang amalkan makanan special untuk tambah susu badan.

    Antara jenis makanan yang berkesan dijadikan petua banyakkan susu ibu contohnya seperti ulam-ulaman, peria, pegaga, jantung pisang, betik, buah longan, lobak putih,ikan yu dan banyak lagi.

  5. Sentiasa Berfikiran Positif

Emosi ibu sangat penting untuk dikawal. Pada peringkat permulaan proses penyusuan, Anim faham bila mana ada ibu yang cepat sensetif. Hati amat mudah sentap kan! Senang cerita jadi sangat fragile.

Ibu yang sentiasa ceria dan positif selalunya akan menghasilkan susu yang melimpah ruah. Itu yang sampai ada yang basah baju.

Formulanya begini. Apabila emosi ibu tenang dan gembira, hormon oksitosin akan terangsang dan saat ini automatik tubuh menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih banyak lagi.

So, keep a way segala perkara yang boleh undang diri rasa stress dan sebagainya.

 

Itu saja artikel untuk kali ni tentang 5 petua banyakkan susu badan ibu.

Namun Anim ingatkan. Walau apa pun perkara yang kita hendak lakukan, jangan pernah lupa minta izin dari Allah dan berdoa kepadanya.

Sekiranya ada kesilapan kita sesama makhluk, segera lakukan perubahan dan mohon kemaafan.

Kadang-kadang, ada khilaf kita yang menghijabkan segala penat usaha selama ini. Ia tak terhad pada soal kerja, soal pendidikan, soal duit semata-mata. Menyusukan anak ini juga masih dalam kategori rezeki kurniaanNya.

Okeh!

Terima kasih sebab baca artikel tentang petua banyakkan susu badan ibu ini sehingga habis. Anim doakan anda berjaya dalam memberikan susu ibu kepada bayi. Salam sukses!

PS: Nak tahu rahsia ibu kepada 8 orang anak ini berjaya selesaikan masalah susu badan kurang? -> Picit sini 

Comments

comments

6 Comments

  1. Anuar Jun 17, 2017
    • Anim Jun 18, 2017
  2. titan Jul 2, 2017
    • Anim Jul 3, 2017
  3. Saiful Sep 3, 2017
    • Anim Sep 7, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge