“Harap Muka Saja Lawa!” – Ibu Tiri Di Cekup Dera Anak Patah 13 Tulang

Ibu-Tiri-Kejam-Mendera-Anak

“Harap muka saja lawa! Tapi perangai macam **** ” – Ini lah luahan yang di lontarkan oleh segelintir rakyat malaysia di media sosial terutamanya facebook baru-baru ini berikutan kes dera yang menyedihkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.

 

“cantik orangnya. kalau tengok boleh bergetar tulang rusuk dengan wajahnya. Tapi sayang hati penuh nanah neraka”

 

nanah neraka

Di fahamkan kanak-kanak tersebut mengalamai kecederaan fizikal yang teruk dan patah 13 tulang. Dilaporkan juga oleh pegawai perubatan, anak kandung bapanya itu juga bakal mengalami cacat yang kekal. MasyaAllah!

 

Susulan kes dera oleh ibu tiri muda itu, beliau bersama pasangan iaitu bapa kandung kanak-kanak mangsa dera tersebut telah ditahan reman selama empat hari untuk tindakan selanjutnya. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Rantau Panjang, Kelantan.

 

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Pasir Mas, Rashid Mustafa, sebentar tadi. Bapa kandung dan ibu tiri kepada kanak-kanak tersebut yang masing-masing berusia 39 tahun dan 25 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa di hadapan restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu, kira-kira 9 malam kelmarin.

 

bapa

Bapa kandung yang tidak bertanggungjawab

 

Oleh kerana ia bukan suatu isu baru di Malaysia, kes penderaan begini menimbulkan rasa marah rakyat Malaysia yang prihatin dan mengejutkan segelintir yang tak senang duduk apabila kes seumpama ini masih melibatkan kanak-kanak dibawah usia yang masih kecil. Seorang budak yang tak berdosa mengalami trauma fizikal yang sangat teruk kerana sering didera sejak beberapa bulan lalu.

 

Setelah pemeriksaan oleh pihak hospital daerah Kota Bharu, kanak-kanak perempuan yang dipanggil “Yaya” itu disahkan patah 13 tulang termasuk 10 tulang rusuknya.

Ketka pantau yang dibuat, wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut. Kepalanya luka terkoyak manakala belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna.

begitulah keadaan fizikal Nur Zuliana Zaara Zulkifli 5, setelah dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.

Selain itu, sikap Nur Zuliana Zaara atau nama timangan “”Yaya juga bertukar menjadi pasif, pendiam dan antisosial, jauh berbeza berbanding perwatakan asalnya yang aktif.

 

“Ketika melihat keadaan Yaya yang serba daif, hancur luluh hati saya. Bayangkan, saya sendiri sudah tidak cam itu anak saya,” Rintih ibu kandung Yaya , – Sana Binti Abdul Malek

 

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 – : “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge