Haram Wanita Menyusukan Anak Begini!

Lama rasanya tak tulis apa-apa update diblog.

Maklumlah sekarang musim sekolah dah mula, dan pastinya Anim antara yang sibuk nak menguruskan modul-modul pembelajaran yang baru. Buku baru, kelas baru, dan pelajar-pelajar pun baru. Jadi banyak urusan yang perlu dipantau hingga tak menang tangan dibuatnya.

Apa pun, tak terlambat rasanya untuk anim ucapkan Selamat Tahun baru 2016 kepada anda.

Baru-baru ni, anim ada terbaca di media sosial berkaitan satu isu dan kontroversi seorang ibu menyusukan anak menaikkan statusnya di laman sosial.

Hampir tersembur juga nescafe ais dalam mulut bila terbaca status tersebut.

Tak cukup dengan itu, ramai rakyat marhaen terutamanya ibu-ibu rasa kurang selesa dengan tindakan ibu berkenaan memuat naik gambar yang menunjukkan moment menyusukan anaknya di khalayak ramai.

Hukum Menyusukan Anak Dikhalayak

Isu mula viral dan menjadi kontroversi apabila pemilik laman sosial yang berstatus popular mula menghentam dengan kata-kata yang kurang sedap dibaca. Mana tidaknya kalau perbuatan itu dah macam menjatuhkan martabat seorang wanita yang bergelar ibu.

BreastfeedingInPublic-880x400

Pandangan jujur daripada anim sendiri..

Hangat-hangat sebenarnya ulasan orang ramai tentang isu ibu breast feed anaknya yang tidak berfikir akan mencetuskan kesan tidak baik di  facebook baru-baru ini.

Anim sendiri pernah  terbaca satu ‘post statement’ daripada seorang anak muda lelaki ya!

Katanya bila dia nampak ibu yang sedang breast feed anak di kawasan awam (public) dia sangat teruja nak tengok.

Ya! Perasaan rasa nak  jeling-jeling dan mahu  lihat mulut bayi itu ketika sedang menyusu.

Sejujurnya, apabila membaca anim sendiri rasa kurang senang dan malu.

Kita semua tahu, yang menyusukan anak itu adalah salah satu jihad wanita. Namun, dalam keadaan dunia yang disimbah arus teknologi moden dan fitnah sekarang, pelbagai bentuk andaian dan spekulasi mungkin boleh terjadi tanpa kita sedar.

Bukan nak cakap menyusukan anak itu salah atau bahaya.

 

Tetapi…

 

Hati-hati lah kepada ibu diluar sana. Memang benar menyusukan anak anda  di tempat  awam adalah tak menjadi kesalahan undang-undang. Namun kalau ia sengaja dilakukan dikhalayak tanpa darurat, jangan lupa yang banyak mata sedang memerhatikan anda. Jadi, kena ada caranya.

 

Memakai ‘Nursing Cover’ adalah salah satu cara untuk elak daripada pandangan mata-mata liar .

Kita sama-sama perempuan.  Dah jadi ibu,  jangan lah mudah cakap yang perasaan malu itu terus hilang.

Kita tak tahu apa pemikiran lelaki hidung belang yang nafsunya satu itu agak susah untuk dikawal.

Kerana itu dalam islam, sifat malu itu perlu ada supaya menjadi salah satu benteng untuk terhindar daripada melakukan perbuatan jahat, dan mengelakkan dari fitnah dunia.

Menjawab Hukum Menyusukan Anak Sambil Posing Untuk Ditatap Oleh Khalayak

Ulasan dan perkongsian daripada Facebook status yang ditulis ini mungkin boleh menjadi iktibar kepada kaum wanita.

Daripada – Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung…

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب

Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور

Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور

Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم

Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi

Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita

maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi sayangi diri dengan sifat malu dalam diri

 

amran
Page popular ‘Amran’ pun ada menegur, tetapi bahasanya yang kasar mugkin buat kebanyakan ibu marah dan terkilan.

Apa-apa pun terus perjuangkan aktiviti penyusuan susu ibu kerana ia adalah hak anak???
P/S: Anak anim si Sofia hampir 2 tahun breast feed tak ada lansung tanda-tanda nak berenggang. Habislah kena cari idea putuskan susu pula lepas ni.

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Reply

CommentLuv badge