Guna Cara Ini Supaya Pensil Warna Anak Tak Mudah Hilang Di Sekolah

Assalamualaikum. Sebelum tu Anim nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 pada anda terutama kepada ibu bapa dan anak-anak. Kalau tahun lepas dah macam-macam ‘cobaan’ kita hadapi kan, inshaallah tahun ini lagi deras dugaan dan onak kena tempuh sepanjang 2017 yang bakal dilalui termasuklah nak pastikan bekalan Pensil Warna Anak Tak Mudah Hilang di sekolah.

Memandangkan ini 1st entri Anim pada tahun 2017, jadi selain nak say ‘Hi’ jadi elok rasanya anim buat artikel khas edisi anak masuk sekolah ni pada anda. Jangan serius sangat, keep calm and steady bak kat orang kampong hakak.

Orait…

So, awal tahun ni memang for sure ramai hantar anak masuk sekolah kan.. kan? Mesti berpusu-pusu duk geledah kelengkapan anak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bag sekolah, kasut, baju, alat tulis dan termasuklah kira-kira belanja harian anak.

Tapi hari ini Anim nak cerita pasal Pensil Warna. Lol penting sangat ke?

Yes!

Ye la, anda pun tahu kan zaman sekarang nak beli pensil warna jenama Luna pun bukannya murah. Harga berpuluh-puluh ringgit. Ada yang murah contoh Pensil Warna 1 Malaysia. Tapi memandangkan hasil ketelusan semasa mewarna menggunakan pensil warna biasa tu kurang menyerlah, pudar dan sayu. Oleh sebab itu, ramai juga ibu bapa sanggup belanjakan kepada yang lebih berjenama contohnya macam Faber Castle dan Luna.

Untuk anak bujang Anim yang baru masuk darjah satu kelmarin, memang Anim campur-campur beli alat  tulis dan pensil warna. Salah satu yang Anim sangat concern ialah Pensil Warna Luna kesayangan dia tu. Sebelum ni masa di pra-sekolah, setiap kali balik dari sekolah, mesti mengadu pemadam hilang, pembaris patah, dan pensil warna kawan pinjam (tak pulang) atau hilang.

Hmmm, memang geram juga sebab tak pandai jaga. Penat kita beli kan, nak beratur rebut-rebut waktu SALES lagi, alih-alih hilang macam tu je. Paling sadis tingal 2-3 batang sahaja. Alasan anak kecil ini, “Kalau tak bagi pinjam nanti kawan tu tak nak kawan kita”. Alahai

Tak apa, ni penyelamat dah datang..

Cara Selamat Pastikan Pensil Warna Tak Mudah Hilang Dan Sering Dipinjam Kawan.

Kat bawah ni Anim ada compilekan macam mana nak buat supaya pensil warna murid-murid di sekolah tak cepat hilang dan elakkan dari dipinjam oleh kawan-kawan.

Bukan sebab kedekut nak bagi, cuma nak didik budak-budak ni ada tanggungjawab dan hak kepunyaan, itu sahaja. Duit pun jimat tak adalah kena beli pensil warna baru setiap bulan. Okay check-it out.

Langkah #1

Pensil Warna Tidak Mudah Hilang

Pensil Warna Tidak Mudah Hilang

Sediakan bahan ‘basah’ dulu contoh yang anim guna ialah:

a) Glu gun

b) Tali

c) Riben

d) Pensil Warna (ni kalau tak ada, boleh beli sekarang)

Macam mana rupa Glu Gun? Rujuk gambar dibawah. Anim beli ni kat kedai runcit ‘sesak’. Boleh cari kat kedai yang jual bekas-bekas plastik, baldi, cebok atau rotan. Kira macam kedai pelbagai guna alatan am gitu. Sebab apa sesak? Kerana bila masuk kedai tu memang penuh dengan barang-barang sampai sesak nak jalan hahaha.

15877791_1055516971242506_680257328_o

 

Untuk tali pula, anda boleh guna macam-macam jenis. Tapi anim memilih tali jenis yang licin macam ni. Ada juga yang guna benang kait sebagai tali pengikat. Bagi Anim ia kurang sesuai sebabnya akan mudah terbelit dan bergumpal nanti. Anda juga boleh gantikan dengan tali kasut yang halus. Dekat DIY stor, banyak jual murah-murah =)

Langkah #2

Panjang tali yang digunakan ialah antara 4-6meter. Potong tali menjadi pendek-pendek lebih kurang 20-25cm. Setiap bahagian tali yang sudah dipotong itu, anda boleh letakkan dua (2) pensil warna pada setiap hujung tali tersebut.

15857809_1055517377909132_808121966_o

Langkah #3

Panaskan Glu Gun sambungkan pada sumber eletrik. Benda ni panas, jadi awasi anak-anak supaya tak pegang, nanti melecur kulit jari kalau terkena.

15909282_1055517341242469_1097464626_o

Tembak gam yang cair tadi pada hujung/pangkal pensil warna. Kemudian lekatkan tali pada batang hujung batang pensil. Mudah saja sebenarnya. Perlukan kesabaran dan ketelitian sedikit. Tali yang melekat pada pensil yang sudah digam ini akan mula sebati dan kuat dalam masa 1-2 minit. Jadi tak mudahlah ia tertanggal kelak.

Langkah #4

Teruskan dengan jumlah batang pensil warna yang lain. Jika ada 12 batang, maka sediakan tali secukupnya. Jika pensil warna ada 24 batang, maka pandai-pandai lah anda bajet berapa panjang tali yang sesuai perlu digunakan.

Langkah #5

Langkah seterusnya dan terakhir ialah proses untuk memperkemaskan hasil cantuman gam dengan tali tadi. Kira macam proses nak touch-up jugalah biar nampak kemas, cantik dan comel. Nanti cikgu tengok pun kagum diorang boleh buat kat anak mereka pula.

15857609_1055517354575801_1735421250_o

Gunakan reben berwarna yang menarik. Anim menggunakan reben yang memang dah siap ada gam. Jadi lebih mudah nak balut hujung pensil tu nanti.

Buat kerja ni, kena sabar. Sebab nanti akan ada yang terlebih sibuk contohnya macam adik kecik yang lain. Masa itu lah nak suruh mama buat susu, suap nasi dan macam-macam lagi. Curi lah sedikit masa supaya baby kecik tak ganggu proses kerja anda.

15877782_1055517324575804_1088244167_o

 

Taraaaa siap!

Inilah hasil selepas segala proses cantuman dan ikatan dibuat. Anda juga boleh gunakan KeyChain untuk ikat pada hujung tali sebagai pemegang. Lagipun kan nampak lebih kemas.

Cara macam ini sebenarnya lebih selamat dan jimat. Bayangkan jika sebelum ini, anak hanya bawa pensil warna dalam kotaknya sahaja, lama kelamaan kotak pensil warna tersebut akan lunyai dibelasah sebab tertindih dalam buku-buku bag sekolah. Itu belum kes, kena conteng dan koyak lagi.

15857325_1055517327909137_1626585014_o

Lepas sahaja dapat tahu cara supaya Pensil Warna Anak Tak Mudah Hilang yang kawan Anim rekomenkan macam ini, terus Anim beli barang-barang dan mulakan proses. Memang sangat membantu.

Jadi selepas ini, tak adalah kes anak mengadu pensil warna hilang, kena curi dan sebagainya. Andai kata ada yang pinjam sekalipun, mereka tidak boleh terus ambil sebatang dan buat-buat lupa nak pulangkan kerana pensil warna anak sekarang dah terikat antara satu sama lain hihi.

Layan photo-photo dibawah…

Pensil Warna Luna

Pensil Warna Luna

 

Pensil Warna Tidak Mudah Hilang

 

DIY Pensil Warna Tidak Mudah Hilang

Pensil Warna Luna Anak

Terima kasih sebab baca entri Supaya Pensil Warna Anak Tak Mudah Hilang ini , Jadi lepas ini boleh lah anda cuba dan buat supaya alat tulis especially Pensil Warna anak kesayangan tidak hilang terkapai-kapai mencari tuannya.

Kalau artikel ini membantu, tolong lah share sikit supaya ibu bapa kat luar sana pun boleh cuba.

 

Akhir kata, anim doakan anak-anak anda semua dapat belajar dan berjaya menempuh alam persekolahan dengan cemerlang pada tahun ini, inshaAllah.

Comments

comments

2 Comments

  1. Ikin Toddible Feb 26, 2018
    • Anim Feb 26, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge