Ini Kesan Anak-anak Yang Kena Dera…

lanyak-balik

Berikutan terdapatnya kes penderaan serta penyiksaan seksual terhadap kanak-kanak, Anim rasa kecewa dan terpanggil untuk menulis sesuatu yang mungkin tak penah anda terfikir atau bayangkan!

gadis 16 wajah

Siapakah gadis misteri ini?

AWAS.. BUKAN HENDAK MENAKUT-NAKUTKAN. TAPI IA PERKARA NGERI YANG BAKAL ANDA HADAP KELAK JIKA MASIH BERTERUSAN.

Kesan dari penderaan fizikal terutama terhadap anak-anak secara halusnya bakal menghasilkan suatu pengalaman trauma terhadap seseorang ketika melangkah alam dewasa kelak.

Yang menggerunkan ialah jika mereka ‘lanyak’ anda balik tanpa mengira siapa anda sebenarnya!

Baiklah, tak perlu rasanya untuk saya terangkan soal lanyak melanyak ini lagi. Sebaiknya anda fokus dengan apa yang bakal anda ketahui sekejap lagi. Salah satu daripada kesan derita seorang kanak-kanak yang masih tidak dapat dikupas dan di terima oleh masyarakat kita ialah berkaitan perubahan personalitinya yang sangat misteri.

Mungkin tidak ada sesiapa pun yang benar-benar mampu memahami dan menghurai masalah kepribadian.Ia bukan la kepribadian atau personaliti biasa. Tapi ia adalah “Personaliti Berganda”. Pernah ambil tahu?

Sebelum abad ke-20, gejala psikologi ini selalu dikaitkan dengan kerasukan makhluk halus seperti jin dan syaitan. Namun, para psikologi abad ke-20 ada yang tidak besetuju dengan fakta yang dilemparkan. Mereka mengkaji dan akhirnya menolak perkaitan itu lalu menyebut fenomena ini sebagai Multiple Personality Disorder (MPD). Kini,  nama itu dirasakan  tidak lagi sesuai  dan sekarang telah pun ditukar kepada nama baru iaitu, Dissociative Identity Disorder (DID).

DID atau kecenderungan mempunyai pelbagai karektor dalam diri (lebih dari 1 peribadi) dapat didefinisikan sebagai kecelaruan mental dimana seseorang yang mengidapnya akan menunjukkan adanya dua atau lebih kepribadian (alter) yang masing-masingnya memiliki nama dan karakter yang berbeza.

Mereka yang menghidap DID ini sebenarnya hanya memiliki satu kepribadian. Namun si penderita akan merasa seolah-olah memiliki banyak identiti seperti cara berfikir, kemarahan,emosi, percakapan,tata-bahasa (dialek) ingatan dan interaksi terhadap lingkungan yang berbeza-beza.Ianya sukar difikirkan logik dan tak masuk akal.

Walaupun  faktor penyebabnya tidak dapat dipastikan 100% lagi, namun  para penggiat (ahli)  psikologi telah  sepakat dan bersetuju dimana penyebab timbulnya kecelaruan berbeza ini ialah kerana rasa trauma dan pengalaman hidup ketika seseorang (penghidap) itu masih kecil.

Untuk lebih memahami bagaimana identiti yang banyak ini  boleh terbentuk didalam diri seseorang, maka terlebih dahulu kita harus memahami erti Dissociative (disosiasi).

Disosiasi

Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini:
contohnya ketika sedang bertanya mengenai sesuatu hal kepada rakan, tapi anda  menerima jawapan yang tidak berhubung kait  sama sekali dengan soalan yang di ajukan.
Begitu juga lah sebaliknya. Ia seolah-olah anda telah pergi jauh dan terpisah dari minda dan fikiran asal. Malah anda tidak berupaya untuk mengingatinya.

Disosiasi secara sederhana dapat di ertikan sebagai terputusnya hubungan antara fikiran, perasaan, tindakan dan rasa seseorang dengan kesadaran atau situasi yang sedang berlangsung.

Dalam kes-kes DID, juga terjadi disosiasi ini. Namun ia jauh lebih rumit dan sangat kompleks.

Teruskan membaca…

Proses terbentuknya personaliti pelbagai

Ketika kita dewasa, kita memiliki karakter dan kepribadian yang cukup kuat dalam menghadapi masalah-masalah kehidupan. Namun, pada kanak-kanak yang masih berusia di bawah tujuh tahun, kekuatan itu belum muncul sehingga mereka akan mencari cara lain untuk bertahan terhadap sebuah pengalaman trauma iaitu dengan Disosiasi.

Dengan menggunakan cara ini, seorang anak itu dapat membuat fikiran sedarnya terlepas dari pengalaman mengerikan yang selalu menimpanya.

Menurut Colin Ross penulis buku The Osiris Complex (1995), proses disosiasi pada anak yang menjurus kepada kelainan DID terdiri dari dua proses psikologi. Kita akan mengambil contoh penderaan seksual yang dialami oleh seorang kanak-kanak perempuan.

Proses Pertama

Kanak-kanak perempuan yang berulang kali mengalami penganiayaan seksual akan berusaha menyangkal serta membuang pengalaman ini di dalam fikirannya supaya boleh bebas dari rasa sakit yang luar biasa.

Ia dipanggil “out of body experience” yang membuat minda seseorang itu “terlepas” dari tubuhnya dan dari pengalaman trauma yang sedang atau telah berlaku. Seseorang itu berupaya merasakan rohnya melayang hingga ke langit-langit dan membayangkan dirinya sedang melihat kepada anak perempuan lain yang sedang mengalami penderaan seksual. Dengan kata lain, identiti baru yang berbeza telah muncul!

Proses Kedua

Ia melibatkan sebuah penghalang memori (mind blocking) kemudian dibangunkan antara kanak-kanak tersebut dengan identiti baru yang telah dicipta.

Sekarang, secara zahirnya sebuah kesedaran baru (identiti) telah terbentuk. Jadi secara ringkasnya penganiayaaan seksual tersebut tak pernah terjadi padanya dan si mangsa seakan tidak mampu mengingati apa apa pun tentang hal-hal lampau.

Apabila penderaan seksual terus berlarutan, maka proses ini akan terus berulang hingga ia akan kembali mencipta lebih banyak identiti baru untuk mengatasinya. Ia seolah-olah seperti penyelamat atau antivirus yang meruntuhkan dinding-dinding virus yang merobek sesebuah program.

Apabila kebiasaan disosiasi sudah sebati dalam diri si pelaku, si anak itu juga akan menciptakan identiti baru untuk hal-hal yang tidak berhubung dengan pengalaman trauma seperti pergi ke sekolah atau bermain bersama kawan.

Salah satu kes multiple personality yang sangat popular satu ketika dahulu , ialah kes Sybil yang memiliki 16 identiti yang berbeza!

sybil

Menurut pakar psikologi, jumlah identiti berbeza ini boleh berlaku lebih banyak pada beberapa kes. Malah hingga mencapai 100. Identiti yang terhasil itu masing-masing memiliki nama, umur, jenis kelamin, rasa, gaya, cara bertutur, minda, kecerdasan otak serta karakter yang berbeza.

Setiap karakter ini boleh mengambil alih fikiran diri sebenar seseorang itu dengan hanya dalam tempoh beberapa detik. Proses pengambilalihan ini disebut ‘switching’ dan biasanya tercetus  akibat situasi stress yang sedang di alami.

Ciri-ciri pengidap Multiple Personality Atau DID

Ketika membaca tadi,  mungkin anda segera teringat dengan salah seorang rakan sekolah lama anda yang suka mengubah-ubah penampilannya. Bagi anda, dia mungkin seperti memiliki identiti yang berbeza.

Atau mungkin anda teringat dengan salah seorang rakan yang biasa tersenyum, namun secara tiba-tiba berubah sebab dikuasai oleh emosi.

Ketika amarahnye membuak-buak, anda akan melihat wajahnya tiba-tiba berubah menjadi ganas seperti “serigala”. Bagi anda , ia  seperti identiti baru yang penuh dengan kemarahan yang telah menguasainya.

Apakah mereka itu pengidap DID?

Apakah mereka itu pengidap DID?

Jawapannya ialah pada identiti atau sikap baru yang meresapi kedalam perubahan penampilan atau emosi tersebut.

Contohnha anda mempunyai rakan yang suka mengubah penampilan atau sering mengalami perubahan emosi. Katakan lah Mr X. Jika ia mengubah penampilan atau mengalami perubahan emosi dan masih menganggap dirinya sebagai Mr X, maka ia bukan penderita DID.

banyak identiti

Untuk mengetahui lebih dalam bagaimana cara membezakannya, lihat empat ciri di bawah ini. Jika di dalam diri seseorang itu terdapat empat ciri ini, maka boleh dipastikan yang seseorang itu menghidap DID atau Personaliti berganda.

Ciri-ciri tersebut adalah:

1. .Harus ada dua atau lebih identiti atau kesedaran yang berbeza di dalam diri orang tersebut.

2. Kepribadian-kepribadian ini secara berulang mengambil alih perilaku orang tersebut (Switching).

3. Tidak mampu untuk mengingat peristiwa penting berkenaan dengan dirinya yang terlalu luar biasa untuk dianggap hanya sebagai lupa biasa.

4. Gangguan-gangguan yang terjadi ini tidak terjadi karana efek psikologi dari ketagihan seperti alkohol atau ubat-ubatan atau karana keadaan sakit seperti demam.

Dari empat point ini, point nombor 3 adalah sangat penting.

98% mereka yang menghidap DID mengalami Amnesia ketika sesebuah identiti muncul (switching). Ketika keperibadian asal berjaya mengambil alih semula, seseorang itu tidak berupaya untuk  mengingati apa yang telah terjadi ketika identiti sebelumnya berkuasa.

Walaupun sebahagian besar ahli psikologi telah mengakui adanya kelainan kepribadian ganda ini, namun sebahagian lainnya menolak mengakui kewujudannya. Ia seolah-olah tinhkgkah laku yang tidak siuman.

Mereka menolak berdasarkan pada kes Sybill yang popular pada suatu masa dahulu. Jom selidik kes tersebut…

Relax, kejap lagi habis

Kes Sybil Isabel Dorsett

sybil kajian

Salah satu kes paling terkenal dalam kejadian kepribadian ganda adalah kes yang dialami oleh Shirley Ardell Mason. Untuk menyembunyikan identitinya Cornelia Wilbur, seorang ahli psikologi yang menanganinya dan menulis buku mengenainya, menggunakan nama samaran Sybil Isabel Dorsett untuk menyebut Shirley.

Ketika  sesi terapi yang dilakukan oleh Cornelia, terbukti Sybil telah memiliki 16 identiti yang berbeza. Antaranya adalah Clara, Helen, Marcia, Vanessa, Ruthi, Mike (lelaki), Sid (lelaki) dan lain-lain. Menurut Cornelia, 16 identiti yang muncul pada diri Sybil berasal dari kesan trauma sewaktu kecil akibat sering mengalami penderaan oleh ibunya sendiri.

Kisah Sybil menjadi terkenal karana pada masa itu kelainannya itu masih belum difahami sepenuhnya. Bukunya telah menjadi best seller pada tahun 1973 dan sebuah filem turut dibuat mengenainya.

Namun, pada tahun-tahun berikutnya, kesahihan kelainan yang dialami oleh Sybil mula menjadi tanda tanya oleh para ahli psikologi.

Menurut Dr.Herbert Spiegel yang juga menangani kes Sybil, 16 identiti yang berbeza tersebut sebenarnya muncul karana teknik hipnotis yang digunakan oleh Cornelia untuk mengubatinya. Bukan hanya itu, Cornelia bahkan menggunakan Sodium Pentothal (serum jujur) dalam terapinya.

Dr.Spiegel percaya bahawa 16 identiti tersebut diciptakan oleh Cornelia dengan menggunakan kaedah hipnotis. Ini sangat mungkin terjadi karana Sybil ternyata seorang yang sangat tidak senonoh dan mudah dipengaruhi. Apalagi ditambah dengan ubat-ubatan yang jelas dapat membawa pengaruh kepada sarafnya dan terus bermain di minda.

Kes ini serupa dengan penciptaan false memory…

Pendapat Dr.Spiegel di sahkan oleh beberapa lain ahli psikologi dan beberapa individu lain. Peter Swales, seorang penulis yang pertama kali berhasil mengetahui iaitu Sybil adalah Shirley juga bersetuju dengan pendapat ini. Dari hasil kajian intensif yang dilakukannya, beliau percaya dimana penderaan yang dipercaya dialami oleh Sybil itu sesungguhnya tidak pernah terjadi!

Kemungkinan, semua ingatan mengenai penderaan itu (yang muncul karana sesi hipnotis) sebenarnya hanyalah ingatan yang ditanamkan oleh si terapi Cornelia Wilbur.

Jadi, bagi sebahagian psikologi, DID tidak lain hanyalah sebuah false memory yang tercipta akibat pengaruh terapi hipnotis yang dilakukan oleh seorang ahli psikologi. Tidak ada bukti kalau pengalaman traumat boleh terciptanya banyak identiti baru di dalam diri seseorang.

Menurut Dr.Philip M Coons

Hubungan antara penderaan atau trauma masa kecil dengan Multiple Personality Disorder sesungguhnya tidak pernah dipercayai sebelum timbulnya kes Sybil

Pengetahuan mengenai personaliti berganda ini banyak disusun berdasarkan kes Sybil. Jika kes itu ternyata hanya sebuah false memory, maka runtuhlah seluruh teori dissosiasi dalam hubungannya dengan kelainan semua personaliti tersebut. Ini juga bererti  kelainan pribadi itu sesungguhnya tidak pernah ada.

Perdebatan ini masih terus berlaku hingga sekarang dan saya percaya kedua pihak memiliki alasan yang sama kuat.

Jika memang DID benar-benar ada dan hanya merupakan gejala psikologi biasa, mengapa masih ada perkara yang masih belum boleh dijelaskan dan masuk akal oleh para ahli psikologi?

Hentikan penderaan! 

penderaan

Tahniah dah habis baca. Saya tak mahu membebankan hari anda dengan bacaan berat seperti ini. Sebagai hadiah anda mungkin minat untuk tonton sebuah siri melibatkan 100% DID yang di adaptasi ke sebuah drama asia. Serius ramai yang suka dan tak tidur malam untuk menghabiskan episod yang penuh dengan isu DID serta teori-teori fizik dan medik untuk mencari jalan mengubati penghidap DID. 

Cerita apa?

Nah..tengok sendiri

Peminat drama korea pasti sukakannya!

kill me heal me

Cara-tambah-susu-badan


Comments

comments

5 Comments

  1. leo Jun 29, 2015
  2. titan May 30, 2017
    • Anim May 31, 2017
  3. Azwan Jun 10, 2017
    • Anim Jun 10, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge