Masalah Susu Badan Kurang
Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Nak susukan anak pun ada ujian tau. Bagi ibu yang menyusukan anak, sedikit sebanyak pasti akan mengalami masalah susu badan kurang atau drop ketika dalam suatu tempoh waktu tertentu.
Ada banyak cara mengatasi masalah susu badan kurang/drop ni.
Baru-baru ni, salah seorang subscriber anim ada mengadu:
untuk pengetahuan anim, baby akak dah nak masuk 5 bulan. Anak akak masih menyusu badan. Sekarang ni akak berkerja dari jam 8pagi – 5ptg
Masalah sekaarang, akak rasa susu badan dah kurang. Setiap kali akak pam, kuantiti susu tak sama banyak antara sebelah kiri dan kanan. Yang kanan Alhamdulillah..tapi belah kiri sikit je.
Macam mana nak buat ya, sebab akak nak menyusukan anak hingga umurnya 2 tahun.
Cara Mengatasi Masalah Susu Badan Kurang Buat Ibu Berkerja.
Oleh kerana jawapan yang anim ingin reply agak panjang, jadi anim buat keputusan untuk tuliskan sahaja di artikel post dalam blog ini. Mudah-mudahan orang lain juga yang ada masalah susu badan kurang dapat manafaat.
Sebelum tu, anim nak ucapkan tahniah kepada puan yang bertanya. Kerana sangat prihatin pada penyusuan susu ibu dan ada cita-cita nak menyusukan bayinya hingga mencapai usia dua (2) tahun.
Bukan mudah ya sebenarnya. Mental dan hati kena strong. Harus ada sifat ingin berjihad dalam proses penyusuan anak ini.
Okay, bagi masalah susu badan kurang ni, anim akan cuba selesaikan base on pengalaman dan apa yang anim pelajari. Yang tak reti memang anim tak akan cakap ya! 🙂
Bagi masalah payudara yang tak sama banyak kuantiti susu, itu sebenarnya normal dan akan berlaku pada mana-mana ibu yang menyusukan anak.
Perkara terrrrpenting ialah memastikan susu ibu sentiasa ‘mencukupi’ untuk anak. Keyword dekat sini ialah cukup. Tak perlu banyak janji cukup buat bayi kerana perut bayi tidak besar.
Baca juga sini : Petua Tambah Susu Badan Dengan 7 Jenis Makanan Unik
Cara terbaik untuk pastikan air susu badan maintain dan sekaligus bantu naikkan hasil… apa yang penting harus dilakukan ialah akses/semak semula JADUAL rutin mengepam anda.
Allah akan beri apa yg cukup untuk ibu dan bayi dan bukan ape yg kita mahu/hendak.
Atasi Masalah Susu Badan Kurang Dengan Power Pumping.
Penting untuk umum tahu, Power Pumping (PP) perlu dibuat. Jadikan ia amalan. Bagi ibu yang serius, mahu menyusukan anak hingga tempoh 2 tahun atau lebih, PP ni sangat mustahak.
Beri masa sekurangnya 2 minggu untuk tingkatkan hasil sekiranya anda masih baru berjinak menysusukan anak dan mahu buat Power Pumping (PP).
Waktu Yang Terbaik Untuk Aktiviti Power Pumping (PP):
- Waktu kemuncak yaitu bila hormon prolaktin 2 kali ganda lebih tinggi dalam tubuh seorang ibu. Anggaran waktu antara 12mlm hingga 6 pagi.
- jika waktu tak mengizinkan, boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Selalunya kalau ibu menyusu alami keadaan susu drop, anim nasihat untuk bagun diawal pagi (sebelum subuh) untuk lakukan Power Pumping.
- Power Pumping (PP) boleh buat lebih dari 1 kali sehari. Namun, ikutlah kemampuan dan masa, asalkan boleh dilakukan dan jadikan rutin amalan.
Macam Mana Nak Buat Power Pumping?
Menggunakan Single Breast Pump
Pam side kanan selama 10 minit. Lepastu tukar pam kiri pula 10 minit.
Kemudian tukar semula dan ulang semua proses pada kedua-dua belah payudara. Cukupkan masa 30 minit sebalah kanan, dan 30 minit sebelah kiri.
Jika Menggunakan Double Breast Pump.
Pam serentak payudara anda sebelah kiri dan kanan dalam masa 10 minit. Kemudian rehat sekejap 10minit.
Minum segelas air suam/air kosong. Kerana menyusukan anak atau proses mengepam ini akan buatkan badan cepat mengalami Dehydration.
Cukupkan kedua-dua belah proses pam selama tempoh 30 minit. Lakukan dalam sejam. 30 minit extra lagi tu adalah untuk rehat, atau lakukan solat di pejabat. Total semuanya 1 jam.
Kosongkan Payudara
Kerapkan untuk MENGOSONGKAN payudara. Tidak kisahlah samada melalui hisapan bayi atau melakukan power pumping.
Semakin cepat payudara kosong, semakin cepat dan banyak jugalah hormon bertindak dan berkerja untuk hasilkan air susu.
Selain itu, amalkan juga untuk makan makanan yang berkhasiat dan sayuran hijau. Senang cerita, makan ikut piramid makanan inshaAllah Masalah Susu Badan Kurang dapat diatasi!
Harap bermanfaat. Silakan share jika anda suka info di artikel ini.
PS: Selain minum air suam 1 liter sehari, tolong banyak minum susu juga untuk kesan lebih baik. Kalau tak suka, cuba sampai suka ya! 😆
nak pam kena rajin. ummi sekarang dah 1 tahun, x sempat nak pump, mlm jer bf.
umminani recently posted…Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash – Sunway Lagoon Theme Park Pilihan Kami
Ya Ummi.
Harus ada disiplin, dan rajin kalau bab mengepam ni. Tapi kalau hati ceria ada bunga-bunga, mindset pun wangi…tak pam pun susu badan boleh meriah 🙂
Anim recently posted…Cara Mengatasi Masalah Susu Badan Kurang ‘Drop’
info ini amat menarik..cuma wife saya dah tak de anak kecil lagi ..
tak pe..untuk pengetahuan umum sahaja..
Hero Borneo recently posted…10 Tip Usahawan Dari Tony Fernandez
Terima kasih, Alhamdulillah. Nanti bila dah ada baby baru dan rancang untuk full BF, boleh cuba 🙂
hye anim…nak tanya..pnah cuba pam susu..tp x kluar..mgkin krn sy x tahu teknik pam susu yg betul. dan sekarg sy berkerja..bkn sbgai alasan utk tdk pam susu. tp sy mmg x pam agk lama..sekarang susu berkurang. masih ada peluang ke utk sy cuba utk menambah susu badan? ank sy ni yg pertama dan baru berusia 5 bln. sy juga sejak2 nih beremosi agk kurang baik. sy x dpt nk berfikir positif dan membayangkan perkara yg membahagiakan. krn sy x merasa perkara yg bhgia. tp sejak ank mula merengek sblom tdo, sy khuatir dan mula berfikir akan kekurangan susu badan. masih adakah peluang sy utk menambah susu badan. bole kongsikan tips >??
Hi puan. Terima kasih sebab bertanyakan soalan. Sebenarnya semua ibu dan termasuk puan masih berpeluang untuk jayakan proses penyusuan anak ini.
Emosi, minda, faktor kesihatan dan pengaruh persekitaran juga mempengaruhi tindak balas dalam menghasilkan susu ibu. Apabila seseorang ibu yang mengalami kerusakan emosi, ini secara tak lansung akn otak mengeluarkan signal yang tidak baik. Dalam masa yang sama, segala aktiviti rembesan hormon cthnya hormon prolaktin dan oksitosin tak berjaya dihasilkan dengan banyak. 2 hormon ini mainkan faktor mustahak kepada ibu menyusu.
Jadi, anim sarankan untuk start semula mengepam atleast 3 jam sekali utk dapatkan balik semula ransangan itu. Payudara ibu ni, kena selalu ada ransangan yang dipanggil demand for supply.
Jika tiada demand macam mana susu ibu akan keluar? Anim cuma risau lama-lama nanti akan tersumbat terus.
Harap membantu