Cara Elak Susu Badan Kering Ketika BERPANTANG

Jika Anda Mengalami Masalah Susu Badan Kering Terutamanya Waktu Sedang Berpantang, Anda Sedang Berada Ditempat Yang Betul. Luangkan 5 Minit Bacaan Untuk Bantu Masalah Anda.

Cara Elak Susu Badan Kering

Assalammualaikum wbt. Di harap apa yang Anim tulis ini dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah susu badan kurang. Anim percaya, kebanyakan orang especially ibu yang lepas bersalin pasti akan mengalami masalah demikian. Anim juga tak terlepas daripada semua ini. 

Sebelum tu, Anim nak berkongsi pada ibu-ibu semua macam mana sebenarnya susu ibu boleh terhasil. Oleh sebab ramai mak-mak budak yang tak terdedah pasal penghasilan susu ini, jadi Anim just ceritakan serba sedikit seringkas yang mungkin. 

Selalunya, penghasilan susu ibu ini berlaku seawal kelahiran. Ada juga yang 2 bulan atau sebulan sebelum bersalin dah terhasil susu di payudara.

Okay, sekarang apabila selesai melahirkan bayi, masalah utama ibu-ibu adalah menyusukannya. Kalau silap sikit je, maka bersiap sedialah hadapi masalah susu badan kering masa tengah berpantang tu. Stress usah cakaplah…

buat duit kerja dari rumah

BIMBANG MASALAH SUSU BADAN KERING?

Sebenarnya, pada minggu pertama bayi dilahirkan, jangan stress atau sedih apabila susu badan kita tak banyak dan memancut-mancut keluar.

Kenapa?

Sebabnya pada ketika itu, hanya kolestrum saje yang terhasil. So chill dont upset ya wahai ibu kalau tengok baby kerap sangat nak menyusu. 

Jika seorang bayi pada awal minggu kelahiran kelihatan kerap untuk menyusu setiap beberapa minit, jangan mudah stress jika susu masih tak banyak. Sebenarnya ia bukanlah lapar sangat, tetapi oleh kerana susu ibu ini sangat mudah dihadam. So its normal, bila mudah hadam, jadi cepat kenyang dan cepat lapar semula.

Bagi bayi yang munyusu formula pula, selalunya bayi akan lambat untuk minta susu dari ibu. Ini kerana susu formula agak susah sikit untuk hadam, ambil masa sikit.

Maklumlah, perut bayi masih kecil saiznya. Jadi bayi yang  diberi susu formula ni lambat lapar semula, tetapi ia tak digalakkan kerana tidak baik untuk usus bayi sebab belum matang untuk memproses bahan yang lambat hadam oleh perut yang kecik nonet tu.

CARA ELAK SUSU KERING BADAN WAKTU BERPANTANG

1. Kena betul-betul paham bab ni, Perut bayi yang baru lahir ni kecik sesangat, Banyangkan sebiji guli sekarang. Haa besar tu lah perutnya, So memang cukup susu kita hasilkan walaupun tak sampai tahap memancut dan meleleh.

Tengok gambar ni.

size perut bayi

2. Sekarang, anda sudah pun faham, bahawa susu ibu ini sangat mudah dihadam oleh bayi. Oleh sebab itulah bayi cepat meminta susu dan kerap menyusu. 

3. Harus faham konsep Suply and Demand. Kalau baby anda dah merengek nak menyusu, cepat-cepat bagi dan terus susukan dia jangan ditangguh-tangguh.

Selepas selesai bayi menyusu, sila pam dan pam breast uolls untuk pastikan dah betul-betul kosong breast kita tu . Ini kerana bila dah kosong, OTAK kita akan segera memberi signal untuk menghasilkan susu semula.

4. Bayi yang baru lahir terus tidur? Ok ini normal ya bagi bayi yang ibunya ambil Epidural waktu bersalin hari tu, atau baby yang kena Demam kuning teruk (Jaundice).

Jadi, ibu-ibu perlu memerah susu menggunakan kaedah MERMET! Ok ini perahan guna tangan jer, tak ada yang luar biasa, Tapi kenapa guna tangan? Kenapa tak guna pam? Tak boleh ke?

Kaedah mermet dicadangkan kerana ia terbaik untuk payudara adalah pertama, dari bayi sendiri

Kemudian barulah di bolehkan untuk perahan menggunakan bantuan alat pam tangan yang uolls beli tu. Perah dan simpan untuk bayi.

5. Jangan sesekali, kenalkan bayi anda dengan susu formula di awal minggu kelahiran. Kebiasannya jika dah diberi, ia akan menggangu rutin dan penerimaan bayi terhadap susu badan seorang ibu.

Macam Anim dulu dan sekarang, memang tak pernah beli susu fm untuk si Sofia tu, JIMAT! Ha nampak tak kat situ sedikit kelebihan. Bukan apa, kena ingat balik yang perut baby ni kecik sayang oi, besar guli..ayoyo.

940x430_slide_01

6. JANGAN bagi botol susu pada peringkat awal kelahiran. Ini memang pantang kalau di hospital-hospital tau!

Kalau tak boleh lansung nak susukan bayi secara direct, gunalah kaedah “spoon feeding” iaitu beri minum pakai sudu. So cara ni dapat elakkan bayi keliru tau “nipple confusion”. H.. so awas okay.

7. Keep In mind, sentiasa bersyukur kepada Allah dengan susu badan yang dikurniakan.

Tak kisahlah sikit atau banyak. Inshaallah akan di limpahkan nikmat jika kita sentiasa tenang dan besyukur kepadaNYA dan susu badan pun boleh bertambah apabila kita tak STRESS memikirkannya.

Baca sini : Cara tambah susu badan ibu mudah & berkesan

Harap artikel ini dapat memberi manfaat serba sedikit kepada ibu yang mengalami masalah Susu Badan Kering

PS: Susu badan kering bukan masalah jika tahu caranya. Yang ramai menangis sebab stress ialah disebabkan culas untuk menyusukan anak dan malu.


  

Leave a Reply

CommentLuv badge