Cara Didik Anak Jadi Pintar

Ini Cara Didik Anak Jadi Pintar

Ini Cara Didik Anak Jadi Pintar

Mungkin kita rasa tak perlu untuk dijentik dan dinasihati dalam proses besarkan anak. Ye lah anak sendiri, tahulah kita macam mana nak handle kan! Namun percaya atau tak, bukan semua orang yang konon tahu itu sebenarnya benar-benar hadam dan ‘kunyah’ bagaimana Cara Didik Anak Jadi Pintar lebih-lebih lagi dalam arus silibus pendidikan yang semakin susah di sekolah sekarang.

Ini Cara Didik Anak Jadi Pintar

Sebelum ini Anim ada berkongsi postingan di sosial media facebook berkaitan tajuk tips didik anak pintar. Alang-alang menulis, kali ni sengaja terbitkan pula dalam edisi blog dengan gaya bahasa yang mudah untuk kesesuaian pembaca blog gerobokanim.com.

Jadi, harap anda dapat baca input yang Anim sampaikan dengan tenang dan hati terbuka. Bukan apa, ada ribuan, malah jutaan ibu bapa diluar sana yang memang dah pun tahu TEKNIK ini. Malangnya benda ini dipandang enteng.

Ya tak semua yang ingin amalkan. Ish-ish…

Bagaimana cara didik anak jadi pintar dan kelak mampu jadi manusia yang berguna? Baca no 1 hingga 4 sekarang.

  1. Jika mahu anak cepat bercakap

    Lumrah anak kecil, awal perkataan yang mereka tahu ialah “mama”, “papa” dan lain-lain berkaitan orang terdekat dengan mereka.

    Namun membuatkan mereka supaya cepat dan cekap untuk bercakap kelak, anda sebagai sebagai ibu bapa lah yang sepatutnya mula berbicara dengan mereka. Sila bercakap dan berbual selalu dengan anak.

    Adalah amat dilarang sema sekali menggunakan bahasa-bahasa pelik, bahasa alien atau acah-acah pelat ketika berbicara dengan si kecil. Ini pelajaran pertama dan pendedahan awal bagi manusia kecil tersebut. Setiap didikan daripada anda itu sebenarnya akan diprogramkan oleh sel-sel neuron otak dan minda anak.

    Oleh itu, bercakaplah secara normal kepada anak kecil walaupun mereka baru berusia dua hari.

  2. Mahu anak pandai membaca?

    Mak ayah tentu bangga bila anaknya cekap membaca dan lancar. Dapat pujian dalam kelas semasa ditadika dan sekolah kan. Namun harus ingat, beli buku yang beraneka jenis BUKAN jaminan untuk anak pandai membaca dan jadikan anak pintar.

    Tidak sama sekali. Saya juga hairan dengan fahaman sesat begini. Umpama kita mempunyai banyak koleksi tudung, tapi hanya selai dua saja yang disarung dan pakai. Yang lain simpan hingga timbul seinci tebal habuknya.

    Sebaiknya kita ibu bapa tunjukkan teladan yang baik. Berikan mereka contoh untuk ikutan yang membina. Contohnya, kalau mahu menarik minat anak membaca, selepas dari fasa pemilihan buku dan bahan bacaan, duduklah temani mereka untuk membaca bersama-sama.

    Anak-anak kecil kita sebenarnya akan lebih rasa seronok dan dihargai. Kesan dari ini akan seimbangkan juga emosi anak terhadap persekitaran dan mereka tahu yang ‘mak ayah’ sangat mengambil berat urusan mereka. Nah secara tak langsung ia cara didik anak jadi pintar tanpa anda sedari.

  3. Didik anak minat & celik Matematik

    Tahun 2017 adalah sangat mencabar. Bagi sesi persekolahan, ia cabaran besar buat murid-murid dari usia 7 tahun untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.

    Ini termasuklah dalam pembelajaran elmu hisab atau Matematik. Silibus masa kini bukan lagi seperti zaman kita. Mereka kini punya Abakus, Number bonding dan pelbagai lagi trik soalan math yang sangat memenatkan otak anak.

    Sebagai persediaan awal, ransanglah daya fikiran anak kecil kita setiap hari. Ya setiap hari kalau boleh!

    Dedahkan mereka dengan mengenal angka, nombor, simbol yang berkaitan Matematik. Kenalkan juga mereka dengan nilai duit dan matawang. Ajar mereka untuk mula menabung. Ia aktiviti sihat selain didik anak jadi pintar. Kenapa?

    Jap, baca terus kupasan Anim tentang ini…

    Sesekali latih anak untuk feel indipendent. Latih mereka beli ais krim sendiri dekat kedai. Temani mereka jangan tinggalkan. Kaedah ini juga akan jadikan anak lebih berani kelak. Untuk hal tabungan tadi pula, dengan memupuk sikap murni anak supaya manabung, anak akan timbul satu minat untuk mengira perihal sesuatu nilai.

    Bukan saja kira batang ais krim, malah mereka akan seronok mengira hasil tabungan.

    Tampal SIFIR pada dinding bilik anak.
    Tampal SIFIR pada pintu bilik anak
    Tampal SIFIR pada bekas pensil anak
    Tampal SIFIR atas meja ‘study’ anak

    “Ehh kak Anim, kan dekat belakang buku tulis harian anak dah ada sifir tu semua kan, buat apa nak susah-susah macam ni?”

    To be honest , berapa kali mereka (anak) belek keluar buku dari bag pun anda tak tahu kan.

    SET-SOALAN-PTT-2017-MEI

    Klik untuk miliki set soalan exam sekolah anak

  4. Anak yang pintar ialah anak yang baik, solat & taat

    Bila sentuh isu ni pada anak-anak kecil, ibu bapa yang wajib lakukan terlebih dahulu. Tak boleh tidak! Cara didik anak jadi pintar tidak terhad atas usaha duniawi semata-mata.

    Role model anak-anak ini bukan orang lain. Tapi ibu bapa seperti anda. Ya kitalah.

    Sebab itu ada pepatah berbunyi, kalau bapa borek anak rintik, gituuu.

    didik anak solat

     

    Nabi junjungan besar kita juga berpesan supaya suruh dan ajarkanlah anak kecil bersolat seawal usia 7 tahun!

    Selain tu, berikan juga makanan dari hasil yang baik kepada anak-anak. Makanan yang baik, halal dan sumber yang bersih bukan saja dapat membentuk rohani, sikap dan perilaku seseorang, malah juga akan lahirkan akhlak dan akal fikiran yang bermutu buat si anak jadi pintar dan cerdik.

Serius Nak Anak Jadi Pintar & Cerdik?

Ibu bapa juga perlu korbankan MASA untuk dikongsikan sebahagian waktu tersebut bersama anak-anak.

Jika boleh, ketepikan dulu telefon pintar anda tu, fokuskan kepada mereka sekejap. Tutuplah seketika televisyen sekiranya sedang mengajar anak silibus pelajaran sekolah atau ketika anak sedang khusyuk buat homework atau baca buku.

Dapatkan juga Ebook Rahsia Anak Pintar ini kerana ia sangat berguna untuk rujukan anda.

Akhir sekali, sebelum habis… paling penting.

Jangan lupa DOA buat si anak.

Doa dari anda ibu bapa adalah sangat-sangat diperlukan untuk sikecil membesar jadi insan berguna, bukan saja perlukan kaedah moden dalam cara menjadikan anak pintar,  malah ia lebih berkat dengan iringan doa suci dari anda.

Terima kasih kerana luangkan masa baca artikel cara didik anak jadi pintar ini.

Semoga bermanfaat.

 

PS: Jangan herdik anak, jangan maki anak dan jangan buli anak. Sekali kau buat, kau akan ketagih dan itulah punca sel otak anak rosak dan jadi lembab. Take note. Tak caya sudah!

Comments

comments

2 Comments

  1. Abdul May 4, 2017
    • Anim May 7, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge