Wanita Yang Bertubuh “Gempal” Tak Perlu Rendah Diri Untuk Memilih Tudung.

Tips-Pakai-Tudung-Untuk-Wanita-Berisi

Semenjak popularnya pelbagai versi tudung sekitar dua tahun kebelakangan ini, pelbagai variasi dan design boleh kita lihat silih berganti mengikut arus fesyen dunia tudung muslimah. 

Anim sendiri pernah suatu ketika sangat gemar memiliki koleksi tudung berjenama yang hangat pada masa itu. Tak perlulah untuk saya sidaikan cerita memborong kepelbagaian tudung disini kerana bila difikirkan, sekarang dah bersawang koleksi tudung ku tergantung 🙂

tudung AJ

Bila sebut mengenai tudung, golongan wanita boleh menjadi rambang mata dan sekaligus tak loket untuk berbelanja untuk menggayakan bermacam jenis design tudung. Antara yang popular jenis tudung bawal, tudung dari koleksi Fareeda dan kini yang semakin popular koleksi Aidijuma. Terbaru tudung si gadis comel Mia Ahmad kini menjadi fenomena, (tudung Yuhanis). Wah kalau boleh rasa nak pulun semua design-design yang cantik ini.

Namun sebagai wanita kita harus terlebih dahulu mengenal pasti beberapa “skill”  memlilih corak dan konsep tudung yang bersesuaian dengan diri kita. Awas tak semua tudung itu sesuai untuk kita pakai walaupun tudung itu berkualiti dan bernilai ratusan ringgit. Kadang-kadang tudung yang nilainya RM10 lebih anggun di padankan dengan seseorang itu.

TIPS MEMAKAI TUDUNG WANITA 

Sudah semestinya untuk menjaga penampilan diri selain menutup aurat seperti yang diwajibkan, pemilihan dalam pemakaian tudung harus disesuaikan dengan ciri-ciri yang sopan supaya tidak lari dari konsep yang dituntut oleh hukum. 

Peranan tudung adalah sama pentingnya dengan pakaian semasa kita. Ia harus diberikan perhatian terutama sekali dari sudut pemilihan saiz, warna, corak dan juga ikatan. Salah corak, maka suram lah anda kelihatan pada hari tersebut. Salah ikatan, maka rimaslah jadinya nanti kerana tidak rasa selesa. 

Pemilihan tudung yang salah boleh mencacatkan penampilan. Rata-rata golongan lelaki adakalanya lebih bijak menilai apabila melihat wanita menggayakan jenis tudung itu. Serius! Jangan tak tahu ya. Malah, tiada sebarang fakta yang perlu di jadikan isu samada si pemakainya seorang wanita berisi ataupun bertubuh kecil. Jadi untuk membantu anda supaya ‘lebih kena’ dan menjadi penyejuk mata bagi orang yang melihat, ada beberapa tip memilih tudung yang betul dan bersesuaian berdasarkan panduan dibawah.

1. Pemilihan fabrik atau kain yang salah akan memburukkan keadaan. Jadi disarankan pilihlah tudung daripada fabrik jenis cotton voile, cita campuran, vircose, sutera, sifon atau georgette.

2. Saiz tudung yang dipilih bergantung kepada bentuk wajah seseorang itu. 

3. Tudung yang lebih besar sesuai untuk wanita bertubuh besar. Untuk yang bertubuh kecil, digalakkan menggunakan tudung yang bersaiz tidak melebihi satu meter.tudung yuhanis

4. Faktor motif, bahan hiasan dan warna benang yang terlalu tebal atau bercorak besar pada tudung adalah lebih cantik sekiranya berada di sekitar border atau jauh di kawasan wajah. Saiz motif harus kecil agar wajah tidak tenggelam atau kelihatan “over powering”. Seelok-eloknya guna corak bunga yang samar-samar.

5. Sebaiknya, gunakanlah tudung daripada waran sedondon, baik dari segi warna atau corak yang senada dengan sepasang baju. Penampilan anda tidak akan kelihatan canggung apabila menggayakannya.

6. Warna pada pakaian dan tudung amatlah penting dalam menghasilkan suasana atau mood. Awas! Warna tudung seharusnya lembut dan tidak keterlaluan hiasan. Manakala corak pada kain tudung haruslah samar-samar.

7. Wanita yang berbadan kecil harus mengelakkan warna gelap atau kusam. Warna gelap boleh memperlihatkan bentuk badan yang kecil. Manakala pilihan warna lembut atau cerah memberikan penampilan lebih besar dan menawan.

8. Bagi wanita bertubuh besar atau berisi pula, boleh menggayakan tudung dari warna-warna yang cerah. Anda tak digalakkan menggayakan tudung dalam warna gelap melebihi warna cerah. Terlalu banyak warna gelap akan menghasilkan penampilan yang tidak menarik. Anda akan jadi invisible. Oh tidak! 

9. Tudung yang berunsurkan kilauan atau yang mempunyai permata gerek mahupun benang sulaman amat sesuai pada waktu malam sahaja, seperti menghadiri majlis keraian dan sebagainya. Warna polos dan lembut dijadikan warna korporat dan warna lain boleh dijadikan warna kasual atau santai.

10. Ikatan tudung boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Namun ia bergantung pada keadaan. Ikatan yang ringkas dan praktikal sesuai untuk mereka yang berkerja atau menghadiri majlis.

11. Pastikan anda memakai anak tudung sebelum menggayakan tudung yang baru di beli itu. Ini bagi mengelakkan anak rambut daripada kelihatan, bukankah tidak manis. Ia juga akan berikan anda kelihatan bergaya dengan lebih kemas, anggun dan kelihatan rapi . Malah ia juga bertujuan menutup cacat cela si pemakai tudung. 

Seperkara lagi..

fesyen tudung melly

Elakkan menggayakan tudung dengan gaya yang melampau. Ini bukan saja tidak digalakkan dalam agama, malas ia tidak akan berikan anda kelihatan cantik bahkan kurang enak dipandang. 

Sedikit tips pemakaian keronsang pada tudung. 

1. Keronsang yang bulat atau memanjang sesuai digayakan dengan tudung yang penuh dengan corak.

2. Untuk kelihatan lebih menarik, keronsang diletakkan di atas selangka. Tidak digalakkan hanya meletakkan di hujung bahu kerana ia akan menampakkan saiz pemakai yang besar. 

*** Suka dengan artikel ini? Kongsikan dengan rakan baik anda.

Leave a Reply

CommentLuv badge