Bukan Senang Jadi Mak Atau Ayah Ni…

anak bijak

Ya bukan senang kita nak jadi mak ayah ni. 

Ada proses yang kena lalui sebelum bergelar ibubapa. Jadi, tak ada istilah nak cuba-cuba jadi mak atau ayah. 

Hari ni nak jadi, esok tak nak. Memang tak ada, nehiii babuji. 

Kalau ikut perkiraan tahun, anim dikira baru 7 tahun juga lah bergelar Ibu. Anak yang sulung dah pun masuk darjah 1 (7 tahun).

buat duit kerja dari rumah

Alhamdulillah sihat tubuh badan, pandai suap nasi dan dah pandai beli ais krim batang kat rumah jiran sebelah. 

Tapi yang peliknya, masa anim kecik dulu…satu habuk perkara pun tak ingat apa yang ku buat waktu seusia anak sulung sekarang ni. Mungkin anim dah tua, kerja banyak dekat sekolah dan mungkin faktor cuaca yang tak menentu kadang-kadang hujan, sesekali panas terik membahang. 

Hari ni seperti biasa permulaan hari. Maklumlah hari Isnin agak kelam kabut nak pergi kerja. Maaf kepada anak sulung sebab hari ni ibu mu tak berjaya memasak untuk bekalan sekolah hari ini. 

Cukup rasanya duit belanja yang dah mama dan papa beri untuk harian. Penat juga mengumpul duit syiling  hampir RM400 kemudian nak dicairkan dalam bentuk wang kertas bukan main susah. Banyak juga la drama tolak menolak dari pihak bank, nak terima atau tak. Syukur akhirnya berjaya juga itupun nasib suami ada kenalan rakan yang bekerja di Bank. Dapatlah cairkan duit syiling dalam notes kertas seringgit untuk buat belanja anak sekolah hurreyy! 

Baca juga sini: Cara bijakkan minda anak

Sekarang perlu memenuhi urusan ‘checkup’ bagi anak kedua pula. Terpaksalah ambil cuti sekejap keluar dari sekolah bawa anak ke klinik kesihatan. 

Start enjin, sampai depan pintu pagar sekolah terus pecut ambil adik dari rumah pengasuh. 

Rindu kat si comel tu walaupun baru beberapa jam saja berpisah. 

Sampai rumah, siap-siap semua pekakas, buku merah, air botol sejuk, tukar baju anak dan lain-lain. Cuaca panas terik. Adik pula sedap duk meratah sambal hitam sorang-sorang dalam kereta. Walaupun pedas tapi dia suka sangat. Ya kedua-dua anak anim memang dari kecik gemar makan makanan yang pedas-pedas. Untung rasa badan sebab tak perlu masak menu asing-asing bila satu keluarga makan.

Kerja tak habis lagi. Kejap lagi kena patah balik ke sekolah. Budak-budak KV tak boleh tinggalkan, nanti kelaut diorang berlayar. Terus menuju ke klinik dan tunggu Q. Alhamdulillah lepas tunggu beberapa minit, sekarang giliran adik. Tak sia-sia anim tunggu depan pintu klinik 1 jam awal tadi. 

Selesai satu tugas. 

Fuhh letih! 

Penat. 

Biasalah jadi mak budak kan. 

Anda pun mcam tu juga betul? 

Sebenarnya jadi mak ayah ni seronok. Korang kena feel dan hargai saat-saat anak tengah kecil. Waktu ni lah boleh tunjuk teror kat anak, ajar anak dan lengkapkan diri mereka dengan kemahiran dalam hidup dan main dengan diorang. 

Tapi kemahiran keibubapaan pun wajib kita tahu. 

Ada banyak cara sebenarnya untuk menggalakkan kemahiran keibubapaan yang baik. 

Kat bawah ni anim senarikan sikit. Anim tahu korang sibuk.

Tapi ambil masa dan baca pelan-pelan okay. 

1)  Luangkan masa dengan anak. 

Part ni, anim sokong. Sebab dalam dunia ni tak ada satu orang manusia pun suka hidup sendirian melainkan dia memang lahir-lahir jer sebatang kara. Anda sendiri bila dah tua tak mahu tinggal sorang-sorang kan? Begitu juga kanak-kanak. 

Meluangakan masa dengan anak boleh memupuk hubungan baik antara si anak dan ibubapanya. Ibu dan bapa berpeluang untuk memahami lebih rapat anak tersebut. Dalam masa yang sama, ia boleh mendidik dan beri pengajaran yang baik kepada anak

2) Beri anak pujian

Budak-budak ni, mereka suka kena puji. Macam kita juga lah. Puji-pujian ni kan amalan yang baik. Kalau anak tersebut mempunyai tingkah laku yang baik, dapat mewarna dengan cantik, berilah sekurang-kurangnya pujian. 

Perkara macam ni akan menambah kuatkan jati diri dan keyakinan anak-anak. 

Jangan la buat dono sahaja. Sifat negetif begini akan rosakkan hubungan dan persepsi anak terhadap anda. 

3) Tetapkan peraturan 

Setiap keluarga perlu ada peraturan. Apa yang boleh buat, dan yang tak boleh buat. Anak-anak perlu diterangkan apa yang diharapkan dari mereka berlandaskan peraturan. 

Penting sangat bagi setiap ibu bapa menjelaskan kedudukan dan peraturan kepada anak supaya tingkahlaku dapat di didik dengan baik

4) Tidak melayan kelakuan buruk

Kelakuan yang berunsurkan sifat buruk ni memang tak best. Contoh yang mudah bagi budak-budak ialah bila diorang dah start berguling-guling ditengah-tengah pasar malam sebab tak dapat mainan atau si ayah lupa belikan satey. 

Ada masanya, ibu bapa kena tegas. Beritahu dengan cara sebijak mungkin yang kelakuannya tidak baik dan memalukan. Gunakan bahasa yang tidak menengking sebaliknya nada suara rendah tetapi tegas. 

Jika kita tidak beri perhatian dan abaikan kelakuan yang tidak baik macam ni, secara tak langsung seolah-olah menggalakkan anak tersebut berkata TIDAK apabila ditegur. 

5) Sesekali beri anak buat keputusan

Antara aspek terpenting dala kemahiran keibubapaan adalah mengajar anak berfikir tentang didi mereka sendiri. Eh didi pulak. DIRI!

So, nak capai tujuan ni, ibu bapa perlu bimbing anak-anak mereka melalui proses membuat keputusan sendiri berbanding memberi jawapan yang betul setiap kali. 

 

Dah habis. 

Semoga lepas ni kita jadi ibu bapa yang cemerlang hingga mampu lahirkan generasi anak yang cerdas dan pintar macam dalam panduan ni.

Allright. Dan please jangan lupa doakan anim kurus dan cantik selalu. 

 

PS: Anda boleh buat kerja dari rumah ini dan besarkan anak-anak depan mata. 

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge