“Apa nak buat ni, bayi meragam nak tumbuh gigi”

Bayi tumbuh gigi? Jangan panik!

 

Jika bayi comel anda yang biasanya ceria dan gemar bermain, tiba-tiba menjadi suka menggigit-gigit semua benda, menitis air liur, dan membuat anda terpaksa bangun sepanjang malam untuk menggendong dan menenangkannya, awas!

Kebanyakan ibu akan lebih panik apabila suhu badannya juga jadi hangat tiba-tiba.

Sebenarnya 3 hari lepas, bayi anim si Sofia tiba-tiba panas badannya. Demam! Yang peliknya, waktu petang elok sahaja dia bermain-bermain hingga awal malam. Lebih kurang jam 11 malam, sofia alami demam mengejut. Suhu badan mula naik hingga 38.90 Celcius. Oh mama dah mula risau

Pernah berlaku macam ini? Jangan terburu-buru  membawanya ke hospital karana mungkin bayi anda mahu tumbuh gigi pertama. Banyak cerita mitos yang berkaitan dengan tumbuhnya gigi sering kita dengar. Misalnya kalau tumbuh gigi, seorang bayi akan berkemungkinan demam, menangis terus-menerus,  kemerahan di kulit, bahkan dehadrasi. Benarkah semua yang kita dengar itu?

Tahap perkembagan gigi

Gigi yang sihat sangat penting bagi kesihatan anak secara keseluruhannya. Tanpa adanya gigi, anak tidak akan boleh makan dan ber tutur dengan baik. Gigi mulai terbentuk di bawah gusi saat bayi anda masih di dalam kandungan. Gigi pertama biasanya tumbuh saat bayi berumur 5-7 bulan. Namun hal ini berbeza untuk setiap bayi. Beberapa bayi sudah tumbuh gigi sejak lahir, sedangkan pada bayi lain, gigi pertama baru tumbuh pada usia 1 tahun. Gigi seri bawah biasanya tumbuh terlebih dahulu, diikuti oleh gigi seri atas 4-8 minggu kemudian. Sesudah itu, muncullah gigi geraham dan gigi taring. Pada usia 2,5 tahun, gigi susu biasanya sudah lengkap iaitu berjumlah 20 batang. Ia termasuk gigi geraham kedua yang muncul pada usia 20-30 bulan. Gigi yang kekal baru akan muncul ketika anak masuk sekolah rendah pada usia 6-7 tahun.

 

Apa tanda-tanda tumbuh gigi?

Bagaimana cara untuk kita kenal pasti si kecil sedang mengalami pertumbuh gigi? Antara tandanya ialah gusinya bengkak di tempat gigi tersebut akan muncul. Sebahagian bayi merasa sangat tidak keruan (tak selesa) dengan hal ini sehingga cenderung merengek, menangis, menolak makan atau minum, malah sering terbangun malam hari. Terdapat juga sesetengah bayi yang tenang sahaja. Keadaan ini dimulai 3-5 hari sebelumnya dan akan berkurangan apabila gigi sudah muncul ke permukaan gusi.

Bayi anda mungkin kerap mengeluarkan banyak air liur namun kemampuan untuk menelannya terbatas sehingga air liur jadi menitiss terus dari mulut. Pada masa yang sama, mereka juga suka menaruh benda di mulut dan menggigitnya terutama jari! Kedua hal ini merupakan bahagian dari perkembangan bayi normal, dan tidak selalu berhubungan dengan proses tumbuhnya gigi. Selain itu, ada juga kes seperti terdapat demam ringan pada bayi (kurang dari 38,5oC).

 

5 Tanda Bayi Tumbuh Gigi

  • Gusi membengkak: Anda dapat melihat sebahagian gigi muncul di gusi.
  • Air liur menitis: Bayi Anda menitiskan air liur dan ashik meleleh.
  • Merengek: Si kecil jadi sering menangis dan susah ditenangkan.
  • Sering terbangun malam hari: Biasanya bayi anda tidur dengan tenang pada malam hari, namun sekarang kerap terbangun dan minta digendong.
  • Menggigit benda-benda yang dipegang: Si kecil mulai mengunyah apapun yang ada dalam genggamannya.

 

Cara Mengatasinya

Untuk mengurangkan penderitaan si kecil, berikan teething ring atau dot untuk digigit-gigit. Jangan berikan dot yang dicelupkan ke cairan yang manis karana gulanya akan tertinggal di gigi dan memudahkan bakteria berkembang biak. Benda-benda yang dingin juga boleh menjadi alternatif, misalnya pisang atau jus buah yang telah didinginkan dalam peti sejuk. oleh sebab ia senang memasukkan benda ke mulut, jangan ditinggal si kecil sendirian untuk mencegah kemungkinan tertelan benda-benda kecil yang boleh tersangkut dalam saluran pernafasannya.

Air liur yang menitis dari mulut bayi perlu dibersihkan supaya tidak timbul kemerahan di kulitnya. Jika demam lebih dari 38.5oC atau keadaan anak makin serius, mungkin hal ini bukan akibat proses tumbuh gigi dan perlu dapatkan khidmat doktor. Demikian pula halnya bila terdapat tanda-tanda adanya penyakit lain. Mitos-mitos yang sering kita dengar belum tentu benar. Anak boleh sahaja terkena jangkitan sewaktu sedang dalam proses tumbuhnya gigi. Oleh sebab itu, apabila terdapat gejala-gejala selain yang disebutkan di atas, kita perlu berjaga-jaga.

Ubat melegakan demam (misalnya parasetamol) dapat diberikan kerana biasanya terdapat demam ringan, dan ubat ini mempunyai khasiat menghilangkan rasa sakit yang ringan sehingga anak bole kembali tenang atau tidur. Selain itu untuk membantu menurunkan suhu demam, berilah anak ais, air putih, jus buah segar, dan makanan yang mengandung banyak air.

Cara Atasi Rasa Tak Selesa

  • Berikan benda yang dingin: teething ring, jus buah dingin, pisang dingin.
  • Ubat-ubatan: Asetaminofen (parasetamol) efektif untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada bayi anda sehingga mereka boleh tidur dengan nyenyak kembali.

 

Rawatan gigi bayi

Merawat gigi bayi haruslah bermula dari sekarang. Sama seperti gigi kita, gigi bayi juga perlu dibersihkan.Bahkan sejak gigi pertama tumbuh lagi. Kita seringkali tidak menyedari, waktu yang paling tepat untuk menggosok gigi adalah sehabis makan dan sebelum tidur. Gunakan berus gigi khusus bayi yang lembut dan calitkan sedikit ubat gigi khas untuk kanak-kanak. Jangan biasakan memberi makanan yang manis pada bayi karana gula yang tertinggal dapat meningkatkan risiko karies gigi. Hal yang sama juga boleh terjadi akibat kebiasaan membiarkan botol susu tetap berada di mulut bayi sewaktu ia tertidur. Biasa tengok?

 

Bila perlu jumpa doktor?

Berikut adalah keadaan-keadaan yang membuat anak anda perlu dibawa untuk rawatan oleh doktor, baik yang berhubungan dengan tumbuhnya gigi pertama mahupun gigi anak secara umum:

  • Demam lebih dari 38.5oC yang berterusan lebih dari 1 hari
  • Tanda-tanda penyakit lain, misalnya sering menarik-narik
  • Gigi pertama belum tumbuh pada umur 12 bulan
  • Terlihat tanda-tanda kerusakan gigi (karies gigi)
  • Gigi kekal tumbuh di saat gigi susu belum tertanggal, sehingga terdapat dua barisan gigi
  • Terdapat kelainan di rahang atau mulut (misalnya rahang kecil, sumbing langit-langit)
  • Mengalami cedera di kawasan muka yang mencederai gigi atau gusi

 

Akhir kata:

 

Bukan anak saja perlu untuk anda jaga giginya, anda yang dewasa pun wajib menjaga dan membersihkan gigi selalu. Jangan sampai dah berlubang dan sakit gigi baru mahu buat rawatan. Sakitnya, gajah pun boleh tumbang. Lagi sakt apabila rawatannya mencecah ratusan malah ribuan ringgit!

 

 

 photo banner_0022972_rahsia_bisnes_tudung_zpspchgbybw.png

Rahsia bisnes tudung Hot Hot Hot

Leave a Reply

CommentLuv badge