[VIDEO] Bayi Berusia 2 Hari Di Paksa Berjalan Oleh Bomoh Perempuan!

banner_5553213bd262ebayi 2 hari berjalan

Gempar! Bayi berusia dua hari ini berjalan.

Mula-mula, Anim terkejut juga bila terdengar berita yang ada seorang bayi baru je lahir tak sampai seminggu dah boleh berjalan.

Hoho, memang tak masuk akal bukan. Sebuah siri perubatan traditonal yang bercanggah dengan kepercayaan telah dipraktikkan oleh seorang dukun (bomoh) di Assam, Morigaon, India. Ia telah dilakukan terhadap bayi lelaki yang baru berusia dua hari.

Pada Jumat 22 Mei 2015, bayi tersebut telah mengalami demam. Ia bermula apabila ibu bapa bayi tersebut membawa anak mereka berjumpa dengan bomoh tersebut apabila risau akan suhu badan anak mereka meningkat. Ibu bapa bayi tersebut memanggil bomoh perempuan yang  tinggal diperkampungan itu dengan harapan untuk mengubati penyakit bayinya itu.

Namun, ia sesuatu yang menggemparkan apabila kaedah rawatan yang diberikan kepada bayi tersebut tak masuk di akal langsung.Bomoh perempuan yang berusia sekitar 50 tahun itu memaksa bayi yang berusia 2 hari itu untuk “berjalan”. Orang ramai juga mendakwa bomoh perempuan itu memegang bahagian belakang leher bayi itu, dan memaksa bayi yang masih merah kulit itu untuk berjalan beberapa langkah.

Bayi itu telah di telanjangkan dan dipaksa untuk berjalan

[VIDEO] Bayi 2 Hari Di Paksa Berjalan

Perilaku yang tidak enak dilihat ini turut disaksikan oleh ibu bapa bayi itu sendiri dan orang ramai yang hadir ketika itu.

Ya Allah, rawatan bagaimanakah yang sedang dilakukan kepada bayi ini? Nama pun bayi! Masih suci kecil dan tidak logik untuk biarkan ia berjalan sendiri tanpa apa-apa sokongan. Ia agak mustahil malah bayi yang berusia tak lebih 48 jam itu sepatutnya didukung dan diberikan pelukan untuknya rasa lebih selamat berbanding terdedah dengan konsep rawatan karut seperti ini.

Bayi lelaki itu tekah menangis semahu-mahunya oleh perbuatan yang tidak bertamadun ini.  Adegan itu dilihat oleh warga kampung yang berkerumun. Rawatan yang PELIK  itu segera dihentikan serta merta ketika  salah seorang penduduk mula  merekamnya dengan kamera telefon.

Video perlakuan aneh ini telah tersebar luas di media fesbuk dan youtube. Polis telah dikerah untuk  melakukan penyesiatan dan bomoh perempuan tersebut telah ditangkap. Sementara bayi lelaki itu segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan susulan.

[VIDEO] Bayi 2 Hari Di Paksa Berjalan

Info yang diterima, para ‘doktor’ jadian (bomoh) di wilayah tersebut memang dengan mudah mempengaruhi masyarakat di Assam. Ini kerana kebanyakan penduduk masih kurang sedar dan tak terdedah dengan rawatan bayi dan ibu yang baru melahirkan.

Walau bagaimanapun sumber diberitahu bayi itu telah menderita demam, tapi keadaannya sekarang sudah semakin sihat.

Leave a Reply

CommentLuv badge