Batu Seremban Mainan Nostalgia ku

batu seremban

Ape yang korang tau pasal BATU SEREMBAN?

Ingat lagi ‘game’ ni masa kecik-kecik dulu?

Ingat lagi tak time pergi sekolah agama, waktu rehat sambil duduk ramai yang main benda ni.

Bagi budak-budak lelaki pulak suke la sangat main penutup botoi tu. Jentik sana, sungkit sana sini, serong sana sikit aihh macam-macam la kan.

tutup notoi

Nostalgia sungguh! masa kecik-kecik dulu duduk ramai-ramai riuh mulut main batu seremban. Mulut sampai ternganga-nganga bila lambung batu tinggi-tinggi hehe

Kenapa mesti panggil batu Seremban?

Bukan batu kat Seremban ye. Sebelum tu, jom kita ingat balik pasal permainan ni. Ye la mana tau kan permainan ni makin di tenggelami zaman ewah..

Zaman sekarang, macam-macam yqng canggih sudah ada. Anak-anak lebih ‘rapat’ dengan gadget eletronik ye dak. Tak feel mcm kita – kita dulu..duduk besimpuh ..main tarik-tarik rambot kekeke.

Ceritakan lah pada anak..

Batu seremban ni permainan menggunakan buah/batu.

Agak lama tak main batu seremban ni. Dah lama di tinggalkan, karang kalau tetiba main orang kata buang tebiat lak dah tua-tua main kan.

Rasanya dah berpuluh tahun tinggalkan. Ha dah jadi khazanah permainan NEGARA ni. kalu main pun masa kat sekolah rendah je dulu-dulu.

Tapi jangan tak tahu, ada juga yang menjual batu seremban ni tau. Terjumpa di Mydin RM1.00 dan dalamnya ada 5 buah. Tapi isinya Anim tak pasti sama ada kacang atau biji saga.

Nak buat batu seremban ni senang jer kot.. ambik kait.. potong dan isi buahnya..
sama ada letak biji kacang atau buah saga atau beras.. terpulang pada masing-masing. Alah anim dulu kecik-kecik KUTIP BATU tepi jalan jer senang kan.

Ishk tetiba rasa macam nak main lak batu seremban ni ( feeling kampong tau) tapi malangnya sekarang dah payah dah nak tengok budak2 kecik berkumpul main ramai-ramai.

batu seremban 3

Okay lah, mari kita kaji sikit asal usul Batu Seremban ini.
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.

Kebanyakan Kanak-kanak perempuan memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji.

Objek-objek ini kita panggil sebagai buah. Permainan ini selalu budak-budak mainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih.

Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara bersila atau bersimpuh bagi memudahkan permainan tersebut dimainkan. Traditional sangat tau..haa

Menentukan Giliran

Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

batu seremban 2
Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Menimbang

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.

Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Amacam? Rasa teruja tak nak  main kembali batu seremban ni?? hehehe


Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge