Tahukah Anda “Bahaya” Demam Di Awal Kehamilan?

demam

Assalammualaikum wbt kepada semua pembaca. 

Artikel kali ini dikongsikan khas untuk anda yang bakal menimang cahaya mata. 

Tahukah kita bahawa setiap demam mempunyai potensi mendatangkan kemudaratan pada kehamilan?

Doktor, adakah demam diawal kehamilan suatu yang biasa? Perlukah saya dapatkan rawatan serius? err..adakah ubat demam selamat untuk saya yang baru hamil 10 minggu ini?”

buat duit kerja dari rumah

Soalan ini telah ditujukan kepada seorang doktor. Beliau ialah Dr Zubaidi Bin Ahmad (Pegawai perubatan Penawar Sdn Bhd)

Jom semak apa pesan doktor Zubaidi ..

“Sebenarnya itu soalan yang selalu saya terima. Kebanyakan wanita akan rasa bimbang mengenai kesan demam dan kesan ubat terhadap kehamilan mereka.”

“Saya pernah melihat begaimana seorang wanita yang hamil 12 minggu, telah dimasukkan wad dalam keadaan yang lemah, hampir pengsan dan sudah terlantar dirumah hampir seminggu gara-gara demam yang tinggi dan tak mahu makan ubat demam sebab bimbang akan kesan ubat tersebut.”

“Demam tinggi telah menyebabkan beliau tak ada selera untuk makan dan mengalami dihidrasi! Demam yang tak dirawat bukan saja memberikan kesan pada diriny (wanita) apabila tak dapat lakukan kerja harian, tetapi juga boleh memberi kesan sampingan pada bayi dalam rahim. Alhamdulillah dalam tempoh beliau dimasukkan wad, tiada kesan mudarat berlaku. Beliau dikira bernasib baik.” (tegasnya)

“Namun, terdapat satu kes yang hampir sama, diamana ada seorang wanita yang melahirkan anak yang mempunyai berat badan yang ringan dan tak menangis ketika dilahirkan. Wanita tersebut mengaku pernah mengalami demam yang tinggi di awal kehamilan. Bayi itu akhirnya mengalami tumbesaran fizikal dan mental yang tak setanding dengan umurnya..”

Jadi adakah demam di awal kehamilan itu bahaya?

Ya! Sudah semestinya

 

Kecacatan Pada Bayi

Selalunya, di awal kehamilan, demam yang rendah (kurang daripada 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah selsius) mungkin tak mejadi masalah. Ini disebabkan oleh proses fisiologi dalam perkembangan janin contohnya seperti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Jadi ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman.

janin8

Tapi.. jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi contohnya melebihi 38.6 C ke atas, ia akan menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang tadi akan terjejas! Akhirnya ia akan menyebabkan kecacatan janin tersebut dalam rahim atau mungkin keguguran. 

Namun, kebarangkaliannya tidaklah besar. Tapi ia tak bermakna ia tidak mungkin berlaku. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal Of Pediatric, demam yang tinggi pada awal kehamilan (kurang dari 13 minggu) selalunya dikaitkan dengan risiko mendapat SUMBING (cleft palate) , masalah jantung berlubang dan masalah saraf tunjang. Selain tu ia dikaitkan juga dengan masaah Autisme, alahan dan asma.

 

Jangkitan Kuman

Deman yang tinggi sebenarnya disebabkan oleh jangkitan kuman. Ia boleh jadi jangkitan yang bahaya seperti virus cytomegalovirus (CMV) dan parvovirus. Bagaimanapun, kalau demam tinggi terjadi di akhir kehamilan apabila bayi dalam rahim telah terbentuk sepenuhnya, maka demam itu tidaklah menjadi isu besar, kecuali demam itu datangnya sekali dengan tanda-tanda lain seperti ruam, keluar darah atau lendiran busuk dari faraj yang mungkin tanda ada jangkitan dalam rahim.

 

Ambil Perhatian Serius!

Apa yang boleh Anim simpulkan disini, setiap demam ketika hamil tak kiralah samada di awal kehamilan atau di akhir kehamilan, kita haruslah berikan perhatian serius! Demam yang tinggi ini terbukti bahaya daripada demam yang rendah. 

Namun, setiap demam mempunyai potensi mendatangkan kemudaratan pada kehamilan. Demam yang rendah selalunya tidak berbahaya tetapi jika ia berlarutan itu menunjukan tanda-tanda jangkitan kuman yang perlu dirawat segera.

Saranan

Anim seorang ibu, dan anda juga tentunya bakal ibu atau yang sudah mempunyai cahaya mata bukan? Bagi wanita yang mengalami demam waktu tempoh hamil, Anim cadangkan agar minum air masak yang banyak supaya dapat turunkan suhu badan. 

Selain tu, anda juga boleh gunakan ubat demam paracetamol, yang boleh didapatkan di farmasi bertauliah. Penggunaan paracetamol adalah selamat pada sepanjang kehamilan (jangan risau) asalkan menggunakannya mengikut dos yang ditetapkan dan tak diambil pada jangka masa yang lama.

 

Tips Apabila Demam

  • Banyakkan bersabar
  • Minum air secukupnya
  • Ambil ubat paracetamol kalau perlu
  • Jumpa doktor kalau ia berterusan
  • Paling penting, banyakkan berdoa semoga anak selamat.

 

Dapat apa-apa info daripada perkongsian ini? Terima kasih luangkan masa anda. Boleh tolongkan tekan butang share dibawah ini? Terima kasih

 

-Anim

Kad Animasi 4D

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge