Ajar Anak Baca Al-Quran. Biar Potensi Otak Lebih Cerdik!

Ajar Anak Membaca Al-Quran

Ya sebagai ibu bapa tak rugi pun jika ajar anak baca Al-Quran.

Kita sepatutnya bangga dan beruntung bila zuriat kelahiran kita mengenal kalamullah diperingkat awal.

Al-Quran merupakan wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan diredhai hingga kiamat.

Ia adalah kitab agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah. Ia cukup dengan intipati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani, hukum hakam, suruhan, larangan, dan bermacam persoalan yang wajib diselami oleh setiap orang Muslim.

 

3 Sebab Al-Quran Perlu Diajar Kepada Anak Kecil

Sebenarnya kita memang digalakkan untuk dedahkan mereka dengan Al Quran pada peringkat awal dengan pengajaran dan pembacaan.

Diceritakan, ada seorang sahabat Nabi SAW, Saad Ibn Abi Waqas r.a meletakkan kepentingan mengajar Quran kepada anaknya seperti mana keutamaan peperangan menegakkan agama Islam.

#1 Membentuk Asas Keimanan

Jika kita mahu kukuhkan jati diri dan keimanan kepada seseorang, bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi.

Pengajaran Al Quran kepada golongan kecil ni, sungguh banyak manfaatnya. melalui pembacaan, ia merupakan salah satu usaha menanamkan asas keimanan yang padu sekuat batu meteor di jiwa mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya pada Allah). Maka kedua orang tua nya lah yang sebaliknya menjadikan ia beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?”

#2 Perkembangan Potensi Anak

Dari sudut pendidikan anak-anak, terdapat sebab mengapa Al- Quran perlu diajar di peringkat awal.

didik anak-anak untuk membaca Al-Quran di peringkat awal usia

Pendidikan awal kanak-kanak dengan Al-Quran

Antara penemuan dan fakta penting yang ditemui khusus dari pakar kanak-kanak tentang kepentingan pendidikan awal anak ini adalah dari segi perkembangan potensi otak manusia yang akan mula menunjukkan pertumbuhan sejak peringkat awal kanak-kanak lagi.

Peringkat ini merupakan tahap paling mustahak untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak serta minda agar menjadi lebih cekap dan bijak.

Dr. Glenn Dorman merupakan salah seorang pakar yang banyak menjalankan kajian serta percubaan terhadap kecerdasan otak kanak telah membuat satu rumusan terpenting yang patut anda tahu.

Antara Rumusan Kajian Dr. Glenn Doman

  1. Tidak ada ahli sains yang dapat kalahkan kanak-kanak dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.Kanak-kanak akan lebih gembira kalau lebih banyak dan lebih cepat mereka menerima pelajaran. Potensi mereka membaca adalah sama sahaja dengan potensi bercakap.
  2. Kanak-kanak boleh bercakap dulu kerana mereka lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.
  3. Jika rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca dan bercakap pada waktu yang sama. Tetapi bergantung kepada kaedah dan suasana belajar.
  4. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsang dalam peringkat awal ini.
  5. Apa yang tidak diperolehinya sewaktu kecil, sangat sukar diperolehi bila sudah besar kelak.
  6. Pembelajaran pada masa hadapan juga bergantung diatas apa yang didapatinya semasa kecil.
  7. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang cacat otak seperti akibat demam panas masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsang sebelum umur persekolahan kanak-kanak lain.

#3 Ibu Bapa Kunci Perkembangan Otak Anak-anak

Lagi cepat kita mendidik anak, lagi baik hasilnya kelak. Ibarat menyemai benih dan berikan baja terbaik kepada tumbu-tumbuhan. Begitulah juga terhadap anak-anak.

Berdasarkan kajian pakar dan ilmuan, ibu bapa harus pastikan anak-anak mereka memperolehi pendidikan seawal mungkin khususnya pembelajaran Al-Quran bagi yang berugama Islam.

Bukan saja meniliti bacaan dan mengajar, dari skop proses pembelajaran itu sendiri kita perlu memantau samada proses yang dilalui berkesan seperti melalui rangsangan, belaian, sentuhan, sebutan dan sebagainya.

 

Zaman sekarang, jarang anak-anak dapat berinteraksi dengan ibu atau bapanya secara terus dan dalam waktu yang privasi.

Sebenarnya, komunikasi atau interaksi antara ibu bapa dengan anak adalah faktor utama yang boleh bantu melahirkan anak menjadi pintar serta berkebolehan membaca Al-Quran.

Percaya atau tidak, kebanyakan anak yang cerdik dan cerdas hari ini daripada kajian mendapati ibu bapa mereka sangat prihatin terhadap keperluan anak tersebut. Ia melibatkan soal didikan dan rohani.

Namun ramai yang tersalah tafsiran dengan memanjakan anak yang disangka ia adalah salah satu sikap keperihatinan.

 

kertas soalan periksa akhir tahun 2017

Comments

comments

6 Comments

  1. Anuar Sep 29, 2017
    • Anim Oct 5, 2017
  2. Khairul Zamri Nov 26, 2017
    • Anim Dec 1, 2017
  3. titan Dec 1, 2017
    • Anim Dec 1, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge