7 Cara Terbaik Bina IQ Anak Dan Jadi Lebih Bijak!

Anim juga macam korang. Ada (2) pangkat, pertama sebagai Isteri dan kedua sebagai Ibu.

Kita mak-mak ni sudah tentu mahukan anak hidup selesa, berjaya, bijak pandai dan kalau boleh biar jadi Superman pun tak apa kan. Hehe!

Bina IQ Anak Dan Jadi Bijak!

Soalan:

Nak anak jadi hebat?

Of cozz la kan, dan Anim sendiri sangat-sangat inginkan anak2 Anim (Sofia dan Harith) jadi anak yang pintar.

Bukan saja pandai bercakap, belajar & menulis tapi pandai bergurau, pandai ambil hati dan macam-macam yang setimpal dengan umur dan tahap kenakalan mereka.

Salah satu cara terbaik adalah kita Bina IQ Anak Dan Jadi Bijak.

IQ

Most of us tahu tentang ini. IQ! Ia adalah satu kemampuan yang anak2 perlukan samada dekat sekolah ataupun ketika luar sekolah (kat rumah la tu).

IQ ni bukan kita boleh pegang, ia sesuatu yang kita boleh lihat berdasarkan tindakan dan daya membangun seseorang anak itu.

Perkara ni termasuklah bahasa, memori, kecekapan mengira, cara berfikir, keupayaan motor otak dan lain-lain manfaat jika IQ yang terbina adalah jenis Gred AAA +

Macam Mana Cara Bina IQ Anak Dan Jadi Bijak?

1) Ajar Anak Bercakap

Praktis lah dari sekarang seawal anak lahir ataupun dari dalam perut lagi.

Ajak anak berbual tentang apa sahaja. Gunakan bahasa yang betul dan tidak pelat acah-acah baby. Dengan cara ini secara tak lansung akan bantu kemampuan anak untuk memahami bahasa harian kita.

Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang suka bercakap hal hal baik nilai IQ nya 28 point lebih tinggi berbanding anak yang lansung tak bercakap atau jarang berbual di rumah.

 

2) Sarapan Pagi Yang Sihat

Displinkan anak-anak dengan memberitahu mereka untuk tidak skip sarapan setiap pagi sebelum hantar ke taska atau sekolah.

Penyediaan sarapan yg sihat, bersih mampu berikan bukan saja tenaga tetapi juga memantapkan otak anak2 untuk sedut segala ilmu ketika dalam kelas.

Resepi ringkas boleh cuba:

Sekeping roti dan susu

 

3) Ajarkan anak bahan bacaan

Jika hari ini kita suka membelek majalah Mingguan Wanita atau surat khabar, apa kata sediakan sekali sekala bacaan untuk anak.

Ada banyak sumber bahan bacaan yang bagus seperti buku cerita bergambar dengan tulisan berwarna yang mampu tarik minat anak. Penulis buku juga sangat menitik beratkan fungsi visual kanak2 ketika proses menyediakan buku bacaan.

Kaedah membaca interaktif boleh di amalkan supaya melatih minat anak2 untuk tak berasa jemu untuk membuka buku cerita.

Kan seronok dengar anak dah boleh pandai baca buku cerita! Hehe

4) Banyakkan Interaksi dan komunikasi

Kaedah ini sama juga seperti berbual biasa setiap hari dengan anak. Cuma anda kena bijak atur perbualan dengan selitkan beberapa slot tambahan.

Contohnya elemen kira-kira.

Bagaimana?

Caranya mudah saja ialah dengan bertanya pada anak.

“Mahu makan berapa ketul nugget ayam ni ?”

“Cuba abang kira berapa nugget ayam yang ibu dah goreng dalam bekas ni?”

Nahh..
sekarang anak akan rasa sedikit excited dan mula keluarkan jari2 gebunya untuk mengira.

Latihan ini juga mampu menajamkan minda serta fokus anak dan latih mereka berkaitan matematik.

 

5) Ajak Anak Beriadah

Sebelum ni, anim ada kupaskan dalam artikel yang lalu tentang kepentiangan beriadah bersama anak-anak.

Cara ini bukan saja boleh membina teras IQ yang kuat, tapi juga boleh atasi sifat malu anak tersebut.

Perlu ke beriadah?

Iya. Perlu!

Contoh seperti bersukan atau olahraga. Ajak anak jogging di taman rumah waktu hujung minggu.

(Waktu pagi adalah lebih baik)

Aktiviti macam ni, penting untuk fungsi otak anak. Ia juga melatih anak kecil malah orang dewasa untuk lebih fokus terhadap sesuatu tugasan.

Selain itu juga, manfaat yang diperoleh daripada aktiviti riadah ringan macam ni, boleh mencantikkan flow pernafasan dan membilas oksigen keluar masuk dalam tubuh anak kita.

Bila tubuh sihat, otomatik anak juga lebih cerdasss.

 

6) Beri Anak Makan Buah @ Sayur

Ya Anim tahu, kebanyakan anak kecil tak suka makan sayur. Rasanya yang pahit, keras dan lembik yuksss buat mereka rasa geli geliman nak menelan.

Sebagai ibu bapa, kita juga boleh gantikan sayuran dengan buah buahan yang berkhasiat contohnya seperti Betik, Apel dan lain-lain.

Sekali sekala hidangkan mereka sesuatu seperti ini supaya anak dapat lebih zat Vitamin semula jadi daripada sumber alam yg sudah tentu asli!

 

7) Dedahkan Anak Dengan Puzzle & Lego

Haa yang ni best!

Anim baru saja tamat kursus dlm latihan industri berkaitan kerja-kerja amali untuk bengkel sekolah ni. Ia adalah kursus selama 4 hari dan baru saja tamat semalam.

Antara slot menarik ketika kursus dijalankan ialah, kami juga didedahkan dengan penghasilan educational toys seperti ini.

Sambil berhibur, kita juga boleh mengasah skill dan kreativiti anak2.
Dengan cara ini kita boleh ‘develop’ minda mereka pelan-pelan dan kuatkan lagi daya pemikiran anak-anak serta motor otak anak supaya lebih licin dan tak berkarattt.

Mainan seperti Blok Kayu, Puzzle dan Lego sangat membantu.

Mainlah bersama-sama mereka, ia lebih seronok!

Ketujuh-tujuh cara ini bboleh digunakan untuk bantu bina IQ anak dan jadi lebih bijak.

#‎Tips‬ tambahan:
Sekiranya anda suruh anak membaca, minta mereka ceritakan semula pada kita, apakah isi kandungan buku cerita tersebut tanpa melihatnya. Latihan ini akan kuatkan ingatan dan pemahaman anak kesayangan kita!

SHARE jika ia bermanfaat

Leave a Reply

CommentLuv badge