7 CARA BANYAKKAN SUSU BADAN SELEPAS BERSALIN

7 Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin

Sebenarnya tak susah mana pun kalau mahu┬áBanyakkan Susu Badan Selepas Bersalin ni. Yang penting cukup syarat. Mudah saja, syaratnya seorang wanita haruslah mengandung dan bersalin haha. Mestilah! itu syarat nombor satu kalau nak ada susu untuk menyusukan bayi korang tau ­čÖé

test-website

Ok sebenarnya dah banyak kali kawan-kawan dan kenalan (eh lebih kurang sama je) anim yang lama atau baru je kenal tanya soalan macam mana “cara nak banyakkan susu badan selepas bersalin”. Disebabkan Anim ni ibu yang prihatin lagi cute dan sangat memahami perasaan ibu-ibu sejagat yang sangat risau kalau-kalau bayi mereka tak cukup susu selepas bersalin, jadi hari ini secara lapang dadanya anim kongsikan sedikit tips untuk anda baca, lepas tu boleh lah cuba buat.

Mana tahu, rezeki korang pula kan!

Baca Sini Cara Banyakkan Susu Badan Ibu

1.Kerap menyusu

Lagi kerap anda susukan bayi yang baru lahir, lagi banyak penghasilan susu badan akan terhasil. Yang ni anda kena ingat sebab ia faktor paling penting dalam dunia. Tak boleh lupa dan jangan sekali-kali buat tak tahu kalau nak banyakkan susu badan berterusan sampai anak tu dah besar. Jadi apa nak buat? Mudah saja, galakkan bayi anda menyusu kerap kalau boleh 10-12 kali sehari atau lebih pun tak apa dalam tempoh 24jam. Ini kerana dengan cara ini mampu meransang hormon prolaktin yang boleh menghasilkan lebih banyak susu.

 

2. Posisi yang betul

Pastikan dulu anda berada dalam keadaan yang tenang, santai, selesa dan tak terkalah dengan tekanan (stress) yang akan rosakkan mood anda pada hari tersebut. Pasang lagu yang shahdu ke, atau pun pasangkan bacaan Quran lagi baik.  Bila posisi dah betul untuk menyusukan bayi, sekarang harus pastikan pula bayi anda melekap pada anda dengan betul. Pastikan juga ruang antara hidung dan mulut bayi itu rapat dengan dada anda. Ini kerana bayi lebih mesra dan selesa dengan bau badan ibu mereka dan rasa lebih selamat serta nyaman.

 

3. Minum air kosong banyak

Kena ingat,bila dah bersalin nanti atau sedang dalam keadaan pantang tu, tinggalkan dulu air yang berkefein, sebaliknya banyakkan minum air kosong saja. Wajib amalkan dan anggap saja anda buat demi anak walaupun air berkefein tu dah 28 tahun sebati dengan tekak anda.

Pelan-pelan lakukan, mula-mula memang rasa susah, renyah dan tak sedap namun untuk kebaikan sila gagahkan juga. Untuk hasil yang optimum, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air kosong sehari.

Selain itu, anda juga dibolehkan untuk minum minuman seperti jus oren, susu kambing atau air soya. Nah, sekarang tak adalah tekak tu payau je dengan air tak berwarna kan. Air soya yang di proses dari kacang soya segar juga sebenarnya sangat baik untuk meningkatkan dan Banyakkan Susu Badan kerana ia mengandungi protein untuk penghasilan susu yang berpanjangan. Tapi yang peliknya ramai ibu tak nak minum, dan tak suka kononnya alergi dan bla..bla..bla. Tapi nak susu badan banyak juga, pelik!

 

4. Jangan jadual ‘sangat’ penyusuan

Ha.. pulak dah. Ni kes sebab pernah dengar jadual penyusuan ibu dekat mana-mana, tak pun ada orang beritahu kan? Yang patut anda jadualkan ialah waktu mengepam payudara bukannya beri susu.

Bagi Anim, ikut isyarat ‘kelaparan bayi’ itu. Anda harus faham konsep demand and suply. Selalunya┬ábayi yang lapar akan tunjukkan tindak balas┬ámereka dengan cara menangis, meronta dan buat muka comel ­čśÇ .┬áJadi susukan mereka saja tak payah risau-risau nak buat itu-ini, kan tengah berpantang tu.

 

5. Pastikan Payudara anda kosong

Macam mana nak buat? Terdapat dua cara iaitu dengan kerap susukan bayi anda atau tolong pam payudara agar kosong. Gunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan bayi anda. Jangan guna satu je, nanti berat sebelah anda juga yang susah.

Sebenarnya, apabila ia (payudara) sudah kosong, secara semula jadi ia akan proses untuk penghasilan susu badan yang baru dengan segera. Masa ni tu lah kita akan rasa banyak susu badan terhasil lagi-lagi selepas bersalin dan makan kuaci sambil berpantang.

Prosesnya memang tuhan ciptakan sangat cantik dan unik. Biasanya bayi akan agak letih ketika menghisap dan kadang-kadang mereka akan berhenti sekejap, jadi tukarkan kepada bahagian sebelah dan pastikan ianya kosong hingga bayi tak menyedut lagi.

 

6. Makan herba

Herba ni anda boleh dapat banyak dekat pasar masa beli barang dapur untuk masak tu. Ada banyak. Tapi bukan semua! Yang cun dan terbaik saja contohnya seperti Halba.

Halba ini satu herba yang banyak khasiat dan pemulihan yang ramai orang tak tahu. Suka makan nasi dagang? Dalam nasi dagang ada halba.Katakan anda beli halba dekat kedai, kemudiannya cuci dan simpan dalam bekas yang bersih dan tutup baik-baik. Anda boleh amalkan makan dengan ambil sesudu setiap hari. Kalau tak lalu sangat tekak tu, anda boleh la campurkan dengan teh. Ha sekarang kan dah jadi teh herba ­čÖé .

Selain itu jintan hitam juga bagus untuk amalan makanan. Terbukti herba seperti halba atau jintan hitam itu sebenarnya akan mampu untuk tambah banyakkan susu badan anda. Jintan hitam tu macam ramai je tak tahu. Okeh, nama lainnya ialah Habbatus Sauda.

 

7. Urut payudara

Ok rasanya yang ini semua ibu-ibu pasti pernah buat. Dengan urutan lembut dan betul, peluang untuk penghasilan susu badan akan lebih baik. Paling seronok, susu badan anda akan lebih lancar. Sudah tentunya ia akan buatkan susu menjadi lebih banyak selepas bersalin.

 

Itu sahaja cara jimat dan berkesan untuk menambah banyakkan susu badan. Anim sendiri amalkan masa awal-awal bersalin haritu. Sekarang, masih teruskan untuk maintain cun sambil susukan bayi Sofia yang makin membesar. Tapi tak semua orang suka buat cara-cara macam ni. Tak ada masa kalau nak ikutkan betul! Eh..betul ke? Ke sebab anda malas nak pikir kronologi dan step-step menyusukan bayi macam ni?

 

Kalau tak mahu pening kepala dan rasa susah, anda juga boleh cuba dengan amalkan supliment penambah susu atau minuman yang banyakkan susu badan. Ini jalan shortcut tapi jangan ambil mudah dan terus tinggalkan tips-tips dan cara di atas untuk menambah susu badan anda. Bukan semua supliment itu bagus. Kadang-kadang kena cuba dulu serasi atau tidak.

 

Nak suplimen tambah susu badan yang berkesan dan cepat, boleh cuba ni –┬á Suplimen┬áTambah Susu Badan┬á┬á

 

cara tambah susu badan ibu

Happy breast feeding

 

 

Ps : Hope anda akan dapat jadi cun macam Anim lepas susukan bayi ­čÖé . Rugi weh, kalau tak susukan bayi kita sendiri, tapi tak semua orang di anugerahkan kesempatan untuk breast feed anak kan, so tak perlulah kecam dan kutuk mereka ya!

 

3 Comments

  1. mamaorg Oct 7, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge