5 Tips Ini Jadikan Anak Pandai Membaca Walaupun Baru Usia 3 Tahun!

5 tips mengajar anak membaca

Ya siapa yang tak suka kalau anak pandai kan?

Pandai main.

Pandai makan.

Pandai menangis.

Dan pandai membaca & bijak.

5 Tips Mengajar Anak Di Rumah Pandai Membaca

Dalam entri kali ini, Anim nak share tips macam mana kita parent boleh ajar dan didik anak kat rumah, dan have fun walaupun sambil belajar.

Tapi sebelum tu, kena ingat seperkara ini.

Ya ada hukumnya juga. Maklumlah kita nak didik anak yang kecil ni. Dah la kecik, manja, mengada-ngada kan, so memang akan banyak ragam yang bakal kita jumpa nanti.

Ini hukum yang anda kena pegang.

Jangan sesekali PRESSURE anak dengan memaksa mereka untuk belajar.

Okeh.

Sebenarnya, seawal umur anak 3 tahun ni, sebaiknya hanya perlu korang ajarkan benda-benda basic je. Ye lah perkara-perkara asas yang mudah-mudah jer supaya senang bagi mereka nak hadam dan faham.

Selain tu, tugas anda ibu bapa pun akan mudah. Tak adalah nak stress bila terpaksa mengulangi proses yang sama berulang kali.

Anda TAK PERLU pun ajar anak untuk menulis sebaris ayat mahupun karangan pendak.

Puan Amalina ada praktikkan beberapa tips mengajar anak dirumah setelah beliau membaca panduan Anak Pintar Cerdas.

Ini tips mahal tau. Real dan praktikal. Seriusly, Anim sendiri pun eksited bila baca susunan ilmu & tips yang ditulis.

Tips 1: Suku Kata

Apabila ajar anak membaca perkataan, ajar mereka untuk GABUNGKAN BUNYI.

Bukan hafal suku kata seperti ba, bi, bu, be, bo.

Tips 2: Teknik Asosiasi

Bila mengajar budak-budak ni, kita wajib ceria. So bila kita ceria aura positif tu juga akan disebarkan pada anak-anak kecil ni.

Jadikan sesi mengajar sesuatu yang menyeronokkan. Tak stress. Tak marah-marah.

Buat Teknik Asosiasi.

Okeh, Teknik Asosiasi ni ialah suatu teknik yang menggabungkan satu aksi yang relevan dengan bunyi yang diajarkan.

Contohnya:

Bunyi /b/ dikaitkan dengan aksi bermain bola keranjang sambil membunyikan bunyi ‘beh’ ‘beh’ ‘beh’.

Sesekali nyanyikan lagu fonik & main seperti sebut-sebut bunyi. Lepas tu main teka-teka bunyi, kalau tekaan mereka betul sila berikan pujian. Seronok kan!

Tips 3: Ruang Belajar Yang Sesuai

Lokasi nak ajar anak usia 3 tahun ni juga amat penting.

Kalau boleh, elakkan dari gangguan. Elakkan mengajar anak kat depan TV. Anda juga kena elak dari pegang gadget dan main facebook semasa nak mengajar anak.

Persediaan Ibu Bapa Amat Penting Ketika Mengajar.

Tips 4: Ajar Anak Bentuk Huruf

Anda boleh guna flash kad atau kad imbas. Ini tahap awal kaedah nak kenalkan anak rupa bentuk sesuatu huruf tersebut.

Ulang dan sebutkan bunyi huruf. Kalau nak gabungkan dengan Teknik Asosiasi pun boleh.

Sekiranya anda mengajar anak membaca, jangan terlalu lama. Sesi bacaan mestilah pendek, 5-10 minit saja dah cukup.

Amalkan 2 kali sehari kalau boleh. Elakkan pada waktu lunch hour, nanti lauk dah sejuk tak sedap  😆

Tips 5: Berikan Ganjaran

Siapa tak suka dapat ganjaran kan.  Termasuklah kita.

Jadi, jangan kedekut berikan anak hadiah bila mereka sanggup belajar.

Berilah sekurang-kurangnya pensil atau alat kelengkapan kalau anak anda berjaya meneka jawapan dengan betul.

Kalau tak pun, belikan je diorang telor warna-warni macam kat bawah ni. Budak-budak memang suka elemen suprise macam ni.

Mereka akan jadi lebih seronok dan tak sabar untuk belajar bila dapat tahu kita reward mereka dengan sesuatu yang menarik!

 

Harap korang boleh praktikkan tips ni dekat rumah. Plan lah dulu baik-baik supaya tak jemu nanti mengajar anak.

Untuk lihat anak-anak berjaya dan jadi pandai memang kena asah dari awal. Kena start sekarang.

Zaman semakin mencabar. Dulu KBAT tak ada kat sekolah. Sekarang, siapa cepat dia dapat.

Ibu bapa harus peka dan sentiasa prihatin perkembangan pendidikan anak-anak. Sebenarnyakan guru disekolah pun sangat berterima kasih pada ibu bapa yang berusaha mendidik anak sendiri dari rumah sebagai pendedahan awal.

Terima Kasih sebab baca sampai habis entri 5 Tips Ini Jadikan Anak Pandai Membaca. Ini terbukti yang anda pun SUKA MEMBACA dan seorang ibu/bapa yang komited mendidik anak.

Untuk banyak lagi tips dan panduan, anda boleh dapatkan e-buku Anak Pintar & Cerdas dekat sini.

 

PS: Kita bukan nak bangga sangat bila anak tu pandai. Tapi itu masa depan diorang nanti. Esok bila kita datang sain report card anak pun tak de lah kantoi yang anak langsung tak belajar kat rumah. Salah siapa?

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

4 Comments

  1. anuar Jul 8, 2017
    • Anim Jul 9, 2017
  2. Norra Oct 23, 2017
    • Anim Oct 31, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge