5 TIPS INI AKAN AJAR ANAK KECIL HARGAI DUIT

Kalau Ajar Anak Kecil 5 Perkara Ini, Pasti Mereka Hargai Duit

 

menabung

 

Pembaca yang dihormati,

Duit.. apabila anda melangkah keluar dari rumah, duit poket anda juga pasti akan keluar. Malah untuk buang air di tandas pun perlukan duit untuk masuk.

 

Duit bukanlah segala-galanya. Namun segala-galanya perlukan duit. Untuk lampu dirumah menyala, bill perlu dibayar menggunakan duit. Untuk motorsikal bergerak, minyak perlu diisi dengan duit. Begitu juga jika anda ingin berumah tangga, semuanya memerlukan duit dan nilai matawang ini saban hari semakin mengecil.

 

Jika dahulu, RM50 ringgit nilainya begitu besar serta boleh berbelanja pelbagai barangan termasuk makan diluar. Namu hari ini, nilainya tidak setara dengan gahnya corak serta ukiran lukisan diatas keping-keping not kertas itu.

 

Sistem persekolahan tidak menyediakan pendidikan kewangan untuk anak-anak. Anak-anak dibesarkan di hadapan televisyen dengan rancangan-rancangan hiburan. Tambah pula sekarang ini muncul pula zaman IPad. Jadi, anak kita kini berada dalam ruang lingkup ‘berteduh’ di zon selesa ibu bapa. Mereka tidak mempunyai kemahiran menguruskan wang.

 

5 TIPS INI AKAN AJAR ANAK KECIL HARGAI DUIT

 

1. Jangan beri wang belanja yang tinggi.

 

Bukanlah bermaksud sebagai ibu bapa anda harus kedekut untuk keluarkan wang saku untuk anak-anak berbelanja. Ia sudah menjadi tanggugjawab anda sebagai ibu- bapa. Namun, mengawal dan mengajar anak untuk berjimat serta mengajar mereka menentukan nilai adalah amat penting arus global masa kini. Sebab itulah orang kata berbelanja dengan bijak

 

2. Beli permainan sendiri.

 

toy story

 

Kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan dengan mainan. Dari kecil sampai ke remaja pun masih duk main mainan. Jangan cakap tak ada, bapa budak pun suka main kereta control hehe. Perkenalkan konsep menyimpan kepada mereka sejak dari kecil lagi. Jika ada barangan yang diingini, sekarang dengan mudah boleh gunakan duit simpanan sendiri. Mereka akan lebih berhati-hati dan sangat menghargai barangan yang dibeli daripada wang sendiri berbanding kita yang terhegeh-hegeh beli dan beri pada mereka.

 

3. Galakkan anak menderma.

Dengan memberikan contoh yang baik pada anak seperti kerap bersedekah dan menderma, sekaligus ia menanam sifat yang baik terhadap anak. Anda akan dianggap sebagai Al-Amin dan menjadi contoh tauladan pada anak. kanak-kanak pada awal usia 4-7 tahun ini gemar mengikut setiap kelakuan yang dilakukan oleh ibu bapa. Jadi berikan imej dan tauladan yang baik kepada mereka sebagai sebahagian pembelajaran dalam kehidupan.

 

4. Buka akaun bank.

Sebaiknya, bukalah satu akaun bank untuk anak anda. Mulakan dari mereka masih bayi lagi. Ajar mereka konsep menyimpan. Dan beritahu mereka bahawa simpanan tersebut untuk kegunaan yang baik-baik. Tak perlu cakap “untuk masa depan korang” bukan mereka paham lagi waktu ini. Waktu usia begini mereka lebih memahami konsep visual iaitu daripada pemerhatian sendiri dan contoh-contoh yang ditunjukkan.

 

syiling

5. Manabung.

Konsep simpanan kalau di ikutkan asasnya adalah tabungan. Bahasa mudahnya ialah menabung. Dari situ barulah ia menjadi simpanan sedikit demi sedikit macam dalam bank. Tak perlu ceritakan soal berat-berat untuk anak. Dengan memupuk sikap suka menabung ini, sebenarnya secara tak langsung ia mematang fikiran anak anda dan lebih menghargai duit. Mereka lebih cenderung tidak membazir dan meminta-minta untuk belikan sesuatu.

 

Sebagai permulaan, sediakan tabung yang ringkas. tabung Nuri sangat popular waktu dulu kala bukan. Sekarang bermacam jenis tabung terdapt dipasaran. Waktu admin kecik-kecik dulu, tebuk kelapa saja untuk jadikan tabung.

 

Pada zaman teknologi sekarang, mahu memupuk tabiat menabung ini sangat sukar. Disebabkan itu lah Tabung Genius yang mempunyai suara ini sangat popular dan berkesan untuk ajar anak menabung seawal usia 4 tahun dari seakrang.

 

Nak anak minat menabung?

 

Ini mungkin hadiah paling bernilai untuk mereka. Why not untuk berikan anak-anak sebagai pencapaian baik di sekolah atau reward khas untuk kerajinan mereka membantu mama dirumah?

 

Lihat bagaimana budak 5 tahun ini berjaya kumpul RM31.70 dengan duit syiling sayur bapanya.

 


ARTIKEL BERKAITAN


Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge