5 Tips Bebas Bau Mulut Ketika Puasa

Bau mulut boleh menjadi masalah besar yang dapat mengurangi tahap kepercayaan diri. Bahasa mudahnya seseorang akan cenderung berasa rendah diri.

5 Tips Bebas Bau Mulut Ketika Puasa

Hal ini ada kaitanya ketika saat perbualan dan ketika berinteraksi dengan orang lain.

Tis Bebas Bau Mulut Ketika Puasa

Ini juga menambahkan rasa rendah diri lebih-lebih lagi jika dalam rutin harian, anda harus berkomunikasi dengan ramai orang contohnya jika anda seorang pegawai permasaran yang terpaksa berdepan dengan ragam pelanggan. Risiko untuk anda dijauhi karana tidak tahan dengan bau mulut adalah tinggi.

Ketika berpuasa, seseorang lebih mudah mengalami bau mulut, karana tidak adanya proses kunyahan makanan dan minuman, sehingga produksi air liur menurun dan mulut menjadi kering (xerostomia).

Kekurangan air liur ini, menyebabkan kuman dan sisa makanan akan terfermentasi sehingga menimbulkan bau tidak sedap yang dikenal dengan istilah halitosis.

Untuk mencegah bau mulut ketika puasa anda boleh mengikuti tips dibawah:

  • Berus gigi setelah sahur dan sebelum tidur malam. Ini penting bertujuan memastikan tidak ada sisa makanan yang tertinggal.
  • Sekali sekala, sikatlah lidah dengan berus gigi  karana bahagian  ini merupakan tempat kumpulan terbesar kuman berkembang. Jangan lupa gunakan alat khusus pembersih lidah. Cari saja di farmasi pasti ada!
  • Berkumur dengan cairan antiseptik. Terdapat pelbagai jenis pedas, menthol atau normal bergantung pada selera masing-masing.Tujuannya agar seluruh rongga mulut bersih dari bakteria penyebab plak gigi dan nafas busuk.
  • Konsum air suam 8 gelas sehari. Selain untuk kesegaran rongga mulut, ia juga menjaga keseimbangan air dalam tubuh selama tempoh berpuasa. Jangan lah ashik bedal air manis di Bazar Ramadhan sahaja ya!
  • Dapatkan pemeriksaan masalah gigi daripada doktor gigi. Jika terdapat masalah pada rongga mulut, gusi, atau gigi berlubang, maka kuman akan semakin mudah untuk membiak dan menyebabkan masalah bau mulut busuk berterusan. Jangan tangguh melakukan pemeriksaan,  kerana ia adalah solusi tepat untuk pencegahan bau mulut.

Walau bagaimanapun, sebagai umat islam yang menjalani Ibadah puasa perkara bukanlah asing dan menjadi masalah berat. Malah puasa itu sebenarnya juga adalah bertujuan merawat diri luaran dan dalaman seseorang selain sebagai salah satu perisai dalam beribadah.

Memetik sumber daripada sebuah Hadith sohih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairoh Rodhiyallahu ‘anhu

Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah pada hari Qiamat daripada wangian kasturi


Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge