5 Cara Berkesan Latih Anak Tak Pakai Pampers

Ya, bukan mudah sebenarnya mahu latih anak tak pakai pampers lebih-lebih lagi kalau budak tu masih kecil dan ragamnya bak kanak-kanak rebina. Tapi perkara jadi senang kalau tahu trik dan langkah yang betul. Hoo yeah!

Zaman kecil kita dulu juga tak terlepas dari proses ini. Bayangkan betapa banyaknnya pengorbanan ibu dan ayah demi membesarkan dan mendidik kita hingga jadi seperti sekarang. Macam tu juga proses nak ajar anak lupakan pampers. Kena ada fasa latihan macam membaca dan menulis juga.

Kita yang dewasa ni pun banyak perkara perlu dilatih misalnya sebelum ni nak guna komputer pun terkial-kial juga. Takut nak tekan itu ini bimbang kalau-kalau rosak. Bila dah lama-lama sekarang taip status facebook & Instagram sebelah mata pun teror kan! Tu belum lagi kisah lari pusing keliling rumah kena kejar dengan mak abah sebab kencing atas tilam waktu dulu-dulu. Hehehe

 

Teruskan membaca…

Latih Anak Tak Pakai Pampers

Latih Anak Tak Pakai Pampers

Kita pun dah sambut bulan kemerdekaan 31 Ogos yang lepas kan. Jadi entri Anim kali ini cuma nak kongsikan pada anda cara macam mana nak ‘merdekakan’ anak dari dibelenggu oleh pampers-pampers pelbagai jenama ni. Bukan itu sahaja malah ibu bapa sendiri akan rasa lebih penjimatannya sebab tak perlu fikir soal duit beli pampers anak lagi yang semakin lama semakin tak masuk akal RM nya.

Lets Go!

Cara Berkesan Latih Anak Tak Pakai Pampers

To be old and wise, we have to be young and stupid first!

Pengalaman akan ajar kita supaya dapat baiki kesilapan dan buat lebih baik dimasa hadapan. Anim mula latih anak sulung tak pakai pampers masa umur dia 4 tahun lagi. Kalau ikut perancangan awalnya, Anim dan suami mahu latih ketika anak sulung kami berumur 3 tahun. Tapi macam terlalu awal pula.

Jadi, pada bulan October 2013 (hari lahir anak yang ke -4 tahun) Anim buat keputusan supaya tidak pakaikan lagi pampers. Ya ini cabaran besar pada ibu macam Anim. Korang pun akan lalui fasa ini juga trust me.

Apa cabaran yang bakal dilalui?

  1. Perlu sentiasa bersiap sedia kalau-kalau ada yang bocor tiba-tiba kat ruang tamu
  2. Anak kerap panggil mama papa sebab setiap minit nak ke tandas
  3. Risau dan berdebar-debar bila berada dalam kereta sebab jalan jem (ya lah tak pakai pampers kan…)

Tapi nak buat macam mana, semua ini pengalaman. Harus kita tempuh dan lalui bila sudah berkeluarga. Sebagai ibu bapa cemerlang, tugas kita adalah mendidik mereka sehabis baik. Salah satunya adalah persiapkan anak dengan cara melatih tidak memakaikan mereka pampers.

Okay sebelum mula, ibu bapa kena betul-betul faham, yang result tanpa usaha memang tak wujud. Jadi apa-apa pun nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dibawah ini Anim kongsikan langkah yang Anim sendiri gunakan untuk Latih Anak Tak Pakai Pampers Seawal 4 Tahun.

Sebenarnya anim ambil masa 2 bulan untuk semuanya berjalan lancar sebelum masuk ke tahun baru. Ini kerana pada tahun 2014, anak sulung anim akan mula bersekolah pra (tadika). Jadi agak kurang cantik kalau anak masih pakai lampin kan hehe.

Sekiranya anda berniat untuk latih anak tak pakai pampers, boleh ikuti 5 langkah dibawah: 

1) SEBELUM TIDUR

Ini part penting. Kalau skip, insyaAllah anda terpaksa angkat tilam dan jemur diluar.

Sebelum anak masuk bilik untuk tidur, pastikan anak tersebut sudah buang air terlebih dahulu. Kalau mereka tertidur, tolong kejut kan supaya pergi kencing dahulu dan kemudian barulah tidur.

info-gerobok-anim

Sebenarnya tak susah pun. Anim sendiri pada peringkat ini akan paksa Harith (anak sulung) untuk pergi kencing sebelum tidur.

Tips: Untuk lebih berhati-hati, boleh juga letakkan pelapik atau alas pada tempat tidur mereka. Gunakan alas yang kalis air. Kalau nak bagitahu anim haha.

2) PENGGERA WAKTU KECEMASAN

melatih-anak-tidak-memakai-pampers

Okay istilah ni anim sengaja cipta, tak ada yang pelik bin ajaib pun. Kaedah ini mirip macam kita mahu bangun pagi untuk bersiap pergi kerja.

Ketika anak tidur, anda boleh setkan alarm sekurang-kurang sekali untuk kejutkan mereka supaya bangun. Tujuannya adalah untuk pastikan anak tidak terkencing ketika tidur. Kaedah ini sesuai bagi keluarga yang memasang penghawa dingin (aircond) sewaktu tidur.

Maklumlah, suhu dan udara yang sejuk dalam bilik tidur selalunya akan buatkan anak terkencing kerana kesejukan. Dengan gunakan cara ini, anda latih dengan mengejutkan mereka untuk bagun di tengah malam dan pimpin mereka ke tandas untuk buang air.

3) Rules 2 Jam

Ya ini satu lagi kaedah yang sangat-sangat efektif untuk Latih Anak Tak Pakai Pampers. Gunakan kaedah ini inshaallah dalamm masa kurang 2 bulan anak anda dah boleh lupakan terus pampers dan anda akan senyum gembira.

Ketika  melatih anak supaya tak pakai pampers, Anim dan suami akan kerap bertanya pada anak ketika dirumah. Anim akan tanya selang 2 jam sekali pada anak sulung samada dia mahu ke tandas atau tidak.

“harith nak kencing tak?”

“harith nak pergi toilet tak?Ada rasa nak kencing tak”?

Memang ini sahaja soalan yang selalu kami tanya. Cara ini semamangnya sangat berkesan untuk pantau proses latihan anak. Lagipun pada peringkat usia anak 4 tahun, dia sudah memahami bahasa yang kami gunakan.

Anim sendiri di rumah memang mendidik anak menggunakan bahasa penuh (bahasa betul) tanpa acah-acah pelat supaya anak akan lebih faham. Anim hairan jika ada ramai yang suka gunakan bahasa manja atau pelat semada ketika nak bercakap dengan anak.

Sebenarnya, kita perlu gunakan bahasa yang betul untuk mereka faham. Bukannya dengan menggunakan bahasa mereka kerana mereka masih belum fasih dan cekap lagi.

Tugas kita adalah supaya anak mengikut dan meniru perkataan yang keluar dari mulut kita dan bukan sebaliknya.

Bayangkan kalau mat salleh guna bahasa pelat pada anak mereka?

“Do you wanna go to toilet dear?”

Adakah akan jadi seperti,

“du cu wan jo to tolet yeeer?”

Memang tak lah kan…

Tips: Ingat, bahasa itu penting.

[note style=”info” show_icon=”true”]Baca juga: Cara Terbaik Tingkatkan IQ Anak[/note]

4) Gunakan Potty Train

Potty train atau toilet training sebenarnya sangat membantu.

latih-anak-guna-potty-train

Anda boleh membeli potty train untuk mudahkan urusan anak buang air di tandas. Peringkat pertama suruh mereka duduk dahulu bagi menambah keseronokan ketika duduk di atas potty train. Sebenarnya design potty train sahaja sudah boleh menarik perhatian mereka kerana ianya sangat unik dan comel haha.

Anim sendiri memang sediakan khas untuk anak sulung dan latih dia menggunakannya. Nak beli yang mahal rasanya tidak perlu. Cukup sekadar ia boleh bantu anak supaya boleh gunakan tandas dengan selesa.

Paling mustahak, jika dah ada toilet trainer ni pastikan ia sentiasa di bersihkan bagi mengelakkan kuman dan rasa yang tidak menyenangkan kepada anak-anak.

 

Tak tahu nak cari Potty Train dimana? lihat sini —> Potty Train/Toilet Trainer

5) Hadiah Atau Ganjaran

Bila anak sudah menunjukkan peningkatan seperti tak terkencing atas tilam, dengar cakap setiap kali suruh ke tandas, berikan mereka sedikit ganjaran.

Ini juga tanda terima kasih anda pada mereka sebab ia bukan soal usaha dari pihak anda semata-mata. Anak tersebut juga sebenarnya berusaha untuk membiasakan diri. Sekali sekali reward mereka dengan berikan hadiah.

Contoh bawa anak tonton wayang, main layang-layang atau belikan alat tulis kegemaran.

Kalau perlu, belikan anak seluar dalam design ‘otomen’ supaya mereka selesa dan biasa memakainya. Pilihlah corak atau kartun kegemaran mereka. Pasti anak suka!

Kesimpulan

Jangan marah pada anak.

Ramai yang surrender bab ini kerana tak sabar bila latih anak. Anda perlulah bersabar semasa melatih anak-anak untuk tidak memakai pampers. Mengajarkan anak sesuatu perkara yang baik juga seolah kita melakukan ibadah. Ia perkara normal sekiranya pada fasa pertama latihan, mungkin anak ni ada yang terkencing dalam seluar dahulu dan kemudiannya barulah mereka beritahu anda. Chill la, nak didik anak kan!  Jangan lah terus melatah dan sergah budak tu okay. 

Sekiranya kita terus marah dan tengking,  jiwa mereka akan mudah memberontak. Ini akan buat anak-anak jadi berkecil hati dengan tindakan kita yang seolah-olah tidak ikhlas mendidik. Akibatnya mereka tak terus tak nak belajar tinggalkan pampers. Siapa yang susah? Anda jugalah kan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

SHARE pada rakan atau keluarga anda yang lain.

PS: Jangan samakan zaman kanak-kanak korang dengan anak-anak sekarang. Dulu korang pakai lampin, mak ayah jenuh berus siang malam tak bising pun. Penatnya tak terkira oiii.

ARTIKEL BERKAITAN

4 Comments

  1. Ummi Hanie Feb 10, 2017
    • Anim Feb 11, 2017
  2. Alan Jul 22, 2017
    • Anim Jul 22, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge