4 Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan Bangun Pagi

39 Degree? Wow memang cuaca panas terik sekarang

Ramai yang demam musim cuaca panas sekarang ini. Bukan saja kanak-kanak tapi orang dewasa macam kita pun tak boleh nak elak. Selalunya bila batuk menyerang, kahak mula akan berkumpul. Yiaks! Memang tak best sebab rasa tak selesa sangat.

Kadang-kadang batuk dah elok, tetapi masih ada banyak kahak. Suara pun serak ala-ala Ramli Sarip.

4 Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan Bangun Pagi

Selain ubat yang dijual dekat klinik atau farmasi, ada beberapa petua boleh korang cuba untuk hilangkan kahak yang terperam lama itu. Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati dan hasilnya cukup berkesan.

1) Minum Teh O Lemon  Dan Madu

Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan

Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan

Masa suami anim batuk tak berhenti dulu, mak anim ada suruh minum teh o campur madu. Biasanya memang mak akan sediakan ala-ala ‘pati’ simpan perahan lemon dan madu dalam bekas, kemudian simpan dalam peti ais. Air dari rembesan lemon akan keluar dan akan terus bercampur dengan madu. Kalau nak minum, just tuangkan sedikit dalam air minuman.

Untuk lebih mudah, boleh beli teh o ais limau yang dijual kat restoran. Tapi kalau nak lebih berkesan, buat sendiri lebih baik. Caranya mudah saja. Buat secawan teh O yang panas, lepastu campurkan sehiris dua lemon. Campurkan sedikit gula sebagai perasa kalau tak nanti kelat dan masam pula. Kemudian, campurkan sedikit dengan sesudu madu.

2) Makan Makanan Pedas

Selalunya kita dilarang makan makanan pedas-pedas bila batuk. Tetapi sebenarnya, makanan pedas ini secara tak langsung akan membantu untuk caikan kahak.

3) Minum Air Suam

Sebaiknya, bila tekak dah berkahak elakkan daripada minum air sejuk terutama yang kita simpan dalam peti ais tu. Amalkan banyak meminum air suam. Elakkan juga makanan yang berminyak contohnya seperti roti canai.

4) Garam- Berkumur Atau Makan

Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan

Petua Hilangkan Kahak Dan Cergas Badan

Biasanya kita dengar kalau sakit gigi atau gusi doktor akan nasihatkan supaya berkumur dengan air garam. Sebenarnya tak terhad pada sakit gigi atau gusi sahaja. Cara ini juga sesuai untuk melegakan tekak dari enapan kahak.

Campurkan sedikit garam dalam segelas air suam, dan kumur satu atau dua kali berterusan. Ia berkesan melegakan rasa tak selesa pada tekak.

Selain itu, makan secubit garam bersama air suam juga adalah sangat baik untuk kesihatan. Dalam rawatan islam, kaedah ini apabila diamalkan setiap pagi akan mengelakkan seseorang itu daripada mudah diserang penyakit. Sekaligus ia mencergaskan tubuh setiap hari.

5) Tropika Baby Herbal Cream

Tropika baby Herbal Cream- Merawat batuk & selsema

Tropika baby Herbal Cream- Merawat batuk & selsema

Bagi ibu bapa yang risaukan anak kecil batuk atau berkahak, penggunaan herbal baby cream ini sangat membantu untuk berikan kelegaan dan rasa nyaman supaya anak tidak meragam dan menagis swaktu tidur malam.

Maklumlah, anak kecil kalau batuk tambahan lagi berkahak tak reti untuk keluarkan sendiri. Jadi sebagai langkah encegah dan melegakan boleh amalkan krim dari jenama Tropika ini.

Sedikit info yang perlu korang tahu tentang produk ni, terutama bagi mereka yang baru kenal dengan produk Baby Herbal Cream Tropika.

Maklumat Baby Herbal Cream Tropika:

BABY HERBAL CREAM TROPIKA ini berfungsi sebagai KRIM TELON HERBA atau VIKS HERBA. Dua fungsi penting produk ni adalah:

1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics serta masalah lain yang biasa dihadapi oleh bayi. Kalau kita lihat, ini merupakan antara masalah utama bayi yang membuatkan ibu-ibu kadangkala stress dan tak lena tidur.

2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing ( nafas berbunyi ) memang ramai ibu-ibu cari krim ini untuk selesakan anak yang batuk dan selsema

Setelah buat kajian lanjut, rupanya bahan yang ada dalam krim ini adalah minyak kayu putih, bawang putih, halia dan minyak kelapa dara, patut la dapat membantu (krim ni memang tak panas dan sangat selesa pada bayi kita).

Cara penggunaan cuma sapu pada dada, tapak kaki, bahagian belakang leher.

 


Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge