3 Persediaan Anak Hadapi Ujian Diagnostik Darjah 1

Anak darjah 1 tahun depan?

Assalamualaikum. Bulan ni baru free sikit untuk update blog post.

Sebenarnya dah lama Anim nak tulis artikel berkaitan isu ini, namun asbab kesibukan terpaksa tangguhkan. So hari ini baru ada kesempatan untuk menulis.

3 Persediaan Anak Hadapi Ujian Diagnostik Darjah 1

Ya, sekarang ni kalau nak masuk darjah 1 anak-anak kita akan duduki satu ujian saringan khas (Ujian Diagnostik). Tak boleh tak, wajib!

Ujian ni juga akan mengambil kira kedudukan kelas anak-anak nanti semasa tempoh darjah 1. Kiranya macam saringan awal lah gitu. Namun akan ada perubahan atau rombakan yang dibuat oleh pihak sekolah semasa musim peperiksaan yang bakal berlansung 3-4 bulan kemudiannya.

Antara 3 persedian wajib yang anak perlu sebelum duduki ujian diagnostik darjah 1 ini ialah:

  1. Pastikan anak anda boleh membaca
  2. Pastikan anak boleh mengira
  3. pastikan anak bleh menulis

Fuhh, banyak nak kena pastikan di situ…

Secara asasnya 3M ini adalah faktor utama yang bakal dinilai oleh sistem persekolahan hari ini. Alam persekolahan sekarang tak sama macam kita dulu. 20 tahun lalu, murid darjah 1 hanya kenal kertas soalan periksa selepas separuh tahun berada dekat sekolah. Tu pun masih ujian biasa-biasa.

Kehidupan dan gaya hidup anak-anak pada waktu dulu juga tak sama seperti hari ni. Dulu, lebih bebas dan banyak aktiviti luar yang menyeronokkkan. Main layang-layang, main bola, lumba basikal degan kawan-kawan dan banyak lagi. Berbeza dengan generasi kecil sekarang, kebanyakan masa dihabiskan dekat rumah, tv dan gadget lah sahabat akrab.

Bagi anak-anak ‘moden’ sekarang, sebenarnya beban persekolahan bukan bermula ketika mereka darjah 1. Tetapi sejak hari pertama jejak kaki ke sekolah tadika.

Ilmu sememangnya bagus jika didedahkan awal pada kanak-kanak. Namun harus menggunakan pendekatan yang betul dan bersesuaian mengikut tahap. Jika tak, ia hanya akan bina persepsi negatif terhadap anak tersebut dan boleh jadi mereka hilang minat untuk belajar.

Ujian Diagnostik Tahun 1

Tahukah anda, salah satu mimpi ngeri anak kecil adalah mereka akan menghadapi ujian Diagnostik seawal hari pertama persekolahan. Ada pihak sekolah yang melaksankannya semasa proses darftar sekolah samada seminggu awal atau 2 minggu awal, bergantung.

Ujian diagnostik ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan anak bagi 3 subjek utama.

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

Masa yang diberikan biasanya adalah 1 jam untuk ujian diagnostik ini. Dalam masa yang sama ibu bapa akan mendengar taklimat yang diberikan oleh pihak sekolah dalam dewan.

3 subjek yang diuji ini merupakan asas bagi menguji tahap berfikir dan kemahiran anak tersebut. Contohnya seperti subjek Bahasa Melayu. Bertujuan untuk menguji samada anak kita sudah kenal huruf dan abjad. Boleh membaca perkataan dan sebagainya.

Bagi subjek Bahasa Inggeris pula ia menguji tahap kemahiran asas kanak-kanak dalam mengenal perkataan-perkataan asas yang mudah. Dalam kes ini juga ada sesetengah sekolah yang menilai hasil ujian untuk kemasukan anak ke program DLP. Selalunya kelas pertama (Tak semua sekolah ada program DLP).

Begitu juga bagi ujian Matematik dimana anak-anak akan dijuji teknik mengira, dan membilang. Kemahiran asas mengira sangat penting.

Berikut sekitar contoh bentuk soalan Ujian Diagnostik Darjah 1.

 

Contoh Soalan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu

Contoh Soalan Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris

 

Contoh Soalan Ujian Diagnostik Matematik

Jika kita lihat, sebenarnya  bentuk soalan ujian diagnostik darjah 1 ini tak lah begitu susah. Ia amat mudah bagi kanak-kanak yang sudah menguasai kemahiran asas begi ketiga-tiga subjek yang diuji. Sebab itu anak-anak dari sekarang perlu dilatih dan dipantau untuk kuasai 3M seperti yang dinyatakan diawal artikel ini.

Bukan apa, terdapat banyak kes dimana ramai kanak-kanak masih belum reti menulis namanya sendiri. Malah mengira juga masih terkial-kial. Sebab itu juga Anim menyeru supaya ibu bapa bersedia untuk menjadi GURU dirumah bagi memantau dan mengajarkan sedikit subjek kepada anak jika berkelapangan.

Apabila kemahiran asa ini tidak dikuasai, maka anak akan berdepan dengan kesukaran ketika sesi persekolahan sepanjang tahun. Malah di khutiri akan banyak ketinggalan dek kerana silibus matapelajaran kini boleh dikataka agak susah dan memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Sedikit sebanyak kesan dari ujian ini juga mewujudkan tekanan bagi si kecil lebih-lebih lagi yang memang zero dan tak bersedia. Kita sedia maklum, bukan semua mampu menulis pada kertas jawapan ujian. pada tahap usia anak begini, masih terdapat yang jenis menguasai ilmu secara verbal, tetapi belum mahir menulis di atas kertas.

Disini, Ibu bapa harus mainkan peranan bukan saja aspek pendidikan. Tetapi keperluan mental dan emosi anak.

Usah mudah terpengaruh untuk hantar anak ke tuisyen seawal usia begini hanya kerana ikut-ikut anak orang lain. Ini sebenarnya gejala yang jadi tekanan bukan saja pada anak kecil, bahkan pada ibu bapa yang akan mendaftar anak ke darjah 1 esok.

Sebaiknya, sediakan meterial pendidikan mereka dirumah terlebih dahulu. Seimbangkan antara bila mahu belajar dan bermain. Jangan skip aktiviti outdoor dan fizikal. Ini sangat penting untuk sistem motor dan otak anak.

Sekiranya perlu, latih anak untuk membaca dan menulis dirumah. Bukan dengan bebaskan mereka dengan telefon bimbit dan YouTube 24 jam. Inshaallah jika ibu bapa turut serta dalam memantau dan menyediakan meterial pembelajaran, anak-anak akan lebih seronok.

The most important, ibu bapa harus berikan galakan dan semangat untuk anak terutama yang bakal ke darjah 1.

Kita faham persaingan mereka nanti semakin sengit. Masing-masing berlumba siapa paling pandai.

Sebenarnya, sedikit sebanyak akan efek kita ibu bapa juga. Bayangkan sekarang murid yang mendaftar ke tahun 1 saja lebih dari 300 orang. Ini membbuatkan pihak sekolah terpaksa pecah kelas menjadi 7-8 kelas bagi sesi darjah 1 saja dengan kapasiti purta seramai 40 orang satu kelas.

Untuk seorang guru menumpukan kepada 40 rang murid bukanlah kerja mudah. Tambahan lagi dengan konsep belajar KBAT sekarang.

Terdapat kes dimana guru juga pening kepala bagiamana untuk memberi anak kecil kita faham dengan sesebuah silibus tersebut. Bukan asbab mereka tidak pandai mengajar, namun asas berfikir kebanyakan murid masih belum capai tahap status yang sepatutnya. Anda bayangkanlah!

 

Kesimpulan

Siapa tak suka anak kecik-kecik lagi dah pandai kan..

Anim pun suka, so dah tentu anda ibu bapak pun gembira.

Zaman belajar sekarang, kena ingat satu je. Tak sama macam dulu. Dulu GST pun tak ada, sekarang? Ya makin susah. Sama jer macam pendidikan juga.

Nak anak pandai, terapkan nilai-nilai murni dan suruh mereka jadi rajin. Buat banyak latihan. Kejut bangun pagi-pagi. Lepas sarapan ajak baca buku sama-sama.

Dah habis, pergi lah ajak mereka bermain. Okeh!

 

Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan perhatian kita sebagai ibu bapa.

PS: Anak yang berjaya tak semestinya mereka yang perolehi banyak A. terdapat 1001 macam faktor lagi.

NAK DAPATKAN CONTOH 3 SET SOALAN UJIAN DIAGNOSTIK?

3 subjek wajib bagi ujian diagnostik yang bakal dijawab murid kemasukan tahun 1 :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

Sekiranya ANDA (IbuBapa) berminat untuk mendapatkan contoh set soalan UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 1 bagi ketiga-tiga subjek berikut, boleh klik butang dibawah

DAPATKAN SET SOALAN UJIAN DIAGNOSTIK

Comments

comments

Leave a Reply

CommentLuv badge