21 Pesanan Isteri Untuk Suami

21-pesanan

Rumah tangga yang sepatutnya menjadi tempat menyemai kasih, istirehat, tempat bermesra, dan sebuah institusi kekeluargaan yang memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami telah menjadi sebaliknya? Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagian yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumah tangga sekarang. Ini yang sering dan ramai orang perhatikan samada di media social ataupun di dada-dada akhbar.

MENGAPA SEMUA INI TERJADI?

Sebelum itu, izinkan saya memohon maaf andainya bacaan ini ada mengundang rasa kecil hati segelintir daripada anda. Tiada niat sengaja ataupun ingin menjadi dacing timbangan berat sebelah untuk menyokong atau memihak kepada mana-mana individu. Sekadar perkongsian yang mungkin akan membuka sedikit pembuluh minda anda.

Sekarang, kebanyakan para suami yang telah ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Ini bukan lagi kisah dalam wayang atau drama sinetron yang anda boleh ambil tisu dan lap air mata ketika menonton. Namun ia sebuah rialiti pakej kehidupan yang telah terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. Sikap ambil mudah dan tidak peduli oleh suami ini menyebabkan berlakunya pelbagai masalah dalam rumah tangga yang sering kali timbul.

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumah tangga ialah kerana disebabkan kegagalan pemimpin sesebuah institusi keluarga. Ini berdasarkan statistik dan kajian yang dilaksanakan sejak awal 2003 hingga sekarang.

Cukup! Cukup lah bertikam lidah dan mencari salah. Ia bukanlah soal siapa, tapi lebih kepada soal membetulkan keadaan yang harmoni semula.

Teruskan membaca..

Berikut telah Anim senaraikan 21 pesanan penting buat isteri untuk suami yang anim rasa perlu diambil perhatian serius oleh golongan suami agar rumah tangga kekal harmoni dan bahagia. Maaf, bukan semua anda mampu buat dan ikut, cuma lakukanlah semampu yang boleh.

  1. Selalulah menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isetri yang berkerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan sumbatkan di telinga kiri. Sambil itu, si suami juga perlu segera memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
  3. Jangan sesekali membandingkan masakan isteri atau cara isteri manghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
  4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama mengajak kita untuk berkahwin untuk bersama-sama membina dan bertolak ansur dan bukanlah semata-mata untuk penuhi syahwat.
  5. Jika sudah mempunyai anak, sama-samalah menjaga mereka. Benih itu datangnya daripada sang suami juga dulunya. Ada segelintir suami, isteri sedang makan disuruhnya cebokkan kecing berak anak sedangkan suami duduk tersandar di atas sofa mewah.
  6. Ambil hati isteri dan bantulah isteri. Jangan sesekali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas,membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata isteri dan sayu hati isteri bilamana tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan cik abang lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan dibedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal hanya ekor ikansekerat, janggut sotong, dan batang kangkung. Frust lah kawan tu..
  8. Sekurang-kurangnya, beritahulah isteri juga jika mahu mengajak kawan datang kerumah. Sebaiknya sehari atau dua hari awal. Jadi boleh lah si isteri memasak yang ‘best-best’ dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri jika tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak berselerak dan si isteri cuma sempat masak mee segera saja. Tak ke jatuh air muka anda juga sebagai suami?
  9. Jangan sesekali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi itu. Tengok body sendiri dalam cermin terlebih dahulu.
  10. Janganlah kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut? Sorok kentut dalam perut ya?
  11. Hormatilah ibu bapa da ahli keluarga isteri seperti mana dia menghormati keluarga anda. Tak kisahlah jika anda hanya berwayang atau bodek keluarganya sewaktu anda bercinta dulu-dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri terutama keperluan isi rumah tangga. Sekali sekala tolonglah belikan minyak masak, bawang, lada atau sayur daripada balik dengan tangan kosong dengan hanya sekotak rokok.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan. Selalunya wanita ni, semakin suami degil tak mahu minta pertolongannya, selagi itulah dia rela nak tolong. Lain pula ceritanya jika anda kahwin dengan wanita yang kedekut!
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, ringankan tangan dan letakkan dalam bakul baju kotor. Tak sampai 10 minit pun bukak baju dan letak dalam bakul. 5 saat jer.
  15. Rajin-rajin lah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda seperti kerja rumah atau menjaga anak. Ini bukan kerja sorang-sorang “lone ranger” . Ini kerjasama kan. Tapi jangan pula tanya dua tahun sekali. Jangan pula tunjuk rajin bila ada tetamu dirumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka juga manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi banyak diputar belitkan dan di tambah-tambah untuk kepentingan orang lelaki.Isteri di amanahkan supaya untuk membahagiakan suami, manakala suami pula tugasnya adalah melindungi si isteri dan menjaga amanah pemberianNya.
  17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi lah tak boleh. Bayangkan jika isteri anda yang buat? Tentu anda tak boleh nak bertolak ansur kan. Jadi mengapa isteri perlu bertolak ansur jika anda buat?
  18. Kalau isteri nampak tak sihat, sila dekatinya dan tanya kalau-kalau dapat bantu mana yang patut. Urut-urut badan ke, atau picit-picit kepala. Segera bawa berjumpa doktor tunjukkan tanda anda “care” pada isteri
  19. Berusaha dengan keras untuk mempertahankan keharmornian rumah tangga. Jangan buat sesuatu yang isteri tidak suka. Perempuan ni mereka jarang nak luahkan jika mereka tak suka, lebih banyak berdiam dari bercerita. Jadi alert sekali sekali. Percayalah jika suami berbuat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
  20. Berbincanglah juga dengan isteri sebelum nak buat sesuatu keputusan. Walaupun suami megah ada kuasa Veto, tak jadi bapok pun kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Rendahkan sedikit darjah keegoan anda demi keharmornian inshaallah orang sekeliling lebih senang.
  21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau brkecil hati. Kalau perlu minta maaf, lakukan segera. kalau perlu pujuk, pujuklah cepat-cepat. Hati wanita ini sensitif. Jika isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Janganlah anggap masalah hati dan perasaan wanita ini mudah saja. Kalau kita semua pakat mogok, anda juga yang rugi.

Semoga anda semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka untuk menerima permintaan dan pesanan isteri. Sekadar perkongsian dan kutipan daripada sisipan segenap lapisan masyarakat. Diharap serba sedikit dapat diambil untuk di amalkan dengan rela hati. Orang yang baik, hatinya besar dan sentiasa terbuka..

Anda Juga Mungkin Suka Artikel Dibawah

One Response

  1. jaka Sep 22, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge