PERASAN TAK, 13 JENIS SIKAP INI ADA PADA ANDA?

13 Perubahan Sikap Anda Ketika Ramadhan Yang Anda Sendiri Tak Percaya

Salam Ramadahan…

Apakah keistimewaan dalam bulan Ramadhan? Apakah keajaibannya?

Kebanyakan anda tentunya sudah mengetahui yang bulan puasa (Ramadhan) itu suatu bulan yang cukup istimewa pada semua yang beragama islam. Pada bulan ini juga, perkara yang jarang ada pada bulan-bulan yang lain akan diperlihatkan samada kegembiraan, kesedihan, kemeriahan, luas dan panjangnya masa serta lain-lain lagi.  Salah satu keajaiban di bulan mulia ini ialah turunnya Al Quran yang menjadi pegangan dan rujukan umat islam seluruh dunia.

Sebenarnya ramai yang perasan akan perubahan sikap ketika masuknya bulan Ramadhan. Selain menunaikan ibadah puasa, anda mungkin tak perasan dengan perubahan sikap anda yang anda sendiri tidak sangka.

13 JENIS PERUBAHAN SIKAP ANDA PADA BULAN RAMADHAN.

1. Semangat anda lain macam di awal pagi dan sentiasa datang awal berkerja. (ada juga yang berubah jadi lebih mengantuk mungkin sebab tadarus sepanjang malam)

2. Anda kelihatan lebih cool (tenang) dan tidak banyak berkata-kata.

3. Anda jadi rajin untuk ke surau samada di tempat kerja atau berada di rumah.

4. Sekarang anda tak mahu nak melengah-lengahkan solat. kalau boleh nak solat di awal waktu atau pun berjemaah

5. Makanan kegemaran anda akan berubah di bulan puasa. Kalau biasanya suka makan masak lemak cili api, mungkin sekarang anda lebih suka ketam blackpaper atau ayam golek bakar.

6. Anda jadi tak heran sangat pun bila mamat mynmar atau apek cina tu hisap rokok depan anda walaupun sememangnya anda adalah perokok tegar. Bagi anda, biasa-biasa saja.

7. Anda seorang yang makan banyak selalunya. Selera anda mungkin tertahan tanpa paksa di bulan puasa samada ketika berbuka atau sahur apabila anda mempunyai target untuk pakai seluar jeans bersaiz 29 bila hari raya nanti.

8. Secara autommatik anda jadi seorang penyabar dan tidak baran lagi. Biasanya kalau anak-anak anda atau murid-murid (jika anda guru) buat hal , pasti ada yang kena. Tapi anda lebih relax dan senyum . Nampak keikhlasan anda dekat situ.

9. Anda lebih kerap teringatkan ibu atau bapa anda yang tinggal dikampung. Dalam bulan Ramadhan biasanya anda akan hubungi mereka berkali-kali tidak seperti bulan lain . Soalan biasa (berbuka apa hari ni? Masak apa hari ni?)

10. Anda lebih mudah minta maaf dan memaafkan orang lain jika mereka berbuat salah terhadap anda.

11. Anda mula menyukai ustaz-uztaz dan sering dengar ceramah mereka dekat smartphone anda.

12. Hati anda mula berubah! Hati anda mudah tersentuh. Anda mungkin tak pernah menangis sepanjang hidup (kecuali waktu bayi), tetapi satu atau dua hari dalam bulan Ramadhan tiba-tiba anda menangis kerana sesuatu.

13. Anda tak tahu pun selama ini anda adalah seorang chef (tukang masak) yang hebat! Segala jenis tok nenek lauk pauk yang tak pernah anda masak sebelum ni, tiba-tiba dapat pujian melambung daripada suami. Ini kan hebat!

14. Kalau anda menyusukan bayi pula, anda jadi bimbang dan risau bekalan susu tak cukup. Mungkin anda boleh amalkan doa ini – Doa Mustajab Ibu Menyusu Ketika Di Bulan Ramadhan.

 

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang berbunyi – “Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari Api Neraka. Bagi orang-orang yang berpuasa itu, baginya ada dua kegembiraan. Pertama adalah  pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap ilhai”

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ  Allah SWT telah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” – (surah Al-Baqarah 183)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah malah ia ibarat menguncikannya. Secara tidak langsung, lebih mudah untuk kita melakukan ibadah.

 

“Selamat Menunaikan Ibadah Puasa”

 

P.S: Orang yang hensem ialah orang yang puasa penuh! Aku cun, sebab tu ada yang terpaksa kena tinggal 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge