10 Tips Mengepam Susu Ibu Supaya Bertambah Banyak

10 tips banyakkan susu badan ibu

Tips Mengepam Susu Ibu Supaya Bertambah Banyak

Alhamdulillah, tahun ini rasanya dah matang tempoh penyusuan yang Anim buat untuk Sofia. Kira nak complete dah ni syukur. Antara yang dilakukan sepanjang tempoh PSI (Penyusuan Susu Ibu) adalah mengepam.

Hari ini Anim nak kongsikan 10 Tips Cara Mengepam Susu Ibu Supaya Hasil Bertambah Banyak. Sebelum tu, suka Anim ingatkan, banyak saja tidak cukup. Yang penting kualiti!

10 Tips Mengepam Susu Ibu Untuk Bertambah Banyak

  1. Mula dengan Bismilllah & Urutan

    Sebagai orang Islam, mendapat keberkatan itu adalah penting. Jadi semua kerja akan mudah untuk terima hasilnya. Lakukan urutan awal bermula dari bahagian ketiak.
    cara banyakkan susu ibu dengan mengurut payudara
    Gunakan jari dari tangan yang bertentangan untuk membuat urutan bulatan kecil di sekeliling payudara. Lakukan berulang kali.Kemudian, anda juga perlu buat urutan dari dada hingga ke Areola. Lakukan urutan yang sama juga pada payudara di sebelah. Jangan lupa, setiap aktiviti hendaklah dimulakan dengan basmalah.

  2. Ikut Rutin Harian Anda.

    Bila tiba bab mengepam ni, perkara pertama harus ambil berat ialah keselesaan itu juga. Jadi pastikan tempat dan kerusi anda duduk selesa. Sediakan air kosong dan alat bantu mengepam.

    Make sure, perkara ini sama untuk setiap sesi berikut dan pada hari-hari seterusnya.

    Tips: Tenangkan diri terlebih dahulu dan jangan lakukan tergopoh-gapah. Ia akan efek kepada hasil mengepam nanti. Nak banyakkan susu badan, anda harus tenang dan santai. Campak ke tepi soal kerja dan beban yang stress terlebih dahulu.

  3. Pam Dengan Lebih Kerap

    Amaran: Untuk menambah hasil susu badan dan supaya susu badan lebih banyak, amalan mengepam wajib dibuat. Pam dengan lebih kerap dan bukan pam lebih LAMA.

    Ya mengepam lebih kerap adalah bertujuan untuk memperolehi hasil yang maksimum. Bukan lebih lama seperti yang kebanyakan ibu-ibu muda lakukan. Itu hanya akan membuatkan diri sendiri menjadi letih.

    Sekiranya kalian risau produksi susu badan tak cukup untuk penuhi keperluan anak, mohon mengepam payudara dengan lebih kerap. Sekiranya perlu, sila tambah sesi mengepam dari jadual biasa anda lakukan.

    cara menambah susu badan ibu

  4. Mula Pada Awal Pagi

    Salah satu waktu terbaik mengepam adalah pada sebelah pagi. Ibu-ibu yang serius nak susukan anak dan mahu tambah susu badan lebih banyak usaha untuk bangun awal dan rajinkan mengepam diawal pagi.

    Waktu pagi selalunya payudara akan ada lebih banyak susu disebabkan badan sedang aktif menghasilkan susu sepanjang malam. Kalau nak tahu, hormon Prolaktin dan hormon Oksitosin akan berada pada paras lebih tinggi di waktu malam. Itu pun dengan syarat anda rajin menyusukan anak sepanjang malam.

    Cara ini bagus untuk diamalkan supaya dapat membantu menambah susu badan dan buat stok EBM.

  5. Lakukan Tandem Pumping

    Okeh ini kaedah yang saya kira mustahak untuk dilakukan oleh para ibu yang menyusukan anak.

    Tandem pumping ni macam ni… Semasa anak menyusu, pam lah payudara di sebelah lagi.Anak anda merupakan pencipta signal paling hebat pada otak melalui gaya hisapannya.

    Selalunya ibu-ibu ni akan mudah merasa let down reflek bila menyusukan anak berbanding sewaktu sesi mengepam susu. So ia membantu ibu perolehi hasil susu sewaktu  anak sedang disusukan melalui payudara yang di bahagian sebelah.

    Tips: Pastikan anak minum disebelah payudara saja setiap kali menyusu dan untuk sesi penyusuan seterusnya boleh berikan pada bahagian sebelah pula. Okay!

  6. Minum Air Masak Yang Cukup

    Samada anda menyusukan bayi atau lakukan aktiviti mengepam, anda masih perlukan air yang cukup untuk tubuh.

    Proses penyusuan/mengepam ni akan mudah buatkan tekak haus dan kering. Tubuh perlukan air untuk tenaga dan produksi susu seterunya. Sama juga seperti anda consume apa-apa suplimen penambah susu badan.

    Air wajib dan tak boleh tidak tinggalkannya.Saranan Anim, minum dulu beberapa gelas air sebelum sesi mengepam dilakukan. Kemudian pam lah dengan tenang dan seronok. Seperkara lagi yang harus anda ingat, biarlah ikhlas melakukannya supaya hasil susu badan lebih banyak dan susu ibu bertambah.

  7. Mengepam Ketika Kerja

    Anim tahu ramai antara kita pun berkerja kan. Jadi soal mengepam pun tak boleh ditinggalkan. Kat sini Anim nak sentuh waktu mengepam dan persediaan perlu dilakukan sekiranya anda berkursus atau sedang hadiri seminar tempat kerja.

    Jadi, jika kebetulan anda terpaksa hadir ke kursus oleh sebab kerja, pastikan anda bangun lebih awal dari biasa untu sesi pertama mengepam. Ini bagi memasti payudara dikosongkan dan elakkan susu drop.

    Sediakan bekalan seperti roti, biskut, air, susu kotak atau jus. Apa saja makanan ringan. Okeh ini kerana, ada sesetangah waktu anda terpaksa skip untuk ke dewan makan kerana perlu mengepam susu badan di bilik.

    Jangan lupa bawa storage bag, cool pack/ice pack untuk simpanan susu EBM anda sementara. Sila gunakan ice pack yang telah di frozenkan.

  8. Lakukan Power Pumping

    Teknik ini terbukti membantu ibu yang inginkan produksi susu maintain dan ketika dalam keadaan dimana susu badan kurang. Yang penting jadual pam rutin anda di tempat kerja juga harus diberi penekanan. Actually power pumping (PP) ni perlu kita jadikan amalan.Macam mana nak buat?

    Jika guna pum single:
    Pam payudara side kanan selama 10 minit. Kemudian tukar pam pada sebelah kiri pula selama 10 minit yang sama.
    Tukar semula kedudukan pam pada sebelah kanan 10 minit, lepastu pam balik semula payudara sebelah kiri 10 minit.

    Akhir sekali, pam semula sebelah kanan 10 minit dan akhirnya kiri pulak 10 minit. Jadi total semuanya dalam masa sejam adalah 30 minit saja mengepam payudara sebelah kanan, dan 30 minit sebalah kanan. Alah senang jer, baca balik semula kalau tak faham.

    Jika guna double pum:
    pam serentak saja payudara sebelah kiri dan kanan selama 10 minit. Kemudian rehat kejap 10 minit. Kemudian sambung mengepam 10 minit, dan lepastu rehat balik semula 10 minit (time ni leh makan, buat apa yang patut). Cukupkan total semuanya 30 minit bagi sesi power pumping tadi. Dan baki 3o minit lagi tadi adalah rehat. Itu saja simple!

  9. Makanan Penggalak Susu

    Minum minuman tambah susu badan seperti Lactamum 4 -5 jam awal sebelum sesi mengepam seterusya. Colostrum, milk thistle dan halba dalam kandungan lactamum dapat bantu menggalakkan hasil susu badan bertambah banyak, lebih-lebih lagi berduet dengan teknik mengepam yang betul dan waktu yang sesuai sepeti diberitahu.

  10. Jangan Bagi Alasan Tidak Mengepam Susu

    Ya Anim tahu kita semua sibuk. Sibuk kerja cari duit, urus hal bos, urus hal rumah tangga dan macam-macam perkara lagi. Namun harus ingat setiap manusia itu punya 24 jam waktu setiap seorang untuk digunakan dengan bijaksana. Tak lebih tak kurang walau 0.000001 saat pun.

    Jika saya boleh anda pun boleh! Niat dan ikhlas ini kuncinya. Inshaallah.

    Mengepam ni perkara mudah dan seronok jika kita bayangkan yang anak akan dapat susu ibu terbaik buat mereka membesar kelak.

    Antara teknik mengepam paling disukai adalah tandem pumping yang Anim ceritakan tadi. Cuba dulu yang ini, sebelah anak hisap, sebelah lagi pum. Cara ini akan wujudkan extra demand dan lama kelamaan akan produce lebih banyak susu. Thats it!

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat bantu anda dan para ibu menyusukan anak untuk peroleh hasil yang mencukupi. Selain tu, suka Anim ingatkan, perkara terpenting yang harus dijaga untuk jayakan proses penyusuan susu ibu ini adalah mindset ibu tu sendiri.

Jaga pemakanan. Makanlah makanan yang berkhasiat.  –> Makan Ini Untuk Tambahkan Susu badan

PS: Makanan yang baik, bersih dan bernutrisi adalah pembekal khasiat utama kepada ibu menyusukan dan untuk anak tu sendiri melalui air susu ibunya.

PSS: Buat benda baik dapat pahala kan? Salah satunnya, kongsi dan share info ini pada kawan anda. Sekurang-kurangnya ia beri manfaat pada ramai orang kat luar sana. Thanks bye =)

Assalamualaikum.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge