10 Tanda Anda Termasuk Orang Yang Ber-IQ Tinggi

Ya macam mana nak tahu adakah anda tergolong dalam orang-rang yang mempunyai IQ tinggi?

10 tanda Anda Termasuk Orang Yang Ber-IQ Tinggi

Semua orang ada tahap kecerdasan minda masing-masing.

Tak sama. Sebab tu anda boleh lihat anak jiran sebelah tak sama tingkah lakunya dengan anak anda.

Setiap orang mempunyai tahap kecerdasan minda yang berbeza-beza. Tahap IQ yang tinggi bukanlah atas faktr genetik yang diwarisi. Ia adalah satu anugerah

Ada dua cara jika anda & suami serta anak anda ingin tingkatkan keupayaan minda:

a) Anda dilahirkan dengan otak genius.
b) Anda amalkan makan makanan minda untuk optimize fungsi otak

Tapi korang tahu tak.

Orang yang IQ tinggi ni, ada ciri-ciri unik yang tak ada dekat kebanyakan orang.

Selain tu, tisak semestinya orang yang ber-IQ tinggi ni kita ukur berdasarkan sijil yang dia peroleh atau keputusan ujian IQ khas semata-semata.

Ciri-ciri orang yang mempunyai IQ tinggi

#1 Orang Yang IQ nya Tinggi Mudah Tersenyum Sendiri

Bukan sebab mereka tu giler, tapi selalunya sebab teruja atau terpesona dengan idea-idea yang power dari otaknya sendiri. Sometimes, tengah duduk-duduk makan ais krim pun ia boleh terjadi.

Kalau kita lihat situasi begini, ada yang beranggapan seseorang tersebut mungkin tidak siuman. Tapi menilai dari sudut pandang macam tu agak kurang tepat. Antara kegilaan dan tahap pemikiran luas (IQ tinggi) dua perkara berbeza.

Orang yang ber IQ tinggi boleh kembali pada rialiti yang nyata didepan.

#2 Orang Yang Ber-IQ Tinggi Cepat Bosan

cara tingkatkan IQ anak

Semakin tinggi IQ seseorang, maka makin mudah baginya memahami sesuatu konsep yang rumit.

Contoh macam bagaimana nak bina website. Buat aps macam lazada tu ke.

Macam mana nak selesaikan soalan matematik.

Orang kita cakap pickup power. Pickup lebih…

Tetapi, apabila sesuatu perkara tersebut terasa sangat mudah, mereka menjadi cepat bosan.

#3 Percaya tak? Orang IQ Tinggi Ni Tak Popular Pun.

Macam Anim. ewahhh hahaha.

Okay gurau.

Biasanya orang ber-IQ tinggi ni jumlahnya sedikit.

Asbab kecerdasan otak mereka yang unik ini, ada waktunya pergaulan mereka dengan orang sekeliling tidak mesra dan kelihatan seperti orang tak reti bergaul dengan masayarakat.

Jadi jangan hairan kalau ada kawan-kawan yang selalu jarakkan diri, bersendirian, stay low profile dan tak nak kawan dengan anda.

Bukan sebab dorang sombong. Mungkin IQ tinggi kan!

#4 Selalu Tidur Lewat Malam

Semakin tinggi IQ seseorang, makin banyak pula area dekat otak mereka yang aktif.

Akibat dari gejala ini, selalunya mengakibatkan orang-orang ber-IQ tinggi ini susah nak tidur.

Setiap kali nak tidur saja, mesti ada perkara yang muncul atau terlintas difikiran membuatkan mereka bergegas keluar atau mula mengarang sesuatu.

Mereka hanya akan tidur setelah sampai satu tahap samada, masalah atau idea itu dapat diselesai dan dihurai dengan sempurna. Boleh jadi sehingga mereka giveup dan tertidur atas meja soho masing-masing.

#5 Orang Ber-IQ Tinggi Selalu Dianggap Aneh

Rowan Atkinson (in character as Mr. Bean) in 2007.

Ya.

Jangan marah kalau orang cakap anda ni aneh. Mungkin anda mempunyai IQ yang lebih tinggi dari orang lain.

Oleh kerana ketinggian ilmu dan IQ, golongan ini selalunya mempunyai data kreativiti atau ciptaan luar biasa.

Adakalanya, bakat atau pemikiran mereka ini susah untuk diterima oleh orang sekitar.

Walaupun ada cakap-cakap yang mereka ini aneh, nerd dan sebagainya. Namun jika ciptaan mereka itu ternyata bagus dan power, mereka mungkin menerima pujian, tetapi tetap dianggap aneh. 🙂

#6 Orang IQ Tinggi Mempunyai Keyakinan Yang Tinggi

Kadang-kadang mungkin dilihat seperti berlagak atau sombong.

Ye la, mereka sedar akan kelebihan yang dimiliki tidak ada pada orang lain membuatkan mereka tak ada masalah  untuk percaya pada diri sendiri.

Namun tanggapan sesetangah orang mungkin tersalah dalam hal ini bila mana mereka menganggap ia satu sifat berlagak seperti yang didakwa.

#7 Orang Ber-IQ Tinggi Sukar Menghargai Orang Lain

Mereka ini selalunya susah nak menghargai orang lain kerana terlalu percayakan diri sendiri.

Malah setiap apa yang dikatakan, percakapan, idea atau kertas kerja mungkin dilihat perkara remeh dan sia-sia kepada mereka.

Orang yang tinggi IQ biasanya tidak sependapat dengan orang lain. Apa yang mereka percaya itulah yang benar.

Asbab dari tu, golongan ini agak susah untuk menghargai orang lain misalnya suka mencelah bila tengah berbual, selalu bantah bila rakan lain mengeluarkan idea dan lain-lain.

#8 Keinginan Terhadap Sesuatu Yang Tinggi, Sukar Dihalang.

Kategori begini ni bermaksud, apabila individu tersebut berkehendak akan sesuatu maka ia akan cuba sedaya upaya untuk memperolehinya.

Sekiranya ia melibatkan sebuah idea atau kertas kerja mahupun sebuah cadangan, mereka akan percaya itu adalah perkara mustahak dan perlu dilaksanakan hingga penamat.

Dengan kata lain, keinginannya untuk mewujudkan tujuan yang dilihat begitu kuat sehingga sukar untuk dihalang.

Pantang menyerah kalah

Sikap seperti ini ditafsirkan sangat bagus.

Tetapi ada sebahagianya jadikan seseorang itu tidak sedar akan risiko dan bahaya yang berada di hadapan.

#9 Orang Yang Mempunyai IQ Tinggi Sering Bercakap Sendirian

Betul ke?

Adakah anda selalu bercakap sorang-sorang?

Depan cermin? Haha

Jangan bimbang.

Itu merupakan salah satu ciri-ciri orang yang mempunyai IQ tinggi.

Ia sedar tentang kemampuan logik akalnya dan selalu meletakkan imaginasi dan pemikirannya sebagai top priority.

Kadang-kadang, ada di lihat golongan orang ber IQ tinggi ini suka mencipta ruang seolah-seolah berdikusi dalam kotak pemikiran mereka sendiri.

#10 Mementingkan Penggunaan Bahasa Yang Betul

Orang ber-IQ tinggi sedar yang konsep pemikiran yang dimilikinya kadangkala boleh menjadi rumit dan sukar untuk di terjemahkan.

Boleh jadi atas sebab tersebut mereka perlu berbicara dalam frekuensi yang difahami oleh semua orang.

Salah satunya dengan menggunakan bahasa yang betul dan mudah faham

Kalau mereka bercakap bahasa Melayu, bermakna setiap percakapan mereka itu lancar, jelas dan tidak berbelit malah menggunakan terma-terma yang mudah difahami.

Ya bukan semua orang boleh cakap bahasa Melayu dengan betul, especially bila time interview kerja kerajaan.

Dari 1 hingga 10, adakah anda mempunyai ciri- ciri yang disenaraikan diatas?

Tahniah! Anda seorang yang ber-IQ tinggi.

Kesimpulan

Kepada ibu bapa khususnya, kita selalu risau apabila sentuh berkaitan bab pelajaran dan isu-isu akedemik si anak bukan?

Jadi saya ada satu soalan untuk anda yang sedang membaca.

Anda (Ibu Bapa)! Berminat nak tahu cara bagaimana anak anda boleh miliki 6 SIFAT dibawah?

  1. Mudah kejut bangun pagi
  2. Bersemangat, tidak mengantuk & tak lesu dalam kelas
  3. Memori (daya ingatan) lebih kuat (bagus bila menghafal)
  4. Tak malas belajar dan membaca
  5. Fokus meningkat 70% terutama di dalam kelas
  6. Badan cergas & otak geliga (IQ meningkat)

Jika Jawapan anda YA, lihat sini –> Rahsia Tingkatkan IQ Anak jadi Lebih Pintar

 

 

 

 

Comments

comments

6 Comments

  1. IDAH Dec 19, 2017
  2. titan Dec 21, 2017
    • Anim Dec 23, 2017
  3. Naziman Azlye Dec 31, 2017
  4. Shidah May 25, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge